Tan Sri Rozhan Kuntom merupakan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari 1 Ogos 1985 sehingga 26 Januari 1987.

Rozhan dilahirkan di Muar, Johor pada 1932.Beliau menerima pelajaran sekolah rendah di Muar.Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan ke Universiti Malaya di Singapura. Seterusnya sambung belajar ke Werton, New Zealand, Jepun , United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa dalam perkhidmatan Kerajaan.

Kerjaya sunting

Kerjaya Rozhan bermula sebagai Penolong Pegawai Daerah Kluang Johor, kemudian berkhidmat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan pelbagai jawatan tertinggi lain sehingga tahun 1963. Seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan TTDI pada tahun 2000.

Keluarga sunting

Anak perempuannya Datuk Rohana Rozhan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Astro.

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Rozhan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei 2014. Jenazah dibawa ke Bukit Damansara Kuala Lumpur dan disembahyangkan di Masjid Umar Al Khattab. Seterusnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Tun.

Rujukan sunting

1.http://www.astroawani.com/news/show/tan-sri-rozhan-kuntom-meninggal-dunia-35470