Rozinor Razali adalah seorang pengarah filem muda di Malaysia. Beliau memulakan karier beliau melalui filem pendeknya Sarah Marah pada tahun 2008. Selain itu karya beliau termasuklah Nilai Setitik Garisan, Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dahulu, Nasi Lemak 1.20 yang ‘Marvellous’ dan beberapa filem pendek mendapat pencalonan dalam festival filem Malaysia.

Rozinor Razali
Kelahiran
Rozinor Bin Razali

Nama lainOjie / Ajin
PekerjaanPengarah filem, Penulis
Tahun aktif2007—kini
AnugerahFilm Pop Festival Montreal 2008
Original Story & Best Cinematography.
NYFA '08
Best Student for Original Story & Cinematography

Beliau telah menyiapkan filem cereka mandiri pertama beliau 'Jejak Megat - Meranduk Geruh Di Kaki Langit'. Filem ini menggambarkan konsep penipuan dan pengkhianatan sebagai konflik utama dan kasih sayang sebagai kuasa terbesar semua tetapi takdir menentukan semua itu. Filem ini akan melalui pengambaran di Johor Bahru dengan kos bajet yang kecil.

Biografi sunting

ROZINORAZALI @ ANAJIN

Nama Sebenar Rozinorazali ialah Rozinor Bin Razali dilahirkan pada 16 Julai 1976 di Hospital Tawau, Sabah sewaktu bapa beliau bertugas sebagai Nakhoda Tentera Laut di Kem Kubota, Tawau Sabah. Mendapat pendidikan awal di Singapura hingga darjah 4 sebelum menetap dan membesar di Ulu Tiram, Johor dan bersekolah di Sekolah Dato Jaafar dalam jurusan Perdagangan dan Sastera. Pada tahun 1992, beliau memulakan pengembaraan melihat dunia dengan bekerja menjadi kelasi kapal minyak dan belayar seluruh Asia sehingga sekitar tahun 1993. Kemudian beliau bekerja sebagai penyelia stor dan sempat bekerja sebagai Artis Kebudayaan sebagai Pereka di Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri Johor.

Mendapat Diploma pertama beliau dalam senireka grafik sewaktu bekerja sebagai artis grafik di Plaza Pelangi dan meneruskan bekerja bersama Percetakan Bumirestu. Pada tahun 1999, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja sebagai pereka grafik dan jurufoto untuk majalah muzik ROTTW disamping secara sambilan mengambil upah menyediakan perkhidmatan senireka grafik. Pada sekitar tahun 2001, beliau mendapat tawaran bekerja sebagai perantis di sebuah projek pendidikan dibawah Telekom Malaysia. Berkhidmat sebagai Pereka Multimedia.

Sekitar 2004, beliau mendapat tawaran menyiapkan kerja kursus tahun akhir bagi Sarjana Muda Interaktif Media Baru dan meneruskan Ijazah sarjana pada tahun berikutnya bagi bidang Media Dijital. Beliau mengisi waktu luang dengan kerja atas talian bagi menampung pembiayaan pengajian beliau di UK. Beliau kemudiannya menghadiri semua kursus perfileman yang dianjurkan Finas pada tahun 2007 dan telah diberikan dana tajaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bersama FINAS untuk belajar bidang pembikinan filem di New York Film Academy. Sekembalinya ke tanahair, beliau juga turut aktif terlibat dalam kerja-kerja pengarahan untuk telefilem, drama dan program realiti untuk siaran televisyen tempatan.

Beliau juga merupakan seorang Pakar Industri Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia yang menjadi pelopor dalam pembangunan standard NOSS bagi bidang perfileman sektor industri kreatif. Pada masa ini, Rozinor Razali bergiat cergas dalam memberi syarahan dan mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dan pengarahan.

Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku kumpulan puisi dua dekad yang beliau tulis sewaktu beliau remaja belia dan sudah menyiapkan sebuah lagi buku tips bikin filem di dalam Bahasa Melayu dan dua skrip baru beliau bertajuk 'Loceng Maut', 'Tuan!' dan 'From Jaybee With Love'

Filem cereka beliau 'Meranduk Geruh Di Kaki Langit' kini sedang berada di beberapa sirkit filem festival dan dijangka menemui penonton pada Julai 2022.Pada Tahun 2022 juga beliau telah menerbitkan buku kumuplan puisi beliau bertajuk 'Hikayat Seniman Jalanan Merenung Matahari' yang prakatanya telah ditulis oleh Lagenda Nasir Jani, beliau juga telah menerbitkan sebuah buku filem bertajuk '101 Petua Bikin Filem Aku Kutip Di Sekolah Filem'. [perlu rujukan]

Filmografi sunting

Filem Pendek sunting
  • Sarah Marah – Writer/Director (2008)
  • Nasi Lemak 1.20 yang ‘Marvellous’ ‐ Writer/Director (2009)
  • Sebuah Perhentian Kesukaan Aku Suatu Waktu Dulu ‐ Writer/Director (2009)
  • Nilai Setitik Garisan ‐ Writer/Director (2009)
  • My Perfect Anna – Videographer (2009)
  • Kopi ‘O’ Pahit – Videographer (2009)
  • Fringetown ‐ Writer/Director (2010)
  • Sihir – Director/Videographer (2010)
  • ‘VIVA’ Palestina – Videographer (2010)
  • Kau Ada 3 Minit ‐ Writer/Director/Videographer (2011)
  • Lambaian Marmara – Videographer (2011)
  • Ali, Oh! Ali – Videographer (2011)
  • Aqidah - Videographer (2018)
  • Pemburu - Writer/Director/Videographer (2020) | My RØDE Reel 2020
  • Lembaga - Writer/Director/Videographer (2021)
  • Hak Untuk Gembira - Writer/Director/Videographer (2021)
  • Zero Healthcare Chinese New Year Shorties - Gaffer (2022)
Penyiaran TV sunting
  • Resipi Tahun Baru – Assistant Director (2009)
  • Murabbi – Assistant Director (2009)
  • Mencari Lailatul Qadr – Director (2009)
  • Tersungkur Di Pintu Syurga – Assistant Director (2009)
  • Wayang Tok Woh – Director (2010)
  • Disapa Izrael – Videographer (2011)
  • Lari, Sayang Lari! – Assistant Director (2011)
  • Masterchef Malaysia – Segment Producer (2011)
  • Kembara Asia – Writer/Director (2012)
  • Destinasi Cinta – Writer/Director (2012)
Video Musik sunting
  • Wish You Were Here – Director/Videographer (2008)
  • Diri Aku – Director/Videographer (2009)
  • OST Tolong! Awek Aku Pontianak – Videographer (2011)
  • OST Lambaian Marmara – Videographer (2011)
Filem Cereka/Dokumentary/Belakan Tabir sunting
  • Usin, Mon & Jin Pakai Toncet – Videographer (2011)
  • TyIcKoUnS – Videographer (2011)
  • Hanyut – Videographer (2011)
  • Uwei Shadows – Director/Videographer (2011)
  • Proton Green Mobility Challenge – Director/Videographer (2012)
  • Smart Grid for the Nation ‐ Director/Videographer (2012)
  • BELACAK ‐ Director/Videographer (2013)
  • Jejak Megat - Meranduk Geruh Di Kaki Langit - Producer/Writer/Director (2022)
  • Tuan! - Producer/Writer/Director (2023)
  • From Jaybee With Love - Producer/Writer/Director (2023)
Rujukan sunting

Pautan luar sunting