Rompis (filem)

filem Indonesia

Rompis merupakan sebuah filem drama romantik Indonesia 2018 yang diarahkan oleh Monty Tiwa. Filem ini diadaptasi daripada novel bertajuk Roman Picisan karya Eddy D. Iskandar.[1] Filem ini diterbitkan oleh MNC Pictures dan dibintangi oleh Arbani Yasiz, Adinda Azani, Umay Shahab, dan Cut Beby Tshabina.[2][3]

Rompis
PengarahMonty Tiwa
Lakon layar
BerdasarkanRoman Picisan oleh
Eddy D. Iskandar
Dihasilkan oleh
  • Ferry Ardiyan
  • Didi Ardiansyah
Dibintangi
SinematografiRollie Markiano
Disunting olehMoviesta Pictures
Muzik olehAndi Rianto
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 16 Ogos 2018 (2018-08-16) (Indonesia)
  • 27 November 2020 (2020-11-27) (Netflix)
Masa tayangan
99 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Filem ini ditayangkan pada 16 Ogos 2018.[4]

Selepas tamat sekolah menengah, Roman (Arbani Yasiz) melanjutkan pelajaran di Belanda bersama Sam (Umay Shahab) dan terpaksa berpisah dengan Wulan (Adinda Azani). Percintaan Roman dan Wulan yang pada mulanya berjalan lancar mula terganggu dengan kehadiran Meira (Cut Beby Tshabina), seorang pelajar yang menjadi kawan baik Roman di Belanda.

Mengetahui Roman rapat dengan Meira, Wulan pergi mengikut Roman ke Belanda secara rahsia. Wulan yang ditemani Sam melawat Roman di kampus dengan penuh kerinduan. Mengharap untuk disambut mesra, di situ Wulan sebenarnya melihat keakraban Roman dan Meira yang membuatkan rindunya menjadi cemburu.

Kini perasaan Roman bergelora dan bercelaru, dia tersepit antara figura Wulan dan Meira. Malah baris-baris puisi yang ditulis oleh Roman tidak semestinya dapat menyakinkan hati kekasih yang diimpikannya.[5]

Barisan pelakon

sunting
  • Arbani Yasiz sebagai Roman
  • Adinda Azani sebagai Wulan
  • Umay Shahab sebagai Sam
  • Cut Beby Tshabina sebagai Meira
  • Aldy Rialdy sebagai Karlo
  • Richard Ivander sebagai Darren
  • Shenina Cinnamon sebagai Jasmine
  • Rahmet Ababil sebagai Bobi
  • Adjis Doa Ibu sebagai Kepala sekolah
  • Gito Gilas sebagai Bapak
  • Amara sebagai Mamak
  • Yasmin Karssing sebagai Yasmin
  • Danu Rendra sebagai Richard
  • Wouter Oosterwijk sebagai Professor Sebastian
  • Demi Wals sebagai Student
  • Jolanda Van der Kleijn sebagai Taxi Driver
  • Pahle Mihalik sebagai Bike Owner 1
  • Rikkie sebagai Bike Owner 2
  • Koen Maree sebagai Michael
  • Michiel Eduard sebagai Richard's Friend/Vocalist
  • Richard Surie sebagai Bass Player
  • Jeffrey Heidstra sebagai Guitar Player
  • Emanuel Assies sebagai Drum Player
  • Sander Dubbeldeman sebagai Cafe's Bartender
  • F. Woppenkamp sebagai Schiphol's Security 1
  • Geoffry Dirksen sebagai Schiphol's Security 2

Soundtrack

sunting
Tajuk lagu Penyanyi Senilagu & Senikata Terbitan
"Kekasih" Cut Beby Tshabina Monty Tiwa
"Cause You" Ganden Bramanto
"Melebihi Rindu" Arbani Yasiz feat Cut Beby Tshabina Ganden Bramanto dan Adi Karno
"All the Goodbyes in the World"
Monty Tiwa
"Luka Semesta"
Umay Shahab
MY Management
"Fly" Nice Friday Asido Manullang, Bima Aryanegara, Rendi Maulana, Yerikho Yoel, dan Deddy Sudrajat Nice Friday
"Kau Telah Pergi"
Michiel Eduard

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Piala Maya 2018 Aktris Pendatang Baru Terpilih Adinda Azani Tercalon
Tata Musik Terpilih Andi Rianto

Rujukan

sunting
  1. ^ Versi Film Roman Picisan Berubah Judul Jadi ROMPIS, Ini Alasan Produser
  2. ^ Dua Perempuan Rebutan Arbani Yasiz di Rompis
  3. ^ Film Rompis, Janjikan Kisah Cinta yang Bikin Baper
  4. ^ Film Roman Picisan Siap Tayang 16 Agustus 2018
  5. ^ "Sinopsis di Cineplex 21". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2018. Dicapai pada 29 Oktober 2024.

Pautan luar

sunting