Rungus merupakan salah satu kaum di Sabah dan juga merupakan penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak, Dusun, Momogun, Momogun Rungus, Momogun Sava (Laut), Dusun Laut atau Rungus. Secara tradisi istilah "Rungus" diyakini berasal dari perkataan Rungsud iaitu nama nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Bandau (kini Marudu), Pitas, Beluran dan Telupid. [1]. Diperkirakan jumlah Rungus 74 000 orang yang hanya terdapat di Sabah kerana ada ramai kelahiran orang Rungus telah tertulis di surat lahir sebagai Kadazan.

Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu kala. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah wangian kayu, salong, ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya yang ditukarkan kepada harta dalam bentuk logam dan tembikar seperti gong, tempayan dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah Rungus bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR yang merujuk kepada budaya dan tradisi kaum Rungus yang mendiami pesisiran laut di seluruh kawasan utara Sabah sejak lampau.

Pada hari ini, secara politiknya semua suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok Kaum Kadazan-Dusun. Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah. Berdasarkan penelitian seni bina arkitektur, ritual keagamaan dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan

Masyarakat Momogun Rungus sejak purba terlibat dalam berdagang dengan pihak luar seperti bangsa Kina (Cina), bangsa Jawa, Bajau, Sulu, Brunei dan juga bangsa Bholung dalam bahasa tradisi Rungus iaitu bangsa Eropah (Portugis, Spain, Jerman dan British) untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kumut bholung (kain moden eropah) dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem Pemerintahan kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat, Semenanjung Melobong dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.

Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa kawasan ini mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.

Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa suku dan ada yang berpendapat wujud sub-suku berdasarkan variasi dialek dan loghat iaitu:

  • Suku Rungus Kirangavan (Kg Bintoson-Kg Kirangavan-Kg Sampil - Kg Toringai)
  • Suku Rungus Pilapazan (Kg Matunggong-Kg Guomon-Kg Inukiran, Kg Garau-Kg Pinavantai, Kg Angkob, Kg Tambuluran, Kg Vingolon - Kg Torongkungan )
  • Suku Rungus Gandahon (Kg Koniung - Kg Ponudahan - Kg Andarason)
  • Suku Rungus Gonsomon (Kg Marabahai-Kg Pinorat)
  • Suku Rungus Nulzuw (Kg Lajong - Kg Tinutudan - Kg Rampai)
  • Sub-suku Rungus Kirapak (Kg Bonduk-Kg Dahi)
  • Sub-suku Rungus Sinandapak (Beluran - Telupid)
  • Sub-suku Rungus Tupak atau Rungus Melobong (Pitas)

Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:

  • Sub-suku Rungus Piromitan
  • Sub-suku Rungus Tindal-Sondot

sosial and pendidikan sunting

setakat tahun 2023 ada seramai 12 orang Rungus bergelar Dokter dalam pelbagai bidang.

Nota kaki sunting