Rudy Imran Shamsudin

Rudy Imran Shamsudin (1975 – 31 Mac 2022), juga dikenali dengan nama pena Iman Imran ialah seorang wartawan dan penulis lirik Malaysia.[2] Beliau ialah bekas wartawan akhbar Harian Metro yang mana beliau telah berkhidmat selama 15 tahun, dari 2004 sehingga 2019. Beliau meraih pencapaian di Anugerah Juara Lagu ke-31 menerusi lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah.[3][4]

Iman Imran
Kelahiran
Rudy Imran bin Shamsudin

1975 (1975)
Meninggal dunia31 Mac 2022 (berumur 46–47)
Semenyih, Selangor, Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia (USM)[1]
PekerjaanWartawan, penulis lirik
Tahun aktif1996–2022

Kerjaya sunting

Rudy Imran berpengalaman sebagai wartawan selama 26 tahun dan pernah berkhidmat dengan akhbar Utusan Malaysia, Bacaria, Harian Watan dan majalah Hai. Beliau menyertai Harian Metro pada 2004 sebagai wartawan hiburan dan telah berkhidmat selama 15 tahun menamatkan kerjayanya di akhbar itu pada 2019.[3][4]

Sebagai penulis lirik, pencapaian terbaik Rudy yang turut dikenali dengan nama pena Iman Imran menerusi lagu "Lelaki Teragung" nyanyian Dayang Nurfaizah yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL).[3]

Beliau turut menulis lirik "Di Pintu Syurga" (Dayang Nurfaizah), "Hey! Kau" (Sandra Dianne) dan "Nyawa & Raga" (Sarah Suhairi). Selain itu, Rudy juga pernah menghasilkan novel yang diinspirasikan daripada kisah-kisah cinta artis tanah air berjudul Menangkah Cinta?.[3]

Rudy Imran juga ialah ahli Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP).[5] Beliau juga turut menulis skrip filem Ada Apa Dengan Dosa (2020) arahan Rahila Ali.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia akibat kanser usus di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor pada jam 11.30 pagi 31 Mac 2022. Beliau dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), sebelum dibenarkan pulang ke rumah.[3][4][6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Rudy Imran Shamsudin". Google Scholar. Dicapai pada 5 April 2022.
  2. ^ Siti Athirah Dzulkifly (20 Januari 2021). "Tidak semua lirik rojak – Iman Imran". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 April 2022.
  3. ^ a b c d e Syafil Syazwan Jefri (31 Mac 2022). "Bekas wartawan Harian Metro dan penulis lirik, Rudy Imran Shamsudin meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 5 April 2022.
  4. ^ a b c Mumtaj Begum (31 Mac 2022). "'Lelaki Teragung' lyricist Iman Imran dies at 47 from cancer" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 5 April 2022.
  5. ^ "Salam Takziah: Iman Imran". Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia. 1 April 2022. Dicapai pada 5 April 2022.
  6. ^ "Bekas wartawan Harian Metro, penulis lirik Rudy Imran meninggal dunia". Berita Harian. 31 Mac 2022. Dicapai pada 5 April 2022.

Pautan luar sunting