Sir Run Run Shaw, GBM, CBE (19 November 1907[1] – 7 Januari 2014), juga dikenali sebagai Shao Yifu dan Siu Yat-fu, merupakan seorang maestro hiburan dan dermawan Hong Kong. Beliau merupakan salah seorang tokoh paling berpengaruh di industri hiburan Asia.[2] Beliau mengasaskan Shaw Brothers, salah satu syarikat perfileman terbesar di Hong Kong, dan TVB, syarikat televisyen dominan di Hong Kong.


Sir Run Run Shaw
邵逸夫

GBM CBE
Shaw semasa zaman mudanya, gambar tahun 1927
Kelahiran
Shao Renleng

(1907-11-19)19 November 1907
Meninggal dunia7 Januari 2014(2014-01-07) (umur 106)
Sebab kematianSebab semulajadi
WarganegaraHong Kong
Nama lain邵仁楞
Shao Yifu
Siu Yat-fu
Uncle Six (Luk Suk)
PekerjaanPenerbit TV, usahawan, ahli perniagaan, penerbit filem, dermawan, pelabur
Tahun aktif1925–2011
PangkatCBE, GBM
Ahli lembagaShaw Brothers
PasanganWong Mee-chun (黃美珍) (1932-1987) (meninggal dunia)
Mona Fong (1997-2014)
Anak-anakShaw Vee Meng (邵維銘)
Shaw So Man (邵素雯)
Shaw So Wan (邵素雲)
Shaw Vee Chung (邵維鍾)
Ibu bapaShaw Yuh Hsuen (邵行銀)
Wang Shun Xiang
SaudaraRunje Shaw
Runde Shaw
Runme Shaw
Run Run Shaw
Cina Tradisional: 邵逸夫
Cina Ringkas: 邵逸夫

Dikenali sebagai seorang dermawan terkenal, Shaw mendermakan sejumlah bilion dolar Hong Kong kepada institusi pendidikan di Hong Kong dan tanah China. Sebanyak 5,000 bangunan di kampus kolej Cina menggunakan namanya,[3] seperti Kolej Shaw di Universiti Cina Hong Kong. Beliau juga menubuhkan Hadiah Shaw Prize untuk Astronomi, Sains Kehidupan & Perubatan dan Sains Matematik.

Am sunting

Sir Run Run Shaw lahir di Ningbo, Zhejiang, China dan membesar di tanah besar China sambil diajar di sekolah yang didirikan Amerika Syarikat. Beliau adalah yang bongsu dari enam anak lelaki kepada saudagar kain Shanghai bernama Shaw Yuh Hsuen (1867-1920).[4]

Pada usia 19 tahun, ketika cuti musim panas, beliau mengikut abang alangnya Runme Shaw ke Singapura untuk mendirikan pasaran filem lalu menubuhkan Shaw Organisation. Selepas itu, beliau semakin minat pada industri perfileman. Beliau bersama abangnya mendirikan studio South Seas Film pada tahun 1930, yang kemudiannya digelar Shaw Studios. Pada tahun 1947, dia menubuhkan Malay Film Productions, studio yang telah menghasilkan lebih dari 150 buah filem Melayu sepanjang tempoh penubuhannya selepas Perang Dunia Kedua. Antara pelakon terkenal studionya adalah P. Ramlee, yang berlakon dalam 42 buah filem dan mengarah 16 filem, kesemuanya di studio yang terletak di No. 8 Jalan Ampas.[5]

Pada tahun 1967, beliau mengasaskan Television Broadcasts Limited (TVB) di Hong Kong, dan memajukannya sehingga menjadi empayar televisyen jutaan dolar yang paling digeruni di dunia.

Isteri pertamanya meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada tahun 1987. Pada tahun yang sama, Shaw Studios berhenti menghasilkan filem. Shaw berkahwin lagi bersama Mona Fong (kini timbalan pengerusi TVB sejak tahun 2000) di Las Vegas pada tahun 1997.[4]

Pada tahun 2000, beliau menjual pustaka berisi 760 judul klasik ke Celestial Pictures Limited melalui syarikatnya, Shaw Brothers (Hong Kong) Limited. Nama beliau turut terpapar dalam filem-filem barat yang disokongnya, seperti dalam filem Blade Runner di bawah logo The Ladd Company.

Dengan hati yang tabah, Shaw Studios memasuki era baru dengan pelaburan besar-besaran Run Run Shaw (menerusi syarikat-syarikat milik beliau) dalam projek Hong Kong Movie City yang bernilai AS$180 juta, sebuah kemudahan studio dan penerbitan seluas 1,100,000 kaki persegi (100,000 m2). Projek ini dilengkapi sebuah pentas bunyi paling besar, ternyaman dan tebat bunyi dan getaran di Asia, sebuah kemudahan makmal warna dan imejan digital berkhidmat penuh, lebih 20 suit bunyi dan suntingan, sebuah teater lakaban dan tayangan 400 kerusi, ruang pejabat eksekutif dan penerbitan, kemudahan jamuan, dan kelengkapan kesan visual dan animasi. Projek ini bertujuan menjadi pusat utama Shaw Studios dan sememangnya pemacu kemajuan seluruh industri perfileman Cina.[6]

 
Bintang Shaw di Avenue of Stars

Sir Run Run Shaw turut banyak memegang kemudahan perniagaan lain di seluruh dunia. Pembinaan Menara Shaw setinggi 23 aras di Cathedral Place di Vancouver, British Columbia, Kanada merupakan salah satu kepentingannya dalam bidang hartanah.

Selama ini, beliau telah menderma beribu juta dolar kepada badan amal, sekolah dan hospital. Namanya terpapar di kebanyakan bangunan di Hong Kong dan tanah besar China sebagai penghargaan atas sumbangan beliau. Kolej konstituen keempat di Universiti Cina Hong Kong juga dinamakan sempana naungan Sir Run Run yang membolehkan penubuhan kolej tersebut.[7]

Beliau menyumbang HK$100 juta kepada tabung bantuan gempa bumi Sichuan 2008.

Shaw meninggal dunia dengan aman di kediamannya pada 7 January 2014, pukul 6:55am (Waktu Hong Kong) pada umur 106 tahun, dengan sanak-saudara di samping beliau.[8]

Anugerah sunting

Pada tahun 1974, beliau dikurniakan darjat Order of the British Empire dari kerajaan British. Beliau menerima pangkat kesatria Knight Bachelor pada tahun 1977 juga dari kerajaan British serta Grand Bauhinia Medal (GBM) dari kerajaan Pentadbiran Khas Hong Kong pada tahun 1998.

Hadiah Shaw sunting

Akhir-akhir ini, Sir Run Run Shaw menubuhkan anugerah antarabangsa bernama Hadiah Shaw, untuk dikurniakan kepada para saintis dalam tiga bidang penyelidikan, iaitu astronomi, matematik, dan sains kehiudpan dan perubatan. Anugerah ini bernilai sebanyak AS$1 juta. Pihak media pun menggelarnya "Hadiah Nobel Timur". Hadiah pertama dikurniakan pada tahun 2004.

Keluarga sunting

Anak lelaki sulung Shaw, Dr. Shaw Vee Meng, ialah ketua Yayasan Shaw di Singapura. Shaw merupakan lepasan barrister-at-law di Gray's Inn, London. Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan akademik dan amal.[3]

Anak perempuan Shaw, Violet, menetap di Hawaii dan berkahwin dengan Paul Loo, bekas Pengarah Eksekutif Morgan Stanley.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.genarians.com/1907.html
  2. ^ "HK Movie Mogul Run Run Shaw Has Died". abc news. 7 January 2014.
  3. ^ a b Raymond Zhou (8 January 2014). "Movie mogul dies in HK". China Daily USA.
  4. ^ a b Who's Who 2007: an Annual Biographical Dictionary (ed. 159th Annual). A&C Black. 2007. ISBN 978-0-7136-7527-6.
  5. ^ Shaw the Malay film industry pioneer.
  6. ^ "Who We are - Shaw Studios". Shaw Studios. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-20. Dicapai pada 2007-10-16.
  7. ^ "International Grant Making Foundations : Philanthropy and the Third Sector". International Grant Making Foundations. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-21. Dicapai pada 2007-10-16. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  8. ^ "邵逸夫爵士家中安詳離世 享年107歲". TVB News. 7 January 2014.

Bacaan lanjut sunting

  • 詹幼鵬、藍潮 (1997). 《邵逸夫傳》. 藍潮傳記作品 (dalam bahasa Chinese) (ed. First ed.). HK: 名流出版社. ISBN 962-928-017-5. |edition= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting