Rundingan Damai Baling 1955

pertemuan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) di Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.

Mereka yang terlibat dalam perbincangan, dari kiri – David Marshall, Tunku Abdul Rahman & Tun Tan Cheng Lock.

Wakil parti perikatan terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan David Marshall sementara wakil PKM terdiri daripada Chin Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.

Sebelum rundingan sunting

Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu pada bulan Julai 1955. Pada bulan September 1955, kerajaan menabur 40 juta risalah "Tawaran Menyerah Diri" serta 12,000 pas pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Tawarannya berbunyi: "Kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan, kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat."[perlu rujukan]

Pada September 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng dari Kampung Kelian Intan, Keroh di Perak. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng

  • Tambahan fakta sebelum rundingan Baling*

Tunku juga mengutuskan sepucuk surat kepada Chin Peng melalui orang perantaraan Tunku yang bernama Mohd Taib @ Mat Taib Bin Mat Jusoh. Artikel mengenai perutusan ini pernah diterbitkan di dada akhbar pada tahun 1996.(Boleh hubungi 0195872089 untuk kebenaran fakta)

Proses rundingan antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudian berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat. Tunku bagaimanapun menegaskan PKM perlu menyerah kalah.

Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKM sudah lemah. Tambahan pula, kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas dianggap tidak wajar oleh Kerajaan Perikatan.

Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelan damai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.

Kesan sunting

Proses rundingan di Baling itu boleh dianggap sebagai antara usaha terakhir Kerajaan Perikatan menyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan layak memerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan. Selepas beberapa hari pertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London untuk meneruskan rundingan kemerdekaan dengan British.

Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka kerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ke tangan komunis, hal ini akan menjejaskan bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industri mereka selepas Perang Dunia II.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rundingan Damai Baling