Rust (filem digantung)

Rust merupakan sebuah produksi filem Barat Amerika yang digantung buat selama-lamanya pada Oktober 2021 selepas insiden tembakan senjata api, di mana staf sinematografi mereka Halyna Hutchins telah ditembak dan terbunuh secara tidak sengaja setelah tembakan dari sebuah pistol yang dijadikan prop telah dilepaskan oleh Alec Baldwin semasa persediaan untuk sebuah adegan dalam filem itu. Tembakan itu turut mencederakan Souza.

Rust
PengarahJoel Souza
Lakon layarJoel Souza
Cerita oleh
Dihasilkan oleh
  • Alec Baldwin
  • Matt DelPiano
  • Ryan Donnell Smith
  • Anjul Nigam
  • Ryan Winterstern
  • Nathan Klingher
Dibintangi
SinematografiHalyna Hutchins
Syarikat
penerbitan
  • El Dorado Pictures
  • Cavalry Media
  • Thomasville Pictures
  • Brittany House Pictures
  • Short Porch Pictures
NegaraAS
BahasaInggeris
Bajet$6–7.3 juta[1][2][a]

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Joel Souza . Ia dibintangi oleh Alec Baldwin, Travis Fimmel, Brady Noon, Frances Fisher dan Jensen Ackles .

Pelakon sunting

  • Alec Baldwin sebagai Harland Rust
  • Travis Fimmel sebagai Fenton "Preacher" Lang
  • Brady Noon sebagai Lucas
  • Frances Fisher sebagai ibu saudara Lucas
  • Jensen Ackles sebagai US Marshal Wood Helm
  • Devon Werkheiser [4]

Produksi sunting

Pada Mei 2020, telah diumumkan bahawa Alec Baldwin akan menerbitkan dan membintangi Rust, sebuah filem bergenre Barat berdasarkan cerita yang dicipta bersama penulis dan pengarah Joel Souza . [5] Baldwin memberitahu The Hollywood Reporter bahawa beliau sangat gembira dapat bekerjasama dengan Souza selepas terlepas peluang membintangi Crown Vic (2019). Beliau membandingkan lakon layar dengan filem Unforgiven (1992), dan berkata ia diilhamkan daripada kisah benar.

Rust dihasilkan dengan bajet $6–7 juta dan telah digambarkan sebagai "projek keghairahan" untuk Baldwin. Hak pengedaran filem itu dijual pada harga $2 juta semasa fasa pra-pengeluaran. [6] Travis Fimmel, Brady Noon, dan Frances Fisher menyertai barisan pelakon pada September 2021, [7] manakala Jensen Ackles pada bulan berikutnya. [8] Produksi melibatkan kira-kira 150 orang kru. [9] [10] Pengambaran dijadualkan mengambil masa selama 21 hari. [6] [11] Penggambaran bermula di New Mexico pada 6 Oktober 2021. [12]

Kejadian tembakan sunting

Pada 21 Oktober 2021, di Ladang Bonanza Creek di Bandar Bonanza, New Mexico, Amerika Syarikat, staf sinematografi, Halyna Hutchins telah terbunuh manakala pengarah, Joel Souza telah tercedera di set pengambaran filem Rust selepas ditembak secara tidak sengaja oleh pelakon ALec Baldwin menggunakan sepucuk pistol yang sepatutnya dijadikan prop bagi salah satu adengan dalam filem ini. Pistol tersebut dikatakan tidak diperiksa keselamatannya dengan teliti.

Kejadian digigit labah-labah sunting

Pada November 2021, beberapa minggu selepas insiden tembakan, seorang lagi kru, Jason Miller telah digigit di lengan oleh labah-labah bertapa coklat semasa menutup set. Miller mengalami nekrosis dan sepsis . Beliau telah dimasukkan ke hospital dan menjalani beberapa pembedahan yang akhirnya berjaya untuk mengelakkan amputasi lengannya. [13] [14] [15]

Rujukan sunting

  1. ^ D'Alessandro, Anthony (October 23, 2021). "'Rust' Director Joel Souza 'Gutted By The Loss' Of DP Halyna Hutchins Following Tragedy On Alec Baldwin Western". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 23, 2021. We understand that the $7M production of Rust was 50% completed at the time of the tragic incident.
  2. ^ Andreeva, Nellie (October 25, 2021). "Hollywood Studios Reviewing Gun Safety Protocols Following Fatal 'Rust' Shooting". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 26, 2021. Rust had the budget of an average episode of a high-end drama series, about $6 million-$7 million, and a tight 21-day filming schedule.
  3. ^ Keegan, Rebecca; Masters, Kim (November 4, 2021). "'Rust' Budget: Star, Producer and Armorer Fees Revealed". The Hollywood Reporter. Dicapai pada November 4, 2021.
  4. ^ D'Alessandro, Anthony (December 9, 2021). "Alec Baldwin Posts Letter From Rust Crew On Instagram: 'Descriptions; That Set Was 'Chaotic, Dangerous & Exploitative Workplace Are False'". Deadline Hollywood. Dicapai pada December 9, 2021.
  5. ^ N'Duka, Amanda (May 29, 2021). "Alec Baldwin To Produce & Star In 'Rust' Western With 'Crown Vic's Joel Souza Directing". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 22, 2021.
  6. ^ a b Flint, Joe (October 26, 2021). "Alec Baldwin's Low-Budget Film 'Rust' Was Never Meant for the Big Screen". The Wall Street Journal. Dicapai pada October 26, 2021.
  7. ^ Hipes, Patrick (September 14, 2021). "'Rust': Travis Fimmel, Brady Noon And Frances Fisher To Ride With Alec Baldwin In His Western". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 22, 2021.
  8. ^ Kroll, Justin (October 12, 2021). "Jensen Ackles Joins Alec Baldwin In Western 'Rust'". Deadline Hollywood. Dicapai pada October 22, 2021.
  9. ^ James, Meg (December 9, 2021). "'Rust' crew members claim set was not 'chaotic, dangerous' before fatal shooting". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2021. Dicapai pada December 10, 2021.
  10. ^ "The New Mexico Film Office Announces Rust is Currently Filming in New Mexico". New Mexico Economic Development Department. October 6, 2021. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada October 26, 2021. Dicapai pada December 11, 2021.
  11. ^ Romero, Simon; Jacobs, Julia (October 24, 2021). "Alec Baldwin Was Rehearsing Pointing Gun at Camera, Affidavit Says". The New York Times. Dicapai pada October 25, 2021.
  12. ^ James, Meg (October 22, 2021). "Alec Baldwin 'Rust' camera crew walked off the set in protest before the fatal shooting". Los Angeles Times. Dicapai pada October 22, 2021.
  13. ^ Kelner, Martha (November 7, 2021). "Alec Baldwin film shooting: Rust crew member in hospital for 'multiple surgeries' after spider bite". Sky News. Dicapai pada November 9, 2021.
  14. ^ November 08, Glenn Garner; Pm, 2021 07:31. "Rust Crew Member Hospitalized, Doctors Trying to 'Save His Arm from Amputation' After Spider Bite". PEOPLE.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-26.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
  15. ^ "Rust Crew Member Hospitalized, Doctors Trying to 'Save His Arm from Amputation' After Spider Bite". news.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-26.

Pautan luar sunting


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "lower-alpha" ada tetapi tag <references group="lower-alpha"/> yang sepadan tidak disertakan