Roti canai

makanan bangsa India berasal daripada bandar Chennai

Roti canai (Jawi: روتي چاناي) ialah roti jenis leper yang berbentuk bulat dan kebiasannya roti ini dimakan bersama kari, dal atau sambal ikan bilis. Tetapi ada juga yang makan bersama gula dan susu pekat.[8]

Roti Canai
Roti canai yang baru dimasak
Nama alternatifRoti cane
JenisRoti leper
Tempat asalMalaysia
KawasanAsia Tenggara
Masakan negara yang berkaitanMalaysia, Singapura, Brunei, Thailand[1][2][3][4][5][6][7]
Dicipta olehIndia Malaysia & Melayu Malaysia
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaTepung
VariasiRoti Prata (versi Singapura) , Roti Pharata (versi India)
di Wikibuku Buku Masakan: Roti canai  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Roti canai

Menurut TasteAtlas, Roti Canai yang berasal dari Malaysia ini tersenarai sebagai makanan jalanan terbaik dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai makanan dunia pada tahun 2022[9] dan roti terbaik di dunia dengan kedudukan tempat pertama dalam senarai roti dunia pada tahun 2023.[10]

Asal Nama Sunting

Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu di belakang roti adalah hasil dari tingkah laku pencanai roti tersebut dalam meleperkan, menganginkan dan menebar doh roti. Ada juga menyatakan perkataan canai di belakang roti ini asalnya dari jenis dal yang digunakan bersama roti ini, yakni "Channal". Pada versi yang lain, perkataan canai ini datangnya dari nama bandar Madrass] sejak kolonial British 1800- 1957, Nama Chennai mula digunakan pada Ogos 1996 oleh Kerajaan India. India disebabkan ramai pencanai roti ini kebanyakan berasal dari sana pada ketika kebanjiran orang India di Malaysia. Maka nama Chennai tidak relevan dgn nama roti canai. [5]

Roti canai di Singapura, ia lebih dikenali sebagai roti prata. Rupa roti prata dengan roti canai bentuknya hampir sama.[11][12]

Resepi Sunting

Bahan-bahan Sunting

  1. 600 g tepung gandum
  2. 1 sudu garam
  3. 1 sudu gula halus
  4. 2 biji telur, dipukul
  5. 125 ml susu segar
  6. 125-130 ml air
  7. 3-4 camb minyak
  8. 3-4 camb minyak sapi
  9. minyak/minyak sapi untuk menggoreng

Penyediaan Sunting

Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan seberapa nipis yang boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.

Variasi Sunting

  • Roti Telur, dicampurkan dengan telur selepas doh roti ditebarkan.
  • Roti Sardin, dicampurkan dengan sardin dalam tin bersama sos tomato dan diletak bawang yang didadukan.
  • Roti Telur Bawang, dicampurkan dengan telur bersama penggunaan bawang merah yang banyak.
  • Roti Pisang, dicampurkan dengan pisang yang telah dilenyek.
  • Roti Bom juga dipanggil roti boom, jenis roti canai yang dibuat bentuknya kecil dan lebih tebal dari roti canai. Adunan doh dan cara penebaran dan canai, adalah sama dengan roti canai.
  • Roti Planta, dicampurkan dengan marjerin yang banyak. Penggunaan nama Planta di belakang kerana ia adalah satu jenama marjerin yang popular di Malaysia, kerana penggunaanya oleh orang Malaysia.
  • Roti Petak, atau roti canai sebenarnya, penggunaan nama ini bukan secara umum, penggunaan ini digunakan segelintir oleh orang Malaysia kerana mahu roti canai yang baru dibuat dan dimasak. Kebanyakkan roti canai(berbentuk bulat), telah siap dimasak awal-awal dan akan dipanaskan semula bila dipesan.
  • Roti Banjir, adalah roti canai yang telah dipotong kecil-kecil, dan dicampurkan kuah dal atau kuah kari yang banyak. Sambal akan diletak sedikit.

Roti Lain Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ "Roti Prata". Singapore Tourism Board.
  2. ^ Yi Jun Loh (22 May 2019). "The Indian Roti That Became Malaysia's National Bread". Taste. New York: Penguin Random House LLC.
  3. ^ Yip, Lynnett (29 February 2020). "What is roti canai, and why can't people in Southeast Asia get enough of it?". South China Morning Post. Hong Kong.
  4. ^ "Roti Canai (Mamak Copycat)". NyonyaCooking. 23 July 2016.
  5. ^ a b Krich, John (2009-07-31). "Roti Canai". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0099-9660. Dicapai pada 2018-04-16.
  6. ^ "Roti Maryam/Konde/Cane/Canai". Indonesia Eats. 27 February 2008.
  7. ^ "Mencoba Roti Canai Asli Aceh di Tepi Jalan Pasar Minggu". Liputan6. 18 December 2016.
  8. ^ "Roti canai, a popular snack". The Star. Dicapai pada 2018-04-16.
  9. ^ https://www.kosmo.com.my/2022/09/30/roti-canai-makanan-jalanan-terbaik-dunia/
  10. ^ https://www.kosmo.com.my/2023/09/10/roti-canai-dinobat-roti-terbaik-di-dunia/
  11. ^ "Malaysia's 5 mamak stall favorites | CNN Travel" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-16.
  12. ^ "The 10 types of roti you'll find at the mamak". Time Out Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-04-16.

Pautan luar Sunting