Royalti minyak Kelantan

Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009. Kerajaan negeri menganggarkan royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.[1]

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 2013 menegaskan terdapat banyak perkara yang perlu difahami khususnya hal yang berkaitan sempadan dan undang-undang. Menurutnya, pihak yang mempersoalkan bayaran tuntutan royalti minyak dan gas di Kelantan perlu mengemukakan asas yang kukuh dan hendaklah jelas sama ada mahukan royalti dari Thailand, Vietnam ataupun Terengganu. Tambah beliau, perkara utama yang perlu ditekankan dalam tuntutan royalti ini adalah asas dan yang keduanya pula ialah undang-undang. "Royalti itu ialah wang ihsan. Wang ihsan kami telah berikan, sebagaimana yang perdana menteri kita beritahu sebelum ini, kita ada empat 'cawangan' minyak iaitu bersama dengan dua buah negara luar, Terengganu dan juga Kelantan," katanya.[2]

Akta Petroleum 1974 sunting

Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun - dibayar tunai dua kali setahun - untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.[3]

Kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum. Isu tuntutan royalti menjadi bahan ceramah parti PAS menjelang Pilihan raya kecil Manik Urai 2009 pada 14 Julai 2009.[4]Sebenarnya tiada diskriminasi terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu sebagaimana Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.[5]

Pada 8 Julai 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan untuk lebih kredibiliti, Kabinet membuat keputusan untuk membiarkan Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan dan perundangannya.

Jangkauan sempadan sunting

3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.[6]

Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu. Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.[7] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar.

Ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala sunting

Pada 4 Ogos 2009, rombongan disertai oleh Dato' Husam Musa,Salahuddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar,Dato' Kamarudin Jaffar dan Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain pergi dengan 3 buah bot ke pelantar minyak Cakrawala.Tengku Razaleigh Hamzah bekas pengerusi pertama Petronas menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.[8] Tujuan kerajaan Kelantan itu bagi memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya . Ia turut disertai beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger.[9]

Kaukus parlimen sunting

Pada 24 November 2009, pemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974. Terdapat kekaburan tafsiran tentang 'isu wilayah' dan 'sempadan luar pantai' sesebuah negeri.[10]

Doa sampai pecah perut sunting

Dalam blog Nik Abdul Aziz, beliau menyeru seluruh rakyat doa kemusnahan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. Royalti minyak Kelantan yang dibayar dalam bentuk wang ehsan melanggar prinsip keadilan asasi.

Pada 1 Disember 2009, sekumpulan penyokong Umno mengadakan bantahan terhadap doa musnah oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Demonstrasi diadakan di hadapan Kompleks Kota Darulnaim bagi mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan ini mendesak menteri besar letak jawatan.

Pada 4 Disember 2009, perhimpunan balas diadakan di Jalan Dato' Pati selama sejam, bermula jam 10 pagi , sejurus selepas kuliah mingguan Nik Abdul Aziz di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan. Mereka memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru".Turut hadir ialah Datuk Husam Musa dan Dr Rosli Alani Abdul Kadir. Mereka membawa sepanduk bertulis "Kita Sayang Tok Guru Kita", "Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz" dan "Royalti bui-builah" (bagi-bagilah). Berdoalah sehingga orang itu pecah perut . Nik Aziz juga pernah menyindir peserta minum arak dalam pesta minum arak sampai pecah perut. [11] Pepatah Melayu ada menyatakan, 'Jangan panjat pokok pisang, nanti pecah perut'.

Pidato royalti minyak sunting

Pada 28 Januari 2010, pidato royalti minyak akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu. Turut memberikan pandangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat.

Ketika itu, Tengku Razaleigh mewakili Petronas berjanji untuk membayar 5 % royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan Kelantan.Tengku Razaleigh akan mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.[12]

Jawatankuasa Khas mengkaji bayaran tunai kepada negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia sunting

Pada 2012, Kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Jawatankuasa Khas itu bakal dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan, "Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum".

Walaupun peruntukan perundangan itu adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri berkenaan. "Keputusan ini berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya. Peruntukan itu telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," tambah beliau.[13]

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah pun memberi pekenan kepada kerajaan persekutuan untuk melantik wakil-wakil di kalangan kerajaan negeri bagi menganggotai jawatankuasa khas mengkaji isu royalti minyak di Kelantan. Jawatankuasa itu nanti akan turut di anggotai oleh pakar undang-undang.[14]

Datuk Seri Mustapha Mohamed menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mengiktiraf penubuhan jawatankuasa itu dan melantik Tengku Mahkota Kelantan selaku wakil kerajaan Kelantan.[15]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kelantan tuntut royalti minyak RM1 bilion
  2. ^ Tuntutan royalti perlu ada asas Sinar Harian
  3. ^ Anwar selar pihak samakan rumah KM dan Khir Toyo
  4. ^ Buktikan Kelantan Ada Minyak Sebelum Tuntut Royalti : Alwi
  5. ^ Kelantan Guna Saluran Politik, Diplomasi Dapatkan Royalti Minyak
  6. ^ Petronas and PTT to remain buyers of Cakerawala gas
  7. ^ "Cakerawala-3 Well Confirms Block A-18 Gas Field; Finds Oil". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-12. Dicapai pada 2012-07-12.
  8. ^ Ekspedisi menuntut royalti Kelantan berlepas ke pelantar Cakrawala
  9. ^ Pemimpin Umno tolak jemputan tinjau pelantar minyak
  10. ^ Ku Li ketuai kakus royalti minyak
  11. ^ Nik Aziz: Kita doa sampai pecah perut
  12. ^ Presiden PAS dan Tun Salleh sertai pidato royalti minyak Ku Li
  13. ^ Kaji bayaran hasil petroleum Berita Harian
  14. ^ Sultan perkenan lantik wakil kaji royalti: PM AntaraPos
  15. ^ Usah politikkan isu royalti minyak - Tok Pa Astro Awani