Rosli Mohalim

pemain gitar Kumpulan Sweet Charity yang pernah popular menerusi lagu "Teratai", "Zakiah", "Jangan Tunggu Lama-Lama" dan banyak lagi


Rosli Mohalim merupakan pemain gitar Kumpulan Sweet Charity yang pernah popular menerusi lagu "Teratai", "Zakiah", "Jangan Tunggu Lama-Lama" dan banyak lagi.

Rosli Mohalim
Gambar kenangan Rosli Mohalim dan Sweet Charity
Latar belakang
Nama lahirRosli Bin Dolah.
Juga dikenali sebagai
Rosli Mohalim
Kelahiran (1954-09-30) 30 September 1954 (umur 69)
Singapura
GenreBlues, Pop, Rock
PekerjaanPemuzik,
InstrumenGitar
Tahun aktif1977–2000

Sejarah Awal sunting

Beliau dilahirkan pada 30 September 1954. Beliau kehilangan bapanya ketika ibu beliau mengandung. Beliau kemudianya diambil sebagai anak angkat oleh abang sepupunya, Encik Awang Bakar, seorang guru besar di Sekolah Rendah Jubilee dan Sekolah Rendah. Bapa angkatnya menggunakan nama 'Mohalim' (sempena nama bapa mentuanya) dalam urusan guaman mengambil Rosli sebagai anak angkat. Minat beliau terhadap muzik bermula sejak kecil yang mana bapa angkat beliau juga merupakan pengurus kugiran terkenal di Singapura iaitu The Honey Beats, sebuah kugiran pada era 1960-an. Kencenderungan asal beliau pada mulanya lebih kepada dram yang mana beliau akan bermain dram dan simbal ketika ahli kugiran berehat. Apabila Rosli lulus peperiksaan di Sekolah Rendah Clementi pada 1967, bapa angkatnya menghadiahkannya sebuah gitar akustik jenama Rossini. Mula menyertai Kumpulan Sweet Charity pada tahun 1977. Beliau adalah lulusan dari kolej Akademi Nanyang, Singapura dalam jurusan Seni Halus pada tahun 1975.

Pendidikan sunting

Beliau adalah lulusan dari kolej Akademi Nanyang, Singapura dalam jurusan Seni Halus pada tahun 1975. Rosli belajar di sekolah malam untuk lulus peperiksaan GCE 'A' dan kemudian berjaya ke jurusan Seni Halus Akademi Nanyang.

Kerjaya Muzik sunting

Di awal penglibatan, beliau menyertai kugiran kampung yang dianggotai rakan sekolah menengahnya iaitu Purple Grass (1968-1970). Ketika menuntut di Akademi Seni Halus Nanyang, beliau bertemu dengan Allahyarham Mohamed Din Mohamed (ahli silat, pelakon dan dan pelukis). Mereka menyertai kugiran Sugar and Spice dan bermain di Danny's Lounge, Orchard Road. Pada Tahun 1975 Ramli Sarip dan A. Ali dari Sweet Charity (SC) mengundangnya sertai kugiran itu 

Album sunting

  1. Sweet Charity (1979)
  2. Pelarian (1980)
  3. Sejuta Wajah (1981)
  4. Penunggu (1982)
  5. Batu (1983)
  6. Berita Gempa (1985)
  7. Sweet Charity '88 (1988)
  8. Koleksi Sweet Charity (1984)
  9. Koleksi Terbaik Wings/Sweet Charity (1988)
  10. Pilihan Terbaik 1979-85 (1988)

Konsert sunting

Lihat juga sunting