Rozie Othman
Rasnah binti Othman atau lebih dikenali sebagai Rozie Othman adalah pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia. Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1983 melalui filem Di Ambang Kasih arahan Allahyarham M. Amin.[1]. Rozie juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Raja Noor Baizura dalam sebuah slot cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996.
Rozie Othman | |
---|---|
Kelahiran | Rasnah binti Othman 1962 (umur 60–61) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1983–kini |
Terkenal kerana | Cik Embon dalam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel Datin Rocky dalam Astana Idaman |
Anak-anak | 2 |
Selain berlakon, Rozie turut menubuhkan syarikat produksinya sendiri, SRS Production pada 2005. Antara drama terbitan SRS Production ialah Di Saat Kau Ucapkan, Lara Maisara dan Hati Mengerti.[2]
Kehidupan peribadiSunting
Rozie merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dibesarkan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Dia mempunyai dua orang anak iaitu Sofia Arshad dan Sofian Farok.
Beliau ialah nenek kepada salah seorang ahli kumpulan Dolla, Norsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya).
RujukanSunting
- ^ "Rozie Othman dulu pelakon kini produser". Utusan Melayu. 28 February 2007.
- ^ "Ujian besar buat Rozie Othman". Utusan Melayu. 26 September 2009.