Rufaqa

Corporation Sdn. Bhd ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut al Arqam

Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. ialah sebuah badan perniagaan dan ekonomi yang ditubuhkan oleh bekas pengikut al Arqam. Rufaqa' dikatakan cuba mengembangkan kembali ajaran al Arqam di kalangan remaja dan mahasiswa di institusi pengajian awam dan swasta. ‘Rufaqa’ didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya syarikat atas nama Rufaqa’ Corporation Sdn. Bhd.

Ustaz Ashaari merupakan pengerusi syarikat atau Pengerusi Eksekutif. Syarikat Rufaqa’ ditubuhkan pada penghujung 1997.

Lebih kurang 300 kakitangan yang bekerja dengan Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd. Rangkaian perniagaan syarikat berada di dalam dan di luar negara, berpusat di Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pusat hiburan, klinik dan pasar raya.

Serbuan sunting

Pada 25 Nov 2006, seramai 4 orang pemimpin kanan, atau mesra dipanggil ‘sheikh’ dikalangan ahli yang juga merupakan ahli perniagaan besar adalah antara 100 ahli Rufaqa’ diberkas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di premis kedai No. 31A, Jalan Snooker 13/28 Seksyen 13, Shah Alam, Selangor jam 4.30 petang .

Seramai 51 lelaki dan 35 perempuan, termasuk remaja dan pelajar sekolah, serta 10 kanak-kanak dibebaskan dengan ikat jamin. 80 % pengikut adalah penduduk luar Selangor yang datang dari Sabah, Kelantan, Johor, Terengganu dan Utara Semenanjung. Mereka bekas ahli kumpulan Al-Arqam dan hanya 5 hingga 10 peratus adalah ahli baru.

Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana mengembangkan ajaran ‘Aurad Muhammadiah’ dan menghidupkan semula Al-Arqam.

Ahli Kumpulan Rufaqa’ masih memakai gelaran yang sama seperti Al-Arqam dulu seperti Abuya, Putera Bani Tamim, Ruhul Muqaddasah dan Sohibus Zaman. Kumpulan Rufaqa’ itu dipimpin oleh Ashaari Muhammad yang sebelum ini adalah pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan pada 1995. Ketika serbuan, dua penceramah bergelar Sheikh sedang memberi penerangan sebelum menjalankan sesi 'Ambil Power'.

Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pegawai Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merampas buku dan risalah dari ahli kumpulan Rufaqa’ yang ditahan untuk dijadikan bukti.

Abdul Rahman Palil menyatakan ; Ashaari berdiam diri lebih 10 tahun, giat mencari ahli baru dan sebuah banglo di Nilai Spring, Nilai, Negeri Sembilan dijadikan sebagai markas baru. Ashaari Muhamad didakwa memperkenalkan (mentera) yang menyimpang akidah untuk rawatan kasih sayang kepada pengikutnya.

Skrip mentera berkenaan:

‘‘Assalamualaikum Abuya, Ruhul Muqaddasah, Sohibus Zaman, Fata At-Tamimi, bantulah kami anak-anakmu, minta power, Abuya Sohibus Zaman, minta power, Aurad Muhammadiah, yang Tuhan simpankan di Luh Mahfuz, untuk Putera Bani Tamim, sebagai karomahnya yang engkau anugerahkan kepadanya, untuk buangkanlah segala bisa-bisa, penyakit zahir dan batin dan segala gangguan yang ada dalam diri kawan saya, dengan izin Mu ya Allah, dengan berkat Fata At-Tamimim, dengan berkat Imam Mahdi,”. Kemuncak kematangan karomah atau power ialah apabila pengikut menuding jari ke arah kapal terbang dengan niat jatuh, akan jatuhlah kapal terbang itu.

Penceramahnya mendakwa pengikut Fata At-Tamimi bakal memperoleh karomah Imam Mahdi yang akan mengalir pada setiap orang dengan mengamalkan Aurad Muhamadiah. Dengan karomah itu barulah ahli Rufaqa’ boleh menentang Yahudi dan Nasrani manakala yang tidak mengamalkannya akan menjadi pengikut ‘Dajal’.

Perbicaraan Rufaqa sunting

Mohd. Zamri Azhar @ Nadzri bekas pengikut al Arqam didakwa menghidupkan semula ajaran al Arqam dan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 19 Mac 2006. Perbicaraan dihadapan Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar.

Nordin Ibrahim, 62, dan Hamdan Mohd. Nur, 38, dituduh menghidupkan semula ajaran itu dan mendakwa Ashaari Muhammad sebagai pemimpin paling agung. Nordin didakwa mengendalikan taklimat berkaitan kehebatan Ashaari Muhammad bertujuan menghidupkan semula fahaman atau ajaran Al-Arqam. Kursus itu mengingkari perintah Mufti Selangor yang telah diwartakan pada 15 Ogos 1994. Nordin didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 November 2006 di premis kedai di No. 31A, Jalan Snooker 13/28 Seksyen 13, Shah Alam. Nordin didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor No.9, 1995.

Hamdan Mohd Nur didakwa memiliki buku bertajuk Zikir Agung dan Abuya Pemimpin Paling Ajaib Di Zamannya pada 25 November 2006 di premis kedai di No. 31A, Jalan Snooker 13/28 Seksyen 13, Shah Alam , premis yang sama.

Antara Kesalahan Kumpulan Rufaqa sunting

  • Melantik Asaari Muhammad sebagai pengerusi Rufaqa Corporation Sdn Bhd. Pelantikan beliau sebenarnya tidaklah menyalahi Akta Syarikat. Sesiapa sahaja boleh menjadi pengarah syarikat perniagaan.
  • Memberi gelaran berlebihan kepada Asaari Muhammad sebagai Abuya, Ruhul Muqaddasah, Sohibus Zaman, Fata At-Tamimi dan lain-lain. Tindakan ini cuba menghidupkan jemaah Al-Arqam dahulu. Tindakan ini bukanlah atas permintaan Asaari Muhammad sendiri.
  • Cuba menghidupkan pegangan dan wirid Aurad Muhammadiah. Wirid ini meramalkan Imam Mahdi akan bangkit semula dari kalangan Pemuda Bani Tamim. Asaari Muhammad pernah mendakwa dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim yang dijanjikan. Ada ulama menyatakan Imam Mahdi sebagai perkara khilafiah sementara yang lain tidak.

Saman Rufaqa Corporation Sdn. Bhd sunting

Pada 27 Disember 2006, Rufaqa memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mustafa Abdul Rahman; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dan Zabidi Mohamad. Rufaqa menuntut ganti rugi RM50 juta daripada setiap individu dan injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan atau mengulangi fitnah yang disiarkan dalam 3 media cetak.

Rufaqa telah menyaman Zabidi Mohamad di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Zabidi dibela oleh peguam dari syarikat Tetuan Hisham, Sobri & Kadir pada 26 Mac 2006. Selain itu, Datuk Abdul Rahman Palil yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri, hari ini memfailkan pernyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Sivil pada 19 March 2007. [1] Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine

Sementara itu, Zabidi Mohamad mendakwa Rufaqa menyamai Al Arqam dari segi :

  • amalan ajaran Aurad Muhammadiah
  • ketaksuban melulu pada Ashaari Mohamad
  • mempunyai komuniti sendiri
  • membuat ramalan masa depan yang didakwa diberitahu Rasulullah
  • menolak perubahan.

Pautan luar sunting