Roy E. Disney

Film executive

Roy Edward Disney, KCSG (10 Januari 1930 – 16 Disember 2009)[1] ialah seorang eksekutif kanan jangka panjang untuk The Walt Disney Company yang diasaskan oleh Roy Oliver Disney dan bapa saudaranya Walt Disney. Saat meninggal dunia, beliau merupakan pemegang saham syarikat Disney (lebih 16 juta atau 1% saham),[2] serta menjawat penasihat dan Pengarah Emeritus dalam Lembaga Pengarah syarikat berkenaan. Beliau paling dikenali kerana mengaturkan pelucutan jawatan dua eksekutif tertinggi Disney, bermula dengan Ron Miller pada tahun 1984, diikuti Michael Eisner pada tahun 2005.

Roy E. Disney
RoyEDisney07.jpg
Roy E. Disney pada 11 Disember 2007
Kelahiran
Roy Edward Disney
PekerjaanEksekutif filem
Eksekutif perniagaan
Tahun aktif1954–2009
PasanganPatricia Ann Dailey (1955–2007)
Leslie DeMeuse-Disney (2008–2009)

Sebagai ahli terakhir keluarga Disney yang melibatkan diri dalam syarikat dengan aktif, Roy Disney sering diperbandingkan dengan bapa saudara dan bapa sendiri. Pada tahun 2006, majalah Forbes menganggarkan nilai harta peribadinya pada USD$1.2 bilion.[3]

RujukanSunting

  1. ^ James Bates and Dawn C. Chmielewski. "Roy Edward Disney dies at 79; nephew of Walt helped revive animation". LA Times. Dicapai pada 2009-12-16. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "Shamrock holding 1% of Disney Stock, USA Today, December 2003".
  3. ^ "#645 Roy Disney". Forbes. Dicapai pada 2009-12-16. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)

Pautan luarSunting