Runtun Qalbu merupakan siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Khalid Nadzri terbitan Excellent Pictures. Dibintangi oleh Kamal Adli, Fasha Sandha dan Shah Iskandar, ia bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 21 September 2012 hingga 21 Disember 2012 menggantikan Naziha.[1]

Runtun Qalbu
GenreDrama, keagamaan
Ditulis olehSiti Jasmina Ibrahim
PengarahKhalid Nadzri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Noktah" oleh Hazama Azmi
Lagu penutup"Noktah" oleh Hazama Azmi
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Kasturi Rasul
Penerbit
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Excellent Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 September 2012 – 21 Disember 2012

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Qalbu yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu. Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu (Fasha) yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah (Fida). Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri. Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.

PelakonSunting

Pelakon utamaSunting

Pelakon pembantuSunting

Penampilan khasSunting

RujukanSunting

  1. ^ Runtun Qalbu, sebuah lagi karya Ahmad Idham penuhi Slot Zehra Selebriti Online (11 September 2012). Diperoleh pada 11 September 2012.

Pautan luarSunting