Ronaldo "Ronnie" Gonzales del Carmen (lahir 31 Disember 1959) ialah seorang penulis animasi, artis cerita, penyelia cerita dan pereka penerbitan Filipina. Beliau mengarah bersama dan merupakan salah seorang penulis cerita untuk filem Pixar 2015 Inside Out, yang mana beliau dinamakan untuk Anugerah Akademi untuk Skrip Asal Terbaik. Beliau merupakan penyelia cerita dalam filem animasi komputer penuh kesepuluh Pixar, Up, dan mengarahkan filem pendek yang disertakan, Dug's Special Mission.

Ronnie del Carmen
del Carmen pada Ogos 2014
Kelahiran
Ronaldo Gonzales del Carmen

(1959-12-31) 31 Disember 1959 (umur 64)
Pusat pendidikanUniversiti Santo Tomas
PekerjaanPenulis, jurulakar cerita, pereka, ilustrator
Laman web rasmironniedelcarmen.com

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Del Carmen dilahirkan di bandar Cavite di Filipina.[1] Selepas sekolah menengah, beliau bekerja sebagai pelukis set untuk filem 1979 arahan Francis Ford Coppola Apocalypse Now, yang difilemkan di Filipina.[2] Beliau tamat belajar di Universiti Santo Tomas dengan Ijazah Seni Halus dalam Pengiklanan.[2]

Kerjaya sunting

Filem sunting

Selepas kolej, Del Carmen bekerja sebagai pengarah seni untuk kempen iklan televisyen dan cetakan sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada 1989 untuk menceburi bidang perfileman.[2] Beliau bekerja di Warner Bros sebagai jurulakar cerita untuk Batman: The Animated Series, dan sebagai penyelia cerita untuk DreamWorks.[3] Beliau menyertai Pixar Animation Studios pada 2000, bekerja sebagai penyelia cerita untuk Finding Nemo (2003), pereka penerbitan untuk filem pendek dicalonkan di Anugerah Akademi One Man Band (2005), jurulakar cerita untuk Ratatouille (2007) dan WALL-E (2008), dan sebagai penyelia cerita untuk Up (2009).[3][4] Beliau memulakan kerjaya pengarahan menerusi kartun Dug's Special Mission (2009), yang mengikuti Up menerusi keluaran DVD dan Blu-ray.[4] Beliau mengarahkan bersama komedi animasi komputer 3D Inside Out bersama Pete Docter. Filem ini dipertontonkan di Festival Filem Cannes ke-68 pada 18 Mei 2015.[1]

Buku komik sunting

Del Carmen telah mengilustrasikan beberapa buku komik, termasuk Batman Adventures: Holiday Special, yang memenangi Anugerah Eisner untuk Satu Keluaran Tunggal Terbaik pada 1995, dan buku kanak-kanak My Name Is Dug, ditulis oleh Kiki Thorpe.[3] Beliau juga telah menulis beberapa buku komik, termasuk siri Paper Biscuit dan And There You Are.[5]

Kehidupan peribadi sunting

Del Carmen telah berkahwin dan mempunyai dua anak.[1] Adik-beradknya, Louie dan Rick, juga bekerja dalam animasi.[6]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai
1993 Batman: Mask of the Phantasm Pereka papan cerita
1998 The Prince of Egypt Artis cerita
2000 The Road to El Dorado Penyelia cerita
Batman Beyond: Return of the Joker Jurulakar cerita
2002 Spirit: Stallion of the Cimarron Penyelia cerita
2003 Finding Nemo Penyelia cerita
2005 One Man Band Pereka penerbitan
2007 Ratatouille Jurulakar cerita
2008 WALL-E Cerita, pereka watak
2009 Up Penyelia cerita, jurulakar cerita
Dug's Special Mission Penulis, pengarah
2012 Brave Artis cerita tambahan
2013 Monsters University Artis cerita tambahan
2015 Inside Out Pengarah bersama, cerita[7][8]

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai
1990 Widget, the World Watcher Jurulakar cerita
1991 Where’s Waldo? Jurulakar cerita
1992-95 Batman: The Animated Series Jurulakar cerita, pereka watak
1995 Freakazoid! Pengarah

Bibliografi sunting

  • Paper Biscuit (Half Life, 2003), penulis, ilustrator
  • Paper Biscuit One Point Five (2003), penulis, ilustrator
  • Batman: Black and White, Vol. 2 (DC Comics, 2003), ilustrator
  • Paper Biscuit 2 (2004), penulis, illustrator
  • Project: Superior (AdHouse Books, 2005), ilustrator
  • Three Trees Make a Forest (Gingko Press, 2006), llustrator
  • My Name is Dug (Disney Press, 2009), ilustrator
  • And There You Are (AdHouse Books, 2009), penulis, ilustrator

Anugerah dan pencalonan sunting

  • Eisner Award, Best Single Issue, Batman Adventures Holiday Special (bersama Paul Dini dan Bruce Timm), 1995
  • Daytime Emmy Award Outstanding Special Class Animated Program: Director, Freakazoid, 1996
  • Annie Award, Storyboarding in an Animated Feature Production, Spirit: Stallion of the Cimarron, 2003
  • Annie Award Nomination, Storyboarding in an Animated Feature Production, WALL-E, 2009
  • Annie Award Nomination, Storyboarding in an Animated Feature Production, Up, 2010
  • National Cartoonists Society, Animated Feature Division Award, Up, 2010

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Janet R. Nepales, “Spotlight on Filipino Co-director Ronnie Del Carmen and His Much-talked-about Pixar Film, ‘Inside Out’,” Golden Globes, May 2015.
  2. ^ a b c Jeramie Noyer, “Up: rising with Story Artist and Dug’s Special Mission’s Director Ronnie del Carmen!” Animated Views, November 26, 2009.
  3. ^ a b c “Ronnie del Carmen,” Pixar Talk. Accessed July 12, 2015.
  4. ^ a b Ramin Zahed, “A Dug’s Life: Ronnie del Carmen Chats About His New Pixar Short,” Animation Magazine, November 6, 2009.
  5. ^ Chris Arrant, “Pixar & Comics – Ronnie del Carmen on ‘And There You Are’,” Newsarama.com, March 18, 2009.
  6. ^ Ruben V. Nepales, “Cavite-born UST alum co-directs Pixar film”, Philippine Daily Inquirer, September 3, 2011.
  7. ^ Sciretta, Peter (August 20, 2011). "Pete Docter To Direct Pixar Movie Set Inside The Mind (D23 Expo)". SlashFilm. Dicapai pada February 3, 2012.
  8. ^ Dickey, Josh (April 24, 2012). "Pixar announces Latin-themed feature". Variety. Dicapai pada April 25, 2012.

Pautan luar sunting