Rosli Rahman Adam atau nama sebenarnya Rosli Abdul Rahman, dilahirkan di Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1960. Seorang dramatis dan juga aktivis teater di Malaysia. Mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak dari tahun 1985. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Pesta Drama Kuala Lumpur 1990. Kemudian terus mengorak langkah dengan lebih aktif dengan menceburi dunia televisyen dan seni layar. Antara filem-filem lakonan beliau ialah Jimi Asmara, Suami, Isteri dan ...? , Debu-Debu Kasih, Sate dan Man Sewel Datang KL.

Rosli pada tahun 2018
Rosli dalam telefilem Sembilan arahan Razaisyam Rashid

Selain itu, beliau juga aktif dengan teater sehingga kini. Antara teater yang pernah dijayakan beliau sebagai pelakon adalah seperti berikutĀ ;

  • Muzikal Tun Mahathir 2 arahan Rosminah Tahir
  • Anugerah arahan Rosminah Tahir
  • Imam arahan Zakaria Ariffin
  • Kota Idaman 13 Sempadan arahan Kamarul AR
  • Bangsawan Menyerahnya Seorang Perempuan arahan Roslan Madun
  • Landasan arahan Allahyarham Yalal Chin
  • Sandera arahan A Wahab Hamzah
  • Bangsawan Puteri Maharani arahan Sakrani Shamsudin
  • Bangsawan Abu Hassan Pencuri arahan Zayrul Iqwan Rosli
  • Puspita arahan Han Zalini

Antara lakonan terbaru Rosli adalah telefilem Sembilan arahan Razaisyam Rashid yang disiarkan di Astro On The Go. Rosli memegang watak Pak Ekot.

PENCAPAIANSunting

Filem Debu-Debu Kasih telah mengangkat Rosli Rahman Adam sebagai finalis kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia. Rosli juga pernah menerima Anugerah Tokoh Seni Teater (BBK) 2012 daripada Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

PENGARAHANSunting

Rosli juga bukan sahaja dikenali sebagai pak lawak dan dramatis. Tetapi beliau juga seorang pengarah yang berkaliber. Drama arahan pertama beliau berjudul 'Hantaran'. Antara drama yang menaikkan nama beliau ialah Tok Moh, Momok 2, Momok 3, Lubuk Puaka, Kasihnya Umairah dan banyak lagi.

TEATERSunting

Sehingga kini, walaupun sudah berjaya menempa nama dalam bidang seni layar, Rosli masih lagi meneruskan perjuangan teaternya dengan menubuhkan sebuah kumpulan teater yang diberi nama Dramatis Studio. Bersama Dramatis Studio, Rosli telah pun berjaya membuat beberapa pementasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka. Dramatis Studio dibawah kendalian Rosli juga berjaya mendapatkan beberapa anugerah. Antaranya ialah Tempat Ketiga di Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor 2017, dan Naib Johan di Festival Teater Melaka 2019 menerusi naskah yang berjudul Bangsa Koyak.