Buka menu utama
Rutenium

Rutenium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Ru dan nombor atom 44. Unsur logam keras ini berwarna putih keperak-perakan dan terdapat terutamanya dalam bijih platinum, digunakan sebagai mangkin dalam aloi platinum.

Isi kandungan

SejarahSunting

Unsur rutenium telah dikenal pasti oleh Karl Ernst Claus pada 1844 di Universiti Kazan, Rusia.[1] Nama unsur ini diambil sempena Ruthenia, nama Latin bagi kawasan Rus' Kiev yang merupakan tempat asal beliau.

KewujudanSunting

Rutenium ialah unsur ke-74 paling banyak melimpah dalam kerak bumi dengan kekepatan sebanyak kira-kira 100 bahagian per trilion.[2] Dalam Matahari dan sistem suria, kepekatan rutenium ialah 1.9 x 10-6 atom per mol secara relatif kepada kepekatan silikon yang ditetapkan pada 1 atom per mol.[3]

RujukanSunting

  1. ^ Claus, Karl (1845). "О способе добывания чистой платины из руд". Горный журнал (Mining Journal) (dalam bahasa Russian). 7 (3): 157–163. 
  2. ^ Greenwood and Earnshaw, m/s 1071
  3. ^ "3.1.3 Abundances of the elements". National Physical Laboratory (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada asal pada 12 Januari 2019. Dicapai 16 Julai 2019. 

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Rutenium di Wikimedia Commons