Ruhul Qudus (Islam)

Ruhul Qudus (bahasa Inggeris; Holy Spirit; bahasa Ibrani: רוח הקודש; bahasa Arab: الروح القدس), kadangkala dirujuk juga sebagai Holy Ghost, adalah makhluk suci yang telah disebutkan di dalam seluruh agama Ibrahimik yakni Islam, Agama Yahudi dan Kristian.

Dalam Islam, Ruhul Qudus menandakan cara/nama lain untuk merujuk kepada Malaikat Jibril a.s., (yang sudah diketahui sebagai ketua kepada seluruh para Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada semua Rasul dan Nabi. Ruhul Qudus juga merupakan Malaikat yang menyampaikan Pemberitahuan kepada Maryam (ibu Nabi Isa) dan juga menyampaikan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dalam Gua Hira, Makkah.

Al-Quran telah merujuk Malaikat Jibril kepada dua bentuk nama, dengan menggunakan “Roh” sebagai penunjuk ataupun penanda.

Perbezaan dengan fahaman Kristian sunting

  • Dalam agama Kristian, Ruhul Qudus telah dirujuk terus sebagai Tuhan, walhal Islam menegaskan bahawa Ruhul Qudus tidaklah Tuhan tetapi makhluk Tuhan yakni Malaikat Jibril.
  • Ahli Teologi Kristian tidak menyetujui Malaikat Jibril disamakan dengan Ruhul Qudus kerana, Malaikat Jibril bukanlah dianggap Ilahi (Tuhan), tidak sama dengan Jesus yang dianggap Tuhan dan juga Ruhul Qudus adalah Tuhan yang menyerupai Roh.

Lihat juga sunting

[[Kategori:muslim)(maksum) [[Kategori:tiap Rasul itu beserta cahaya padanya iaitu cahaya Malaikat]

™®][✓]