Runi & Solah ialah sebuah siri drama mini televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda dan Indah Emeerlda. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 bermula 25 Mei 2020 hingga 28 Mei 2020.[1]

Runi & Solah
Genre
PenciptaNajmie Maziez Mazlan
Ditulis olehNajmie Maziez Mazlan
PengarahYusry Abdul Halim
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Hey Kawan!"
Lagu penutup"Hey Kawan!"
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod4
Penerbitan
PenerbitZainuddin Ismail
PenyuntingElson Tomas
SinematografiRakis Unsah
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Enuja Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal25 Mei 2020 – 28 Mei 2020

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis sunting

Runi, seorang kanak-kanak dilahirkan di luar negara berpindah ke Malaysia bersama ibu bapanya dan tinggal di kampung. Rahman dan Salina cuba membiasakan diri mengajar anak-anaknya Rose dan Runi untuk bertutur bahasa Melayu. Kini, Salina buat bisnes menjual tudung dan telekung. Rahman kemudian memasukkan Runi ke kelas Fardhu Ain di masjid yang diajar Ustaz Hafiz. Rose yang pertama kali bertemu Ust Hafiz sudah jatuh hati padanya. Lantaran itu, Rose mula mengenakan tudung dan beri juadah berbuka untuknya. Runi memulakan persekolahannya. Dia sekelas dengan Solah, Zaki, Ijam dan Suraya. Solah dan Ijam agak nakal suka mengusik Runi. Mereka dapati Suraya selalu dimarahi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. Waktu petang, Runi ke kelas Fardhu Ain dan Ust Hafiz mengajar cara niat puasa. Suatu hari, Runi, Zaki, Solah dan Ijam mengintip ke rumah Suraya nak tahu sebab Suraya selalu lambat siapkan kerja sekolah. Rupanya-rupanya Suraya sibuk membantu ibunya buat kuih untuk dijual.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

  • Eizlan Yusof sebagai Rahman
  • Farahdhiya sebagai Salina
  • Aishah Atan sebagai Ustazah Wahidah
  • Atiq Azman sebagai Ustaz Hafiz
  • Nabil Aqil sebagai Haziq
  • Nynaa Harizal sebagai Rose
  • Numan Salleh sebagai Haji Daud
  • Nabila Huda sebagai Ustazah Murshidah
  • Aishah Sudin sebagai Hajjah Ramlah
  • Ahirah Karma sebagai Maisarah
  • Muhammad Akmal Daniel sebagai Ijam
  • Shazman Isaac Shahril sebagai Zaki
  • Soraya Larasati sebagai Ustazah Hidayah

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Runi & Solah (TV3)". My Infotaip. 18 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
  2. ^ Runi & Solah (2020): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 28 Mei 2020.