Rumah berhantu

rumah atau bangunan lain yang sering dianggap dihuni oleh roh si mati

Rumah berhantu, rumah hantu atau rumah syaitan (Bahasa Inggeris: Haunted house) ialah rumah atau bangunan lain yang sering dianggap dihuni oleh makhluk-makhluk halus atau roh-roh si mati yang tidak bernyawa yang mungkin merupakan bekas penghuni atau yang berkaitan dengan harta tanah, dan sering menjadi tempat melihat fenomena supranatural atau paranormal.[1]

Rumah hantu pupuh man 2 Mansion di Walt Disney World.

Dalam konsep hiburan, rumah berhantu (rumah syaitan) adalah salah satu wahana di taman permainan dalam bentuk bangunan "berhantu" yang mengandungi pelbagai watak menyeramkan dalam bentuk pelakon hantu dengan solek kesan khas, manekin atau boneka animatronik untuk menakutkan pengunjung. Hantu dan watak menyeramkan dalam taman permainan disesuaikan dengan konsep hantu mengikut budaya di mana taman pemainan berada.

Di pelbagai taman permainan Disney, terdapat sebuah rumah berhantu bernama The Haunted Mansion yang kemudian dijadikan filem dengan nama yang sama. Konsep rumah berhantu boleh berbeza mengikut budaya dan zaman. Dalam kisah-kisah seram dari Barat, bangunan atau rumah berhantu boleh berkisar dari kastil zaman feodal di Eropah hingga rumah yang baru dibina di pinggir kota. Bangunan dalam gaya seni bina abad ke-19 atau abad sebelumnya adalah bahan latar belakang untuk kisah misteri seram yang paling biasa. Sastera era Gothic biasanya menceritakan lebih banyak tentang kastil berhantu atau rumah agam berhantu.

Legenda mengenai rumah berhantu telah wujud dalam sastera sejak zaman kuno. Pengarang Rom seperti Plautus, Plinius yang muda dan Lucian telah banyak menulis mengenai rumah berhantu. Penulis moden seperti Henry James dan Stephen King juga telah menulis banyak kisah mengenai rumah berhantu.

Filem tentang rumah berhantu atau kastil berhantu sunting

  • The Ghost House (1917)
  • The Haunted House (1921)
  • The Cat and the Canary (1927 & 1939)
  • The Cat Creeps (1930)
  • The Ghost Goes West (1936)
  • Lonesome Ghosts (1937)
  • Hold That Ghost (1941)
  • The Uninvited (1944)
  • The Ghost and Mrs. Muir (1947)
  • Scared Stiff (1953)
  • House on Haunted Hill (1958)
  • The Innocents (1961)
  • The Haunting (1963 & 1999)
  • The House That Dripped Blood (1970)
  • The Legend of Hell House (1973)
  • Burnt Offerings (1976)
  • The Amityville Horror (1979 & 2005)
  • The Shining (1980)
  • The Changeling (1980)
  • Poltergeist (1982)
  • The Nightstalker Murder (1986)
  • Beetlejuice (1988)
  • The Others (2001)
  • Session 9 (2001)
  • Rose Red (2002)
  • The Haunted Mansion (2003)
  • The Grudge (2004)
  • The Grudge 2 (2006)
  • Doodeind (2006)
  • Monster House (2006)
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah (filem Malaysia, 2010)
  • Ladda Land (2011)
  • Insidious (2011)
  • Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (filem Malaysia, 2013)
  • Hantu Kak Limah (filem Malaysia, 2018)
  • Gasing Tengkorak (filem Indonesia, 2017)
  • Bayi Gaib: Bayi Tumbal Bayi Mati (filem Indonesia, 2018)
  • Kembang Kantil (filem Indonesia, 2018)
  • Kutuk (filem Indonesia, 2019)
  • Lukisan Ratu Kidul (filem Indonesia, 2019)
  • MatiAnak (filem Indonesia, 2019)
  • Rasuk (filem Indonesia, 2018)
  • Perjanjian dengan Iblis (filem Indonesia, 2019)
  • Sakral (filem Indonesia, 2018)
  • Tembang Lingsir (filem Indonesia, 2019)

Rujukan sunting

  1. ^ "Haunted Mansion: Rumah Hantu "Walt Disney World""". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-26. Dicapai pada 2021-01-04.

Pautan luar sunting