Rugrats merupakan satu rancangan kartun yang amat popular di saluran Nickelodeon. Kartun ini berasal dari Amerika Syarikat. Di Malaysia rancangan ini boleh diikuti di TV3. Kartun ini mengisahkan kehidupan kanak-kanak dan bayi menjadikan kehidupan biasa mereka sebagai luar biasa. Pengembaraan bayi-bayi ini di dalam mampu menjadikan suatu pengembaraan yang sangat dahsyat dan mengagumkan bagi mereka. Tommy yang merupakan watak utama sering mengembara bersama sepupu-sepupunya, Chuckie, Phil, Dil dan kadang-kala disertai oleh Angleica yang garang dan mementingkan diri sendiri bersama anjing Tommy iaitu Spike.

watak-watak dalam siri Rugrats

Kanak-kanak dalam kartun ini, Tommy Pickles, Chuckie Finster dan pasangan kembar Phillip (Phil) dan Lillian (Lil) DeVille, mampu berkomunikasi dengan sesama lain dalam bahasa bayi dan sering berkata dalam bahasa yang silap dan tatabahasa yang teruk. Walaupun bayi, mereka memahami bahsa orang dewasa walaupun sering salah faham akan apa yang mereka dengarkan. Angelica Pickles, yang berumur tiga tahun, mampu memahami kedua-dua bahsa bayi dan bahasa dewasa yang memberikannya peluang untuk mengambil kesempatan mempermainkan salah satunya.

Watak-watak sunting

Bayi sunting

  • Tommy Pickles (Thomas Louis Pickles): Bayi yang paling aktif yang sering membawa kumpulan bayi kepada masalah. Lazim dianggap sebagai ketua kumpulan bayi. Tommy dinamakan sempena anak pertama Paul Germain, salah seorang pereka kartun ini.
  • Chuckie Finster (Charles Crandall Finster III): Pembantu setia Tommy yang takutkan segalanya terutama sekali badut dan "orang dalam kotak makanan oat." Dia hanya berusia 2 tahun.
  • Phil dan Lil DeVille (Philip Richard Paul dan Lillian Marie Jill DeVille): pasangan kembar seiras (lelaki dan perempuan) yang mempunyai banyak benda yang sama. Kedua-duanya minat bermain Lumpur dan memakan serangga dan cacing. Mereka sering bertengkar tetapi mereka sangat rapat.
  • Angelica Pickles (Angelica Charlotte Pickles): sepupu Tommy dan Dil yang sering menyibuk dan mengarahkan bayi-bayi lain, tetapi usianya adalah 3 tahun. Dia sangat suka menipu yang lain, memanipulasi dan mengada-adakan keadaan yang sebenar. Angelica berkelakuan baik di hadapan orang dewasa tetapi sangat dengki akan bayi yang lainnya.
  • Dil Pickles (Dylan Prescott Pickles): Adik lelaki Tommy, bayi yang sebenar (bukan kanak-kanak seperti yang lainnya). Beliau mula diperkenalkan dalam filem pertama.
  • Susie Carmichael: Jiran yang sebaya Angelica. Dia sering membantu dan bermain bersama Angelica. Dia mempunyai dua abang, Edwin dan Buster dan kakak, Alisa.
  • Kimi Finster: Adik tiri Chuckie, diperkenalkan dalam filem kedua Rugrats di Paris. Kimi seorang kanak-kanak perempuan yang ceria yang sering tersenyum.

Dewasa sunting

  • Stuart "Stu" Pickles: Bapa Tommy dan Dil serta adik Drew. Beliau merupakan pencipta anak patung yang pelalai. Beliau sering bertengkar dengan abangnya, Isterinya ialah Didi dan namanya diajukkan kepada perkataan "stupid" (bodoh), bersesuaian dengan sikapnya.
  • Didi Pickles: Ibu Tommy dan Dil. Beliau juga guru sekolah sambilan yang mengajar sekolah tinggi dan mengahwini Stu. Beliau sering risau dengan keadaan anaknya dan sering bergantung kepada buku psikologi kanak-kanak seolah-olah ketagih akannya.
  • Louis Kalhern "Lou" Pickles: Datuk Tommy, Dil dan Angelica serta bapa Stu dan Drew. Beliau tinggal bersama keluarga Stu buat beberapa musim pertama dan sering membantu menjaga kanak-kanak. Namanya diajukkan kepada perkataan "loopy". Beliau bukanlah gila tetapi berperangai pelik dan beliau sering tertidur ketika menjaga budak-budak.
  • Lulu Pickles: Isteri kedua Lou; Lou berjumpa dengannya di hospital semasa dia bekerja sebagai jururawat. Maka, beliau juga nenek tiri Tommy, Dil, dan Angelica serta ibu tiri Stu dan Drew.
  • Drew Pickles: Bapa Angelica dan abang Stu. Beliau merupakan pegawai bank pelaburan yang mengahwini Charlotte. Namanya ajukan kepada perkataan "droopy" (melentok).
  • Charlotte Pickles: Ibu Angelica yang sangat kuat bekerja. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikatnya dan mengahwini Drew. Beliau cuba untuk menjadi ibu yang baik tetapi sering terganggu dengan kerjanya. Beliau sering ditunjukkan berbual dengan Jonathan melalui telefon bimbitnya.
  • Betty DeVille: Ibu Phil dan Lil. Agak aktif dan seperti olahragawan. Beliau mengahwini Howard dan membantu menguruskan Java Lava Coffee House dengan Chaz Finster.
  • Howard DeVille: Bapa Phil dan Lil yang bersikap lemah lembut dan sering dikawal oleh isterinya, Betty.
  • Charles Crandall "Chaz" Finster II: Bapa Chuckie, dan mengahwini Kira dalam filem Rugrats yang kedua setelah lama menduda dan menjadi bapa tiri Kimi. Beliau menjalan Java Lava Coffee House.
  • Kira Finster: Ibu Kimi dan ibu tiri Chuckie. Beliau mengahwini dan membantu suaminya menguruskan Java Lava Coffee House.
  • Lucy Carmichael: Ibu Susie, Edwin, Buster, dan Alisha serta isteri Randy. Beliau merupakan ibu hebat yang berpendidikan Harvard dan juga doktor. Beliaulah yang menjadi doktor ketika Dil dilahirkan.
  • Randall "Randy" Carmichael: Mengahwini Lucy Carmichael. Beliau merupakan penulis rancangan terkenal Dummi Bears Show.
  • Boris dan Minka Kerpatken Ibu bapa Didi an abangnya Ben yang beragama Yahudi. Mereka merupakan penghijrah dari Eropah Timur yang sering merungut yang bukan begini caranya di "Negara yang Dulu". Boris dan Minka dibuang dari cerita kerana terdapat rungutan tentang stereotaip Yahudi.
  • Aunt Miriam: Sepupu Lou iaitu nenek saudara Angelica, Tommy, dan Dil yang telah dibuang dari cerita juga.
  • Shirley dan Marvin Finster: Ibu bapa Chaz.

Haiwan peliharaan sunting

  • Spike: Anjing perang Keluarga Pickles dan Tommy amat mengaguminya. Ia adalah Anjing Pemburuan Harimau Siberia. (Spike pernah bersuara dalam episode lama Rugrats yang Chuckie bermimpi dia dan bayi lain memasuki rumah anjing Spike. Di dalam itu, Spike meminum the dambil bercakap dengan loghat Inggeris lama.)
  • Fifi: Anjing poodle ungu yang asalnya anjing terbiar di Paris yang Spike jatuh cinta dengannya dalam filem kedua Rugrats. Kini, ia tinggal bersama keluarga Finsters.
  • Spiffy: Anjing kedua Pickles yang dilahirkan oleh Fifi dan Spike. Ini disebabkan Stu mahukan anjing lain. Perangai Spiffy sangat pelik tetapi Stu melatihnya. Spiffy berwarna seperti Fifi dan mempunyai bintik berwarna di mata seperti Spike.
  • Feppek: Anjing kedua Finsters yang dilahirkan Fifi dan Spike. Sebab mereka memiliki anjing ini kerana sebab Chuckie mahu tahu mengapa Pepper satu-satunya anjing yang masih tak terjual. Chuckie mendapat tahu yang dia dan Pepper mempunyai persamaan iaitu mereka berdua takutkan segalanya. Chuckie mahu mengajarnya untuk tidak takut dan berjaya. Chaz dan Kira melihat Chuckie dan bayi lain bergembira bersama Pepper, lalu memutuskan untuk membiarkan Kimi dan Chuckie memilikinya. Pepper adalah berwarna jingga dan mempunyai bintik di mata seperti Spike.
  • Fluffy: Kucing kesayangan Angelica tetapi sering membuat masalah kepada yang lain terutama sekali Spike. Dia mempunya gaya rambut yang sama dengan Angelica dan juga mirip wajahnya juga adalah sama.
  • Shluff Shwartz: Kucing Jerman milik keluarga Pickles, juga merupakan ibu kepada Spike. Melalui episode "Boo, you history" Tommy dan rakan-rakan bayi telah membongkar rahsia ibu Spike dan sejarah lama keluarga Pickles.

Watak TV Rekaan sunting

  • Reptar: Dinosaur hijau yang mengingatkan Godzilla. Tommy dan yang lain amat menyukainya: barangan Reptar seperti kereta kecil, pakaian dan manisan yang sering ditunjuk dalam rancangan. Dalam satu episod, sebuah robot Reptar menyelamatkan Tommy dan Chuckie dari patung beruk gergasi yang dipanggil Thorg, selepas mereka terkunci dalam kedai permainan. Reptar merupakan watak utama dalam Rugrats in Paris dan mempunyai taman temanya tersendiri iaitu Euro Reptarland (Yang merupakan ajukan Disneyland Paris). Kemudian, Reptar memainkan peranan dalam siri ketika semua dah membesar dengan mengembalikan memori lama bayi.
  • Robosnail: Musuh utama Reptar yang merupakan siput mekanikal dengan ragum berdetak. Dalam Rugrats in Paris, yang dikawal Jean Claude, Robosnail dan Reptar berlawan di seluruh Paris dan kemudian jatuh ke dalam sungai.
  • Dactar: Pterodactyl besar yang berlawan dengan Reptar dalam TV. Ia seperti Rodan dalam Godzilla. Stu sering menggunakan versi modelnya dalam filem Rugrats.
  • Captain Blasto: Muncul sejak awal musim, orang angkasa yang mempunyai rancangannya sendiri (dengan bajet murah) untuk kanak-kanak seperti rancangan Captain Video pada 1950-an. Dalam "Super Hero Chuckie", Tommy, Chuckie, Angelica, Stu dan Drew melihat rancangan tersebut di studio televisyen yang kemudian mereka tahu bagaimana sebenarnya Captain Blasto terbang (kabel yang disambung pada kostum).
  • The Dummi Bears: Kartun yang dilihat kanak-kanak. Ia merupakan ajukan kartun Disney "Gummi Bears" dan kartun Nelvana, "Care Bears". Bapa Suzy, Randy Carmichael merupakan penulis rancangan tersebut dan dalam satu episode, budak-budak itu dibawa ke panggung wayang untuk melihat filem Dummi Bears (mereka terlepas lari dari ibu bapa mereka untuk melihat filem Reptar dan menyebabkan huru-hara dalam panggung).
  • Alan Quebec: Pengacara Super Stumpers, rancangan permainan rekaan yang disertai Didi Pickles dalam episod "Game Show Didi".

Patung permainan sunting

  • Cynthia: Patung kegemaran Angelica yang mengingatkan patung Barbie Mattel. Seperti Barbie, Cynthia mempunyai banyak aksesori termasuk rumah patung, stesen angkasa lepas, berus rambut, kenderaan dan perabot. Dalam filem, pakaiannya berbeza daripada biasa (jalur jingga-merah). Mungkin Angelica tukarnya dalam filem.
  • Wa-wa: Patung beruang Chuckie yang diberikan oleh ibu kandungnya, Melinda yang dibuat sendiri olehnya.
  • Blue Screwdriver: Tommy menyimpannya dalam tempat mainan atau lampinnya untuk membuka kunci tempat main mereka untuk mengembara sekitar rumah. Begitu juga, mereka mengunci seolah-olah tiada masalah yang berlaku. Dalam siri pertama, pemutar skru itu merah.
  • Superthing: Patung adiwira Kimi yang dibuat daripada pad penyental.
  • Reptar: Patung watak TV terkenal seperti Godzilla
  • Mr. Friend: Patung yang dicipta Stu. Ia menakutkan kanak-kanak dan sering rosak. Walau bagaimanapun, ia tidak menakutkan Angelica sekalipun.

Populariti sunting

Tiga atau empat musim pertama Rugrats sangat popular. Walaupun gaya animasi kelihatan kasar, episod-episod pertama mempunyai perihal-perihal masa kini (contohnya dalam "Tommy And The Secret Club" Angelica risau yang Saddam Hussein memecah masuk dalam kelab rahsianya; terdapat juga Clarence Thomas, Anita Hill dan George H.W. Bush, yang membuatkan ibu bapa turut menonton sementara kanak-kanak turut menonton tetapi melihatnya dari sudut berbeza). Musim pertama dipenuhi dialog kelakar dan jenaka kanak-kanak berbanding musim kemudian yang lebih "kotor" lawaknya.

Lihat juga sunting

  • All Grown Up! - kartun ini berkaitan dngan Rugrats di mana kartun ini mengisahkan Tommy dan kawan-kawannya semasa mereka bersekolah.

Pengarah siri sunting

Mark Risley, Michael Daedalus Kenny, Joseph Scott, Dean Criswell

Pautan luar sunting