Rumah Awam Salak merupakan kawasan Perumahan terawal di dalam daerah kecil Sungai Siput (U) sekitar pertengahan tahun 1968 dengan bermula peringkat Fasa 1 atau dipanggil Blok Lama yang mempunyai 4 blok sahaja iaitu Blok A,B,C&D. Bagi peringkat Fasa 2 atau dipanggil Blok Baharu pula dibina pada tahun 1981 dan mempunyai 8 blok iaitu blok A,B,C,D,E,F,G & H, ia dirasmikan oleh Sultan Perak ke 33 iaitu Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah II. Rumah Awam Salak berada di sebelah jalan utama menghala ke Ipoh-Kuala Kangsar. Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu dan sebilangan kecil sahaja berbangsa Cina, India dan Sikh. Terdapat sebuah Surau Madrasah dibina sekitar awal tahun 1970an dengan diberi nama Surau Al-Falahiah dan Dewan Orang Ramai yang dibina pada tahun 1984. Kawasan Perumahan Rumah Awam Salak Bharu berada di tengah-tengah kawasan kampung antaranya Kampung Salak Station, Kampung Baru Salak dan Kampung Perik. Sekitar tahun 70an dan awal 80an, Kawasan hutan di belakang Perumahan Rumah Awam Salak Bharu pernah menjadi kawasan Hitam kerana menjadi tempat pihak Komunis bersarang serta menjadi kawasan strategik Pihak Komunis untuk menguasai kawasan sekitar yang berhampiran dengan Salak Bharu bermula dari Sungai Siput hingga ke Kampung Sayong Kuala Kangsar. Sekarang kawasan sekitar Perumahan Rumah Awam Salak semakin berkembang dan terdapat beberapa taman perumahan baharu yang dibina iaitu Taman Delima, Taman Aman, Taman Salak dan Kampung Tersusun Salak. Terdapat Pasar Malam pada hari Jumaat yang sangat meriah bermula pukul 4petang sehingga 8 malam.