Bantahan Yunani 2010–2012

(Dilencongkan dari Rusuhan Greece 2010)

Bantahan Greek 2010–2012 bermula pada 5 Mei 2010 di kebanyakan bandar besar di Greece terutama di Athens. Punca mereka mogok dan merusuh ialah kerana rancangan kabinet Perdana Menteri Greece George Papandreou untuk mengurangkan gaji dan menaikkan cukai sebagai langkah penjimatan. Penjimatan drastik diperlukan bagi menjamin pinjaman menyelamat antarabangsa bernilai 110 bilion Euro (RM458 bilion) .[5]

Bantahan Greek 2010–2012
Sebahagian daripada krisis hutang Eropah dan kesan kebangkitan dunia Arab[1][2]
Anggota polis melarikan diri daripada balingan batu pembantah; khalayak berkumpul aman di hadapan Parliment
Tarikh05 Mei 2010 (2010-05-05)kini
(13 tahun, 349 hari)
Lokasi
PuncaPengangguran, inflasi, rasuah, krisis hutang Greece, kehadiran IMF, tindakan kecekinan keras dengan potongan kebajikan, sistem dua parti, partikrasi, defisit demokrasi
KaedahTunjuk perasaan, mogok, mogok duduk, pendudukan, rusuhan, keingkaran awam, keganasan polis
StatusMasih berlaku
Korban
Maut5 Mei 2010: 3
20 Oktober 2011: 1
Tercedera28–29 Jun 2011: lebih 270[3]
12 Februari 2012: lebih 40[4]

Rusuhan sunting

Lebih 100,000 penunjuk perasaan merusuh di seluruh negara terutama di luar parlimen di Athens. Mereka melemparkan batu, buah limau , botol dan molotov koktel ke arah polis anti rusuhan .Mereka juga memukul deram dan melaungkan slogan anti-kerajaan menggunakan pembesar suara selain menggantungkan satu sepanduk besar berwarna hitam di luar Parlimen .'Mereka mengisytiharkan perang. Kita akan menentangnya'.[6]

Seramai 3 pekerja Bank Marfin terbunuh apabila sebuah bank dibakar. Ratusan cedera dan 100 orang telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Perusuh bertempur dengan polis di jalanan . Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata. Lokasi utama rusuhan ialah di hadapan bangunan Parlimen di Athens.[7]

pengawal istiadat di tugu Tomb of the Unknown Soldier diusir oleh penunjuk perasaan.

Krisis hutang sunting

Sejak pertengahan 2000-an,ekonomi Greece yang kuat menyebabkan kerajaan menjalankan dasar defisit yang besar. Ekonomi Greece yang bergantung kepada sektor pelancongan dan industri pelayaran , cukup sensitif dengan perubahan ekonomi dunia. Standard & Poor’s menyatakan penarafan hutang luar Greece diturunkan ke tahap `sampah (BB+) . Ia bermaksud hutang luar yang tidak menggalakkan pelabur . Pelaburan mereka hanya memberi pulangan 30 hingga 50 % sahaja.[8]

Kewangan Eropah yang disangka kukuh, rupanya tidak stabil sebagaimana kewangan Amerika syarikat.Pada 7 Mei , indeks perindustrian Dow Jones di New York menjunam 1,000 mata . Masalah hutang Greece ini dipercayai boleh menghentikan pemulihan ekonomi global.

Greece berhadapan krisis hutang yang teruk (€ 110.000.000.000) dan bakal merebak ke Portugal dan Sepanyol jika tidak diselamatkan (bail out).

Tindakan menyelamat sunting

172 ahli parlimen setuju, 121 tidak setuju untuk meluluskan langkah penjimatan iaitu potongan pembayaran pencen dan perkhidmatan awam serta bakal meningkatkan lagi cukai pengguna. Hutang mesti distruktur semula. Jika tidak Greece akan muflis.

Pada 12 April 2010, 15 negara Kesatuan Eropah menyediakan 30 bilion euro (RM132 bilion) untuk menyelamatkan Greece sebagai pakej kecemasan . Dengan tindakan ini diharap pelabur yakin untuk melabur semula dan merancakkan ekonomi. Pinjaman itu dikenakan faedah 5 5 berbanding pasaran semasa. Perdana Menteri Luxembourg, Jean-Claude Juncker menyatakan pinjaman itu daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Parlimen kerajaan-kerajaan Eropah belum tentu meluluskan pinjaman ini. Para pemimpin akan membincangkan semula krisis ini di Brussel.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi nasihat agar rakyat mengamalkan hidup bersederhana.Ia sebagai syarat jaminan pinjaman daripada IMF dan beberapa kerajaan Eropah untuk terus memberikan hutang yang besar kepada Greece. [9]

Perbandingan sunting

  • Krisis kewangan 1997/1998 di Asia menyamai masalah di Greece.Ia bermula dengan gelembung hartanah di Thailand. Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan kawalan modal dan tambatan ringgit dengan Dolar Amerika. Sementara Thailand, Indonesia dan korea Selatan menerima nasihat / dana dari IMF dengan menjual syarikat kerajaan kepada syarikat asing.
  • 2008 Amerika Syarikat juga menghadapi masalah ini dan masih belum pulih . Bilangan penganggur meningkat tetapi tanda pertumbuhan ekonomi semakin baik.
  • Jepun turut menghadapi masalah.
  • BRIIC (Brazil, Rusia, India, Indonesia dan China) dan Timur Tengah) belum berhadapan dengan krisis ekonomi dan sedang diperhatikan secara dekat . [10]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Outraged Greek youth follow Spanish example". euronews.eu. 25 Mei 2011. Dicapai pada 6 Julai 2011. First the Arab world, then Madrid, now Athens. Outraged Greek youth has taken its lead from the Arab spring and Spanish protests over unemployment.
  2. ^ "Greece crisis: Revolution in the offing?". BBC. 19 Jun 2011. Dicapai pada 6 Julai 2011. Inspired by the Arab uprisings, they have dug in to oppose further spending cuts in exchange for a second bail-out by the EU and IMF.
  3. ^ "Νέα ένταση και κυκλοφοριακό χάος" (dalam bahasa Greek). Dicapai pada 29 Jun 2011.
  4. ^ "Επεισόδια στο Σύνταγμα 12 Φεβρουαρίου 2012" (dalam bahasa Greek). Dicapai pada 12 Februari 2012.
  5. ^ Tiga maut protes ganas di Greece
  6. ^ Greece diselamatkan Greece diselamatkan
  7. ^ Greece diselamatkan
  8. ^ Greece diturun taraf ke taraf `sampah’
  9. ^ Eropah sediakan RM132 bilion selamatkan ekonomi Greece
  10. ^ Kesan keruntuhan Greece