Rusuhan Ferguson (atau Pemberontakan Ferguson, Protes Ferguson, atau Huru-Hara Ferguson) di Ferguson, Missouri, ialah protes dan rusuhan sejak 10 Ogos 2014, ketika Michael Brown ditembak oleh pegawai polis Darren Wilson. Rusuhan ini mencetuskan perdebatan di Amerika Syarikat mengenai hubungan antara polis dengan orang Afrika Amerika, polis tentera, dan penggunaan kekerasan oleh polis di Missouri dan AS.[7][8][9]

Rusuhan Ferguson 2014
Sebahagian daripada Gerakan Black Lives Matter
dan reaksi ke atas penembakan Michael Brown
Polis menggunakan gas pemedih mata ke arah perusuh
TarikhGelombang pertama:
09 Ogos 2014 (2014-08-09) – 25 Ogos 2014 (2014-08-25)[1]

Gelombang kedua:
24 November 2014 (2014-11-24)[2] – 2 Disember 2014 (2014-12-02)[3]
Gelombang ketiga:
09 Ogos 2015 (2015-08-09) – 11 Ogos 2015 (2015-08-11)
Lokasi
PuncaGelombang pertama: Penembakan Michael Brown
Gelombang kedua: Darren Wilson tidak didakwa
Gelombang ketiga: Setahun peringatan penembakan
KaedahKerusuhan, vandalisme, perampasan, tembakan.
Mangsa
Tercederasekitar 10 dari perusuh[4][5]
6 polis
Ditangkapsekitar 321 dari massa[6]

Sewaktu butiran dari penembakan Michael Brown sampai ke pengetahuan umum, polis melaksanakan perintah berkurung dan mengerahkan persatuan antihuru-hara untuk menjaga ketertiban. Bersamaan dengan tunjuk perasaan, berlaku rampasan dan rusuhan di sekitar tempat penembakan Michael Brown, dan di seluruh bandar. Menurut media, polis merespons dengan kekuatan ketenteraan ketika menangani kekerasan yang terjadi pada unjuk rasa tersebut. Rusuhan beterusan pada 24 November, ketika dewan juri tidak memenjarakan Darrel Wilson.[10]

Gelombang ketiga berlaku pada peringatan setahun penembakan Michael Brown, Ogos 2015.[11] Jabatan Keadilan AS menyimpulkan bahawa Darrel menembak Michael sebagai pertahanan diri.[12][13]

Sebagai respons atas penembakan dan rusuhan, Jabatan Keadilan melakukan siasatan untuk pelaksanaan kepolisan di Jabatan Polis Ferguson (DPF).[14] Pada Mac 2015, mereka menyimpulkan bahawa DPF telah melakukan kekeliruan terhadap warga Ferguson, dengan cara mendiskriminasi warga Afrika Amerika dan menerapkan stereotip perkauman dengan pola atau penerapan yang tidak sesuai dengan undang-undang.[15][16][17] Mereka juga mendapati bahawa bandar Ferguson bergantung pada wang denda dan dakwaan yang dibuat oleh polis.[18]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Aja J. Williams (August 25, 2014). "Johnson: 'Peace is being restored in Ferguson'". Ksdk.com. Dicapai pada November 30, 2014.
  2. ^ "Fires, chaos erupt in Ferguson after grand jury doesn't indict in Michael Brown case". CNN. November 25, 2014. Dicapai pada January 31, 2015.
  3. ^ "Looking Ahead After Ferguson Protests: What Happens Next?". Huffington. December 2, 2014. Dicapai pada January 31, 2015. Though the fierce protests in Ferguson, Missouri seemed to have died down in the last week or so...
  4. ^ "Number of people arrested, injured continues to rise in Ferguson". KMOV.com. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 2, 2014. Dicapai pada Disember 3, 2014.
  5. ^ "3 shot during Ferguson protest; 5 arrested for looting". Yahoo! News. April 29, 2015. Dicapai pada April 29, 2015.
  6. ^ Staff Reports. "More than 50 arrested at Ferguson police station on 'Moral Monday,' other events elsewhere". stltoday.com. Dicapai pada November 25, 2014.
  7. ^ "Civil Rights Attorneys Sue Ferguson Over 'Debtors Prisons'". NPR. Dicapai pada November 25, 2015.
  8. ^ "How Ferguson's tickets, fines violated rights of blacks - CNN". CNN. Dicapai pada November 25, 2015.
  9. ^ "School Segregation, the Continuing Tragedy of Ferguson". ProPublica. Dicapai pada November 25, 2015.
  10. ^ Davey, Monica; Julie Bosman (November 2, 2014). "Protests Flare After Ferguson Police Officer Is Not Indicted". The New York Times.
  11. ^ Frumin, Aliyah (August 12, 2015). "State of emergency extended in Ferguson". MSNBC. Dicapai pada August 12, 2015.
  12. ^ Phelps, Timothy M.; Muskal, Michael (March 4, 2015). "Federal report largely backs Darren Wilson in Ferguson police shooting case". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada March 18, 2015. Dicapai pada March 25, 2015.
  13. ^ USDOJ 2015, m/s. 80–82.
  14. ^ "Federal civil rights charges unlikely against police officer in Ferguson shooting". The Washington Post. Dicapai pada November 1, 2014.
  15. ^ "Ferguson Police Department Report". Department of Justice. Dicapai pada March 5, 2015.
  16. ^ "Justice Department Finds Pattern of Police Bias and Excessive Force in Ferguson". The New York Times. Dicapai pada March 3, 2015.
  17. ^ "'Hands up, don't shoot' was built on a lie". The Washington Post. Dicapai pada January 6, 2016.
  18. ^ "The Ferguson Kleptocracy". Marginal Revolution. Dicapai pada September 2, 2016.

Pautan luar sunting

Video-video

Foto-foto

Organisasi