Roseyatimah

Pelakon veteran wanita Singapura-Malaysia

Datin Rosnah Jasni atau lebih dikenali sebagai seniwati Roseyatimah (17 November 1943 – 14 Disember 1987) merupakan salah seorang pelakon filem Melayu yang terkenal pada era 1960an. Nama beliau adalah gabungan nama Rose dan Yatimah iaitu nama ibunya seniwati Neng Yatimah oleh P. Ramlee), beliau dikenali oleh jutaan rakyat Malaysia melalui filem-filem lakonannya sebagai seorang seniwati yang cantik, lemah lembut dan berbakat besar.


Roseyatimah
Roseyatimah pada 1960an.
Kelahiran
Rosnah binti Jasni

(1943-11-17)17 November 1943
Meninggal dunia14 Disember 1987(1987-12-14) (umur 44)
Sebab kematianKanser payudara
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1952–1987
PasanganDatuk Mustapha Maarof (k. 1967; m. 1987)
Anak-anak3
IbuNeng Yatimah
BapaJasni Ahmad

Kerjaya filem dan Anugerah sunting

Pembabitannya dalam dunia seni bermula dengan kejayaan dalam satu ujibakat yang diadakan oleh P. Ramlee untuk filem Pendekar Bujang Lapok termasuk Aziz Sattar yang turut bertindak sebagai salah seorang penilai bakat. Beliau adalah salah seorang dari 10 peserta yang dipilih.

Selepas menjayakan filem komedi arahan dan lakonan P. Ramlee bersama Aziz dan S. Shamsuddin, kerjaya Roseyatimah terus melambung dan beliau terus tidak menoleh ke belakang untuk bergelar anak wayang. Bakat lakonannya di Cathay Keris menerusi beberapa filem lain seperti Tunang Pak Dukun, Sri Mersing, Rumah Itu Dunia Aku, Jula Juli Bintang Tujuh, Lanchang Kuning, Chuchu Datok Merah, Muda Mudi semakin menyerlahkan lagi namanya.

Namun selepas berlakon dalam filem Anak Bapak yang diarahkan P. Ramlee pada 1965 di Studio Merdeka, Roseyatimah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang lakonan dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangga selepas bergelar isteri dengan suami yang dikenalinya semenjak sejak sekitar tahun 1950-an lagi iaitu seniman Datuk Mustapha Maarof sewaktu mempelajari seni silat di Boon Teck Road, Singapura bersama guru silat bernama Pak Awang, yang juga merupakan rakan baik kepada Pak Jasni (bapa kepada Roseyatimah). Dari situlah Mustapha mengenali Roseyatimah sehinggalah mereka sama-sama berpindah ke Cathay Keris. Pada 1960, Datuk Mustapha Maarof kemudian berpindah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur manakala Roseyatimah pula masih lagi di Cathay Keris. Selepas itu, barulah beliau digandingkan bersama suaminya di dalam filem Sri Mersing arahan Salleh Ghani. Filem Udang Si Sebalik Batu adalah filem terakhir lakonan beliau bersama suaminya dan kemudian disusuli dengan perkahwinan mereka pada 1967.[1]

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1965
Festival Filem Malaysia
Jiran Sekampong Aktres Terbaik Menang

Keuzuran dan kematian sunting

Selepas 10 hari menjalani radioterapi di hospital, Roseyatimah meminta sangat-sangat supaya beliau dibawa pulang ke rumah. Beliau dibawa pulang bersama seorang jururawat dan tangki oksigen. Roseyatimah dibawa kembali dari hospital tiga hari sebelum beliau meninggal dunia, selang tujuh bulan selepas bapanya meninggal.

Roseyatimah menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 1987 di rumahnya di Subang Jaya, Selangor akibat penyakit barah payudara ketika berusia 44 tahun, meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Azlynna, Mohammed Khairuddin (meninggal dunia pada usia empat tahun) dan Mohamad Rezainuddin.[2][3]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1952 Antara Senyum dan Tangis Filem pertama sebagai pelakon kanak-kanak
1959 Pendekar Bujang Lapok Rose
1960 Tunang Pak Dukun Tijah
Pak Pandir Moden Busu
1961 Sri Mersing Siti Payung
Jalak Lenteng Kemuning
1962 Lanchang Kuning Teratai
Badang Tengku Manis
Jula Juli Bintang 7
Tun Fatimah Lela Sari
1963 Rumah Itu Dunia Aku
Chuchu Datok Merah Siti Molek
1964 Dua Pendekar Kenanga
Panglima Besi Baiduri
Hutang Darah Dibayar Darah Puteri Balkis
1965 Muda Mudi
Jiran Sekampung Salmah
Mata Dan Hati
1965 Gurindam Jiwa
1966 Udang Di Sebalik Batu Suria
1967 Under The Stars of Singapore Kak Siti Filem Jepun; penampilan khas
1968 Anak Bapak Halimah
1975 Anak Seluang Jauh Melaut Sharifah Filem terakhir

Rujukan sunting

  1. ^ "Roseyatimah cinta sejati Mustapha". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-25. Dicapai pada 2017-06-16.
  2. ^ Wahida Asrani (10 November 2006). "Roseyatimah: Hilang di mata, tidak di hati". mStar Online. Dicapai pada 24 Februari 2014.
  3. ^ "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-03. Dicapai pada 24 Februari 2014. Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar sunting