Roosfa Hashim

penulis Malaysia

Roosfa Hashim (lahir 1962) adalah penulis beberapa buah buku di Malaysia. Hasil penulisan beliau tertumpu kepada membincangkan tentang penerbitan ilmiah dan biografi -- ini adalah dua bidang yang ditekuninya selama ini. Roosfa juga adalah seorang ahli akademik, seorang editor, dan penyusun indeks. Beliau dikenali kerana menyelenggarakan banyak bengkel penulisan dan penerbitan khususnya penerbitan ilmiah. Bersama Hasrom Haron, Ketua Penerbit UKM, mereka membangunkan siri biografi dan memoir UKM. Mereka juga dikenali kerana menerbitkan banyak tesis dan hasil penyelidikan ahli akademik di UKM yang seterusnya membina backlist yang panjang bagi Penerbit UKM. Dalam bidang latihan penerbitan mereka bersama Penerbit UKM telah membangunkan siri Bengkel Penerbitan Perkhidmatan Awam pada tahun 1990-an. Bengkel-bengkel ini diselenggarakan bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Para peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan bidang penerbitan dalam sektor awam di negara ini selain turut menerima penyertaan peserta dari Brunei.

Latar Belakang sunting

Roosfa Hashim, Ph.D. ( روسفا هاشيم ) lahir di Bangsar, Kuala Lumpur. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Kebangsaan Seputeh di Jalan Klang Lama dan kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar II, Kuala Lumpur. Beliau menerima pendidikan menengah di Sekolah Aminuddin Baki dan kemudian ke Sekolah Alam Shah, Kuala lumpur. Selepas memperolehi ijazah dalam bidang sains hayat dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Roosfa terjun ke dunia kewartawanan dan kemudian menyertai beberapa buah penerbit buku di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.Pada tahun 1991 Roosfa menyertai Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai Editor Sains Sosial dan Kemanusiaan. Semasa di Penerbit UKM Roosfa mendapat pendedahan dalam bentuk latihan dalam bidang perbukuan di peringkat antarabangsa apabila dihantar mendalami selok-belok penerbitan dengan mengikuti Stanford Professional Publishing Course Diarkibkan 2013-10-06 di Wayback Machine, di Stanford University, California, pada 1994 dan sebelum itu beliau mengikuti Short Course in Book Sales and Promotion, Institute of Book Publishing, New Delhi pada 1991. Kini Roosfa adalah pensyarah di Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Minat dan kecenderungan penyelidikan beliau tertumpu kepada penerbitan ilmiah di Malaysia khususnya penerbitan jurnal ilmiah. Selain itu, Roosfa juga cenderung meneliti perkembangan penerbitan biografi di Malaysia. Beliau juga menulis dan menerbitkan biografi beberapa tokoh di Malaysia.

Anugerah sunting

  1. Anugerah Editor Terbaik daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), 1991
  2. Anugerah Perkhidmatan Terpuji, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1998
  3. Anugerah Pena Emas (Buku), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009
  5. Anugerah Penerbitan (Kategori Buku) dalam Majlis Anugerah Inovasi 2011, 2010, 2009, Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011.

Keanggotaan Profesional sunting

  1. Member of International Advisory Board, Malaysian Journal of Distance Education (MJDE)
  2. Sidang Editor Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan
  3. Sidang Editor Informika: Jurnal Peradaban Informasi
  4. Sidang Editor Jurnal Penterjemah
  5. Sidang Editor MALIM Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
  6. Ahli, Jawatankuasa Pemilihan Judul buku Terjemahan, Institut Terjemahan Negara Malaysia
  7. Anggota Panel Hakim, Anugerah Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY) 2007.
  8. Anggota Panel Hakim, Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2008, 2009, 2010
  9. Panel Hakim, Anugerah Penerbitan Buku Universiti Malaysia Sabah 2009, 2010.
  10. Anggota Panel Hakim Anugerah Buku Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 2010
  11. Ahli, Jawatankuasa Pemilihan Judul Buku Terjemahan, Institut Terjemahan Negara (ITNM) (mulai 2009 – sekarang)
  12. Ahli Jawatankuasa Penyelidikan, Penerbitan dan Arkib, Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Penggal Pertama Tahun 2010/2013
  13. Karyawan Tamu, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Hasil penulisan sunting

Buku Terpilih sunting

  1. 'Roosfa Hashim. 2011. Pembangunan Jurnal Ilmiah Malaysia 1847-2007. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya. ISBN 9789831005163</ref>
  2. 'Roosfa Hashim. 2011. Daripada Tesis Kepada Buku: Serdang: Penerbit UPM. ISBN 9789673442355</ref>
  3. 'Roosfa Hashim. 2010. Mohd. Ghazali Abdul Rahman 1938-2007: Dari Mercu ke Mercu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Pustaka Yamien. ISBN 9789675368332 [1]
  4. 'Roosfa Hashim & Jeniri Amir. 2010.Bukuku Kubuku: Sebuah Wacana Perbukuan dan Penerbitan: Kuala lumpur: Pustaka Yamien. (karya bersama Jeniri Amir) ISBN 9789675024818 [2]
  5. 'Roosfa Hashim. 2009. Menulis ulasan buku untuk akhbar majalah dan jurnal ilmiah Kuala Lumpur: Pustaka Yamien. ISBN 9789675024849</ref>
  6. Roosfa Hashim. 2009. Said Ibrahim 1923-2001 : mufti tegas dan terbilang''. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Pustaka Yamien. ISBN 9789675368219 [3]

Bab dalam buku sunting

  1. Roosfa Hashim. 2011. Berguru daripada memoir: Pendidikan kewartawanan dalam memoir A. Samad Ismail, Said Zahari dan Arena Wati. Dlm. Abdul Rahman aji Ismail & Mahani Musa (Ed.). (2011). Akhbar dan Tokoh Persuratkhabaran Malaysia Kurun ke-20. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. p 175 – 190.
  2. ______ . 2011. Abdul Aziz Ahmad (1921-2005): Pengasas Pustaka Antara. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 1 – 6.
  3. ______ . 2011. Abdul Manaf Saad: Pengurus dan Pendidik Perbukuan. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 7 – 12.
  4. ______ . 2011. Baharuddin Zainal: Pemimpin Ikatan Penerbit Melayu. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 51 – 56.
  5. ______ . 2011. Hasrom Haron: Penggerak Penerbitan Ilmiah. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 65 – 71.
  6. ______ . 2011. Mohd. Ariffin Mohd. Siri: Penggerak Penerbitan Berkualiti. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 127 – 131.
  7. ______ . 2011. Yusoff Zaky Yacob: Pengasas Pustaka Dian. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak. 2011. Tokoh-tokoh Perbukuan Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. p. 165 – 173.
  8. ______ . 2010. Membahaskan manuskrip Melayu dalam Jurnal Filologi Melayu. Dlm. Hashim Ismail (Ed.). Tinta di Dada Naskhah: Melakar Jasa Dato’ Dr. Abu Hassan Sham. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
  9. _______ & Saadah Jaffar. 2009. Tahap Kefahaman Pengarang dalam Membaca Simbol-simbol Pembacaan Pruf dalam Proses Penerbitan Buku. Dlm. Hasuria Che Omar, Syed Zainal Ariff Syed Jamaluddin, Rokiah Awang & Noriah Mohamed (Ed.) Bahasa Verbal dan Bukan Verbal I: Komunikasi, Pendidikan dan Penterjemahan. Kuala Lumpur: ITNM & USM. Hal. 83-90. ISBN 9789830684659.
  10. _______ . 2009. Penampilan Bahasa Asing dalam Pelbagai Sumber Berkaitan Budaya Malaysia di Internet. Dlm. Hasuria Che Omar & Rokiah Awang (Ed.) Kelestarian Bidang Penterjemahan. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia. Hal. 136-145. ISBN 9789834217952
  11. _______ . 2008. Biografi sebagai Bahan Bacaan Kanak-kanak dan Remaja. Dlm. Md. Sidin Ahmad Ishak & Siti Ezaleila Mustafa (Ed.) Pembangunan Buku Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia (MBBY). Hal. 87-96. ISBN 9789834068738.
  12. _______ . 2008. Peranan Hussein Onn dalam Pemupukan Hubungan Kaum di Malaysia. Dlm. Mat Zin Mat Kib, Woran Kabul & S. Salahudin Suyurno (Ed.). Hubungan Etnik di Malaysia, Sejarah, Iltizam & Cabaran Baru. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.Hal. 37-50. ISBN 9789673052424.
  13. _______ . 2007. Status Penerbitan Biografi di Malaysia. Dlm. Penerbitan Biografi di Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hal. 25-44. ISBN 9789679311891.

Rencana jurnal terpilih sunting

  1. Roosfa Hashim. 2010. Inventori Badan-badan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia. Jurnal Melayu. 5:375-408. www.ukm.my/e-melayu.
  2. _______ . 2009. Memanfaatkan kreativiti, pengurusan & pendidikan untuk kepimpinan. MALIM: Southeast Asia Journal of General Studies. 10:237-239.
  3. _______ . 2009. Menggunakan sains & teknologi sebagai alat dan bukan sebagai matlamat dalam mengejar kemajuan. MALIM: Southeast Asia Journal of General Studies. 10:241-243.
  4. _______ . 2008. Pelaksanaan undang-undang siber di Malaysia dalam menangani pelanggaran etika penulisan. Malim Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. 9: 31-42.
  5. _______ . 2008. Majalah terbitan al-arqam dalam penerbitan majalah agama di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 10 (1): 33-46.
  6. _______ . 2008. Peranan Buku Politik Dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008. Pemikir 52: 113-132.
  7. _______ . 2008. Perpecahan Selepas Pilihan Raya 2008: Tinjauan Strategi Hussein Onn Pupuk Hubungan Kaum. Pemikir. 53:81-104.
  8. ______ . 2008. Majalah Terbitan al-Arqam dalam Penerbitan Majalah Agama di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Jilid 10 Bil. 1., 34-47.
  9. _______ . 2007. Ilmu Kewartawanan Dalam Memoir Tokoh Kewartawanan. Pemikir. 50: 49-67.
  10. _______ . 2007. Isu-isu gejala Sosial Masyarakat Malaysia dalam Jurnal Psikologi Malaysia 1985-1992. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia 22: 3-16.
  11. ______. 2007. Isu-isu gejala sosial masyarakat Malaysia dalam Jurnal Psikologi Malaysia 1985-1992. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia. 22, 3-16.
  12. ______. 2007. Ilmu Kewartawanan dalam Memoir Tokoh Kewartawanan PEMIKIR., Bil.50, 49-68.
  13. Ding Choo Ming & Roosfa Hashim. 2006. Penutupan Akhbar Utusan Melayu:Nasib Tulisan Jawi PEMIKIR
  14. ______. 2006. Penerbitan berulangan, plagiat dan isu kepengarangan dan pelanggaran etika lain dalam penerbitan di Malaysia Jurnal Pengajian Media Malaysia. 8 (1), 99-107.
  15. ______. 2005. Jurnal Penterjemah 1987-2005: Wajah Penterjemahan Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 7 (1): 81-96.
  16. ______. 2004. Jurnal Filologi Melayu 1992-2002: Wadah Perbahasan Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu 12: 47-62.
  17. ______ . 2004. Penerbitan Majalah Ekonomi Melayu, 1917-2000. Jurnal Pengajian Media Malaysia. 6 (1): 81-96.
  18. ______ . 2002. Jurnal Akademika 1972-2002: Pentas Kesarjanaan Sains Sosial Malaysia. Akademika. 61:3-43.
  19. ______ . 2002. Indeks Pengarang. Akademika. 61:139-142.
  20. ______ . 2002. Indeks Perkara. Akademika. 61:143-152.

Buku suntingan sunting

  1. Roosfa Hashim. 2007. Rumah Tradisional Etnik Sabah. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia. ISBN 9789679935813
  2. Hasrom Haron & Roosfa Hashim. 2000. Citra cemerlang 30 tahun Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Penerbit UKM.

Roosfa Dalam Berita sunting

Rujukan sunting