Ruhaiyah Ibrahim

Ruhaiyah Ibrahim ialah seorang pelakon suara Malaysia yang terlibat dalam alih suara bahan televisyen dari negara asing. Dia merupakan pelakon suara bagi watak utama dalam versi bahasa Malaysia bagi siri anime Jepun Doraemon.

Ruhaiyah Ibrahim
Ruhaiyah Ibrahim dan patung Doraemon dalam bilik rakaman.
Kelahiran8 Mei 1966
Tahun aktif1984 - kini
Anak5

Ruhaiyah mula berkecimpung dalam bidang alih suara sejak tahun 1984 apabila dia ditugaskan mengalih suara dalam drama televisyen Jepun Air Stewardess. Apabila Doraemon muncul dalam kaca televisyen Malaysia buat julung kalinya di RTM pada tahun 1992, Ruhaiyah mula-mula menggayakan watak Nobita sebelum mengambil alih peranan Doraemon pada tahun 2000.[1] Menurut pendedahan oleh Majalah 3 pada awal tahun 2007, Ruhaiyah diketahui mampu menyiapkan empat episod Doraemon dalam seminggu.[2] Ruhaiyah juga merupakan pelakon suara kepada Puan Puff yang juga merupakan guru memandu kepada Spongebob Squarepants.[3]

Kini, Ruhaiyah merupakan ibu kepada lima orang anak, setelah melahirkan cahaya mata termudanya pada Januari 2008.[4]

RujukanSunting

  1. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm
  2. ^ http://www.youtube.com/watch?v=aOvtL2AtZxQ (Video)
  3. ^ "Pelakon Suara Spongebob Squarepants Dalam Bahasa Melayu". Facebook. 24 August 2011.
  4. ^ "Star behind Malay dubbing of cartoon gives birth while in hospital". The Star. 2008-01-14.

Pautan luarSunting