Rumah Kedai (drama)
Rumah Kedai ialah sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia yang disiarkan di TV3. Siri ini disiarkan setiap hari dalam bulan Ramadan pada jam 5.30 ~ 6.00 petang {Isnin ~ Jumaat} dan 4.40 ~ 5.00 petang {Sabtu & Ahad}. Siri ini disiarkan sebanyak 6 musim yang bersiaran dari 1988 hingga 1993. Drama ini berjaya mengangkat jenama pelawak Sudiro Sukiman, Harun Salim Bachik dan Rosnah Mat Aris ke peringkat yang membanggakan dalam bidang seni lawak jenaka tanah air.
Rumah Kedai | |
---|---|
Genre | Komedi, drama, keluarga |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Rumah Kedai" |
Lagu penutup | "Rumah Kedai" |
Penggubah | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 180 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Tempoh siaran | 23 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 576i (NTSC) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 18 April 1988 – 24 Mac 1993 |
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
PelakonSunting
- Yusof Mohamad sebagai Pak Halim
- Kartina Aziz sebagai Mak Lijah
- Sudiro Sukiman sebagai Tapa
- Harun Salim Bachik sebagai Remy
- Rosnah Mat Aris sebgai Mak Limah
- Ros Mawar Mohd Aris sebagai Aisyah
- Khatijah Tan sebagai Habsah
- Rosnani Yusof sebagai Hanisah
- S. Sachithananthan sebagai Dr. Sham
- Syed Hanasuddin Syed Yassin sebagai Rashid
- Zarina Kamaruddin sebagai Murni
- Chef Florence Tan sebagai Nyonya Ling
- Zulkifli Zain sebagai Pak Imam
SambutanSunting
Rumah Kedai mendapat sambutan hangat di kaca televisyen dan diteruskan sehingga musim keenam pada 1993. Ketika era kegemilangannya, drama ini begitu dinantikan terutama ketika menjelang waktu berbuka puasa. Drama ini membawa mesej kemasyarakatan dan dibawa dengan komedi santai.[3]
Menurut majalah Tele-skop, "siri ini lebih bertemakan soal-soal moral, keagamaan, politik dan keluarga".[petikan diperlukan] Rumah Kedai telah disenaraikan sebagai salah satu rancangan TV tempatan 1980-an dan 1990-an yang masih diingati oleh Free Malaysia Today.[4]
Pembikinan semulaSunting
Versi baru sitkom Rumah Kedai memulakan tayangan perdana di TV3 pada 2013 dibintangi oleh Didie Alias, Kazar Saisi, Nabil Ahmad, Iqram Dinzly, Miera Leyana, Nadiya Nisaa, Rozita Che Wan dan Talha Harith.[5]
RujukanSunting
- ^ Zainuri Misfar (17 Mac 2006). "Rumah Kedai popularkan Yusof". Berita Harian. Dicapai pada 21 April 2020.
- ^ Rumah Kedai (1988): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ "Masih Ingatkah Anda 'Rumah Kedai'?". Orang Wangsa Maju. 13 Julai 2013. Dicapai pada 27 Mei 2014.
- ^ Nizha Periaswamy (9 Februari 2017). Program TV tempatan 80-an dan 90-an segar dalam ingatan Free Malaysia Today. Dicapai pada 29 Mei 2018.
- ^ Budiey (8 Julai 2013). "Sinopsis Drama Rumah Kedai Lakonan Rozita Che Wan". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Mei 2014.