Dr Rosli Yaakop adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan bekas Pengarah Urusan Akhbar Harakah terbitan PAS. Beliau pernah bekerja sebagai Timbalan Pengarah di Bank Negara Malaysia (BNM).

Permulaan KehidupanSunting

Beliau dilahirkan di Kampong Kundur, Rembau, Negeri Sembilan pada 1952.[1]

PelajaranSunting

  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Malaya (1975).
  • Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Wisconsin, USA
  • Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Ekonomi, Universiti Wisconsin, USA.

Beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di bawah tajaan Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM).

PekerjaanSunting

Beliau berkhidmat di Bank Negera Malaysia selama 18 tahun.

Pernah berkhidmat sebagai:

  • Timbalan Presiden Kanan, Global Hajj and Umrah Corporation (Labuan) Limited
  • Ketua Pegawai Eksekutif, Golden Pharos Berhad
  • Pengarah, Islamic Banking Scheme and Special Project, Abrar Discount Berhad
  • Ketua Pegawai Eksekutif, Abrar Finance Berhad,
  • Pensyarah sambilan bagi Subjek Institusi dan Pasaran Kewangan, Universiti Malaya.
  • Ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat.
  • Timbalan Pengarah di Jabatan Ekonomi, Bank Negara Malaysia.

PolitikSunting

Pilihan RayaSunting

Rosli Yaakop mempunyai pengalaman menjadi calon pilihanraya sejak Pilihanraya Umum Malaysia 1999 iaitu bertanding di Dun Linggi melawan Isa Samad. Pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004 pula. beliau telah diberi kepercayaan oleh PAS Negeri Sembilan untuk bertanding sebagai calon Parlimen Jelebu dan DUN Paroi. Selepas tewas dalam PRU 2004, beliau berehat seketika dari dunia politik untuk menumpukan pada kerjaya perniagaan beliau di luar negara sebelum muncul kembali pada tahun 2011.[2]

Beliau pernah diamanahkan pada Pilihanraya Umum Malaysia 2013 sebagai calon bagi DUN Klawang berlawan dengan Datuk Yunus Rahmat dari Barisan Nasional.[3]

PartiSunting

Beliau pernah menjadi Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Telok Kemang bagi penggal 1998-2001, kemudian memegang jawatan YDP PAS Kawasan Rembau dari tahun 2001-2006. Beliau turut dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bagi penggal 2005-2006 sebelum berehat seketika. Pada tahun 2011, beliau dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Sembilan.[4]

Pautan luarSunting

RujukanSunting