Buka menu utama
Bagi rujukan kehormat di Brunei, lihat Terasul.

Dalam pertuturan rasmi Bahasa Melayu, khususnya di Malaysia, rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja. Rujukan kehormat bermula dengan Yang.

Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:

(Kebawah) Duli Yang Maha MuliaSunting

Untuk gelaran Yang Di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri bagi Sultan dan Raja. (biasanya "Ke bawah Duli Yang Maha Mulia");

Duli Yang Maha MuliaSunting

Untuk gelaran Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri bagi Sultan dan Raja. (biasanya "Duli Yang Maha Mulia");

Yang Maha MuliaSunting

Untuk gelaran Raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Permaisuri)

Duli Yang Teramat MuliaSunting

Untuk Raja Muda dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");

Yang Teramat MuliaSunting

Untuk pewaris-pewaris takhta, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).

Yang Amat MuliaSunting

Untuk waris terdekat Sultan (anak-anak dan adik-beradik).

Yang MuliaSunting

Untuk (kerabat diraja) yang bergelar Tengku, Tunku, Raja, Megat dan Syed

Tuan Yang TerutamaSunting

Untuk Yang di-Pertua Negeri bagi negeri yang tidak beraja. (biasanya "Tuan Yang Terutama")

Yang Amat BerhormatSunting

Untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen.

Yang Amat BerbahagiaSunting

Untuk mereka yang bergelar Tun dan Toh Puan, isteri kepada Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri, isteri Menteri Besar dan isteri Ketua Menteri.

Yang Amat ArifSunting

Untuk Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan / Hakim Besar Malaya / Hakim Besar Sabah & Sarawak / Ketua Hakim Syarie (dalam situasi formal, seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang Berhormat MuliaSunting

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri/Speaker, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara (Senator) dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang berketurunan Raja/Anak gahara.

Yang BerhormatSunting

Untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Yang BerbahagiaSunting

Untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Datuk, Dato', dan Datin (yang bukan Ahli Parlimen).

Yang ArifSunting

Untuk Hakim (pada situasi yang formal seperti di mahkamah dan di luar mahkamah).

BibliografiSunting

RujukanSunting

Kemalangan