Ronnie Liu Tian Khiew

Ronnie Liu Tian Khiew adalah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga merupakan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor dan juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Pandamaran, Selangor selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dari parti DAP. Di peringkat akar umbi, beliau merupakan setiausaha internasional DAP.[1]

Ronnie Liu Tian Khiew
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Sungai Pelek
Dalam jawatan
2013–2023
Didahului oleh Yap Ee Wah
Digantikan oleh Lwi Kian Keong
Majoriti6,586 (PRU-14)
1,972 (PRU-13)
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Pandamaran
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului oleh Teh Kim Poo
Digantikan oleh Tan Pok Shyong
Majoriti5,398 (PRU-12)
Butiran peribadi
Parti politik (-2023)

Latar belakang politik sunting

Menteri Besar Selangor melantik beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor menerusi formula 4:4:2 ( 4 Exco PKR : 4 Exco DAP :2 Exco PAS ) .Pada 24 Mac 2008, beliau bersama Exco Selangor yang lain mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di Klang.[2]

Isu dan kontroversi sunting

Chin Peng pejuang kemerdekaan sunting

Tulisan Ronnie dalam laman web DAP [www.dapmalaysia.org] pada 1 September 2005 kononnya ketua Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan telah menyinggung bekas perajurit seperti Kanang anak Langkau. Pengganas PKM telah membunuh banyak nyawa sepanjang perjuangan mereka untuk menubuhkan negara Komunis. Kanang sendiri dianugerahkan Pingat Gagah Berani kerana berjuang menentang keganasan komunis. Tulisan itu menafikan para pemimpin UMNO termasuk Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang sebenar kemerdekaan. DAP dan Ronnie sendiri menafikan menolak sumbangan Tunku Abdul Rahman. [3] [4]

Menghalang operasi MPSJ sunting

Pada 3 November 2007, polis dari Balai Polis Puchong menyiasat Ronnie Liu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Bandar Puchong Jaya, Selangor. Ronnie menetap di Petaling Jaya Utara . Penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan telah ditangkap. Hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain. Dalang sindiket pelacuran dan pemilik hotel akan disiasat. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar menyatakan Ronnie diberi amaran 5 kali dalam masa sejam tetapi masih enggan memberi kerjasama. Polis telah menyerbu hotel itu beberapa kali tetapi gagal menangkap pelacur kerana ada lorong rahsia. [5]

Pada 6 Oktober 2008, Ronnie Liu menyaman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana didakwa memfitnahnya dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan kegiatan pelacuran itu . Writ saman difailkan oleh Ronnie selaku plaintif melalui firma guaman Tetuan Gobind Singh Deo & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.[6]

Pada 12 November 2008, jam 1.55 petang Ronnie ditangkap kerana berkumpul di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), Shah Alam . Polis membawa Ronnie ke Balai Polis Puchong tetapi dilepaskan dengan jaminan lisan RM2,000 sejam kemudian . Ronnie diarahkan hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada pukul 9 pagi, 17 November 2008

Pada 13 november 2008, Ronnie memfailkan notis usul agar Mahkamah Tinggi Shah Alam menyemak semula dan mengetepikan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya . Beliau diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo. [7].

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan penahanannya bukan atas alasan politik tetapi menghalang tugas penjawat awam pada tahun 2007. [8]Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyeru pembangkang agar bersikap rasional dan tidak membuat kenyataan emosi terhadap polis yang bertindak kepada mereka.[9]

Laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor sunting

Pada 13 Mac 2008, Ronnie Liu membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menandatangani satu kontrak perniagaan melibatkan kerajaan negeri Selangor selepas Parlimen dibubarkan pada 26 Februari 2008. Khir Toyo dikatakan membenarkan pemeteraian urus niaga antara Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. berhubung operasi rawatan dan penyelenggaraan loji air Sungai Sireh, Tanjong Karang pada 7 Mac 2008 iaitu sehari sebelum tarikh pembuangan undi berlangsung. Sepatutnya selepas kerajaan negeri dibubarkan, tiada sebarang urus niaga kerana beliau tidak lagi berhak berbuat demikian. [10][11]

Sistem pilihan raya dalam Majlis PBT sunting

Pada 29 Mei 2008, Ronnie mencadangkan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih melalui sistem pilihan raya. Sehubungan itu Kerajaan Pusat atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hendaklah meminda Akta Kerajaan Tempatan 1956 . Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memilih 25 %ahli majlis PBT dari kalangan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang kurang upaya (OKU), manakala selebihnya ahli politik daripada pakatan pembangkang. [12]

Servis Proton Perdana V6 sunting

Pada 31 Oktober 2008, Ronnie Liu Tan Khiew mencadangkan agar kerajaan Selangor menukar kenderaan rasmi yang digunakan sekarang iaitu Proton Perdana V6 dengan kereta lain seperti Toyota Camry. Sebelum itu, pusat servis Proton di Glenmarie enggan membaiki hud kereta rasminya dengan alasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak membayar wang penyelenggaraan. Datuk Seri Dr Khir Toyo menyindir agar mereka menggunakan Mercedes-Benz atau Lexus sebagaimana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.[13]

Isu Tee Boon Hock sunting

Pada 29 Julai 2010, akhbar The Star melaporkan Tee Boon Hock, seorang ahli majlis perbandaran Klang didakwa telah menggunakan surat dan cop rasmi beliau bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak.[14]

Pada 31 Julai 2010, pengerusi jawatankuasa disiplin DAP berkata beliau dan speaker DUN negeri Teng Chang Khim akan dipanggil oleh jawatankuasa disiplin DAP pada 12 Ogos 2010 berhubung isu surat sokongan. Beliau diarah memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat oleh ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock bahawa dia telah diarahkan oleh Ronnie supaya menandatangani surat-surat sokongan tersebut.[15]

Pada 3 September 2010, jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Yap Hock Siew kerana mengeluarkan surat sokongan bagi mencadangkan syarikat yang dimilikinya bersama untuk kontrak kerajaan negeri. Jawatankuasa itu juga memutuskan untuk menggantung keahlian seorang lagi ahlinya, Ong Chai Huat untuk selama dua tahun kerana dia adalah pemilik bersama syarikat berkenaan.

Menurut pengerusi jawatankuasa disiplin DAP itu, Tan Kok Wai - Yap mengeluarkan surat sokongan itu pada 17 Jun lalu atas kedudukannya sebagai ketua kampung, Kampung Baru Pandaran. Yap adalah pengerusi cawangan Pasar Pandamaran DAP manakala Ong pula adalah naib pengerusi di cawangan yang sama.[16]

Rujukan sunting