Rusuhan penganut Katolik - Protestan Ireland Utara 2010

Rusuhan penganut Katolik - Protestan Ireland Utara 2010 berlaku di utara Belfast, Ireland Utara pada 13 Julai 2010. 100 penunjuk perasaan menyekat laluan perarakan di bandar Ardoyne sebuah pangkalan lama IRA di utara Belfast . Lelaki-lelaki bertopeng dan kumpulan remaja di tepi jalan melempar batu-bata, botol, batu dan bom botol ke arah polis. Polis lengkap topi keselamatan dan perisai mengheret penunjuk perasaan ke tepi jalan. Polis turut menggunakan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.[1]

Perarakan tradisi tahunan penganut Kristian Protestan sering mencetuskan keganasan antara kedua-dua penganut Kristian itu. Biasanya Tentera Republikan Ireland (IRA) dituduh merancang keganasan itu . Sebuah persatuan Protestan Britain, Ireland dan Scotland , Orange Order tidak diterima oleh minoriti Katolik Ireland.

Penyelesaian sunting

Menteri pertama Ireland utara , Peter Robinson dan timbalannya Martin McGuinness telah berunding dengan Ketua Polis Ireland Utara , Matt Baggott bagi mencari jalan penyelesaian. Peter Robinson merupakan pengerusi Parti Kesatuan Demokratik , sebuah parti Protestan. Polis tidak dapat bertindak balas kerana ada kalangan perusuh itu berumur 9 tahun sahaja. Perarakan dan rusuhan itu seperti berada dalam Taman tema Eurodisney. Empat dan enam tembakan telah dilepaskan berhampiran Gereja Katholik Ardoyne. Polis sedang menyiasat perusuh yang melempar bom petrol, batu dan misil.

Perdana Menteri Britain David Cameron kesal dengan keganasan inter agama itu. Ramai pihak mengecam tindakan berlebihan oleh bekas polis scotland Yard , John O'Connor. Akhirnya O'Connor memohon maaf. Agama utama di Britain ialah Katholik tetapi di Ireland Utara , agama Protestan lebih utama.

Pertempuran ini wujud sejak 1970-an dan 1980-an lagi. Tarikh 12 Julai adalah hari kemenangan Putera William dari Orange ke atas Kaja Katholik , King James II dalam Pertempuran Boyne 1690. Kemenangan tersebut dirayakan oleh penganut Protestan setiap 12 Julai.

Perjanjian damai Ireland Utara tercapai pada 1998. Jenayah tercetus apabila penganut Katholik menyerang perarakan 12 Julai.

Rujukan sunting