Buka menu utama

Ruth Sahanaya (lahir 1 September 1966 di Bandung, Jawa Barat) adalah penyanyi pop Indonesia. Beliau mencapai kemasyhuran pada akhir 1980-an dan mula dikenali menerusi lagu hitsnya, "Kaulah Segalanya".[1] Beliau telah menjelajah peringkat antarabangsa, menjadi wakil Indonesia di banyak festival muzik, dan telah menerima pelbagai anugerah. [2] Setelah sebelum ini merakamkan album di bawah label Indonesia PT Aquarius Musikindo, beliau menandatangani kontrak dengan Sony Music pada awal tahun 2000 (dekad). [3] Beliau kini salah satu daripada tiga anggota kumpulan vokal bersama-sama dengan Titi DJ dan Krisdayanti dipanggil 3 Diva. Beliau adalah salah satu daripada banyak penyanyi Indonesia Kristian yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Christian Gospel, True Worshippers.

Ruth Sahanaya
Juga dikenali sebagai
Uthe
Kelahiran (1966-09-01) 1 September 1966 (umur 53)
Bandung, Jawa Barat, Indonesia
GenrePop, R&B, soul, classic
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1987 - kini
Syarikat rakaman
Music Factory Indonesia (2012-kini)
Nagaswara (2010-2012)
Sony Music Entertainment Indonesia (2002-2010)
Aquarius Musikindo (1987-2002)
Laman sesawang
http://www.ruthsahanaya.com/

Albumnya, Kasih, telah menjual lebih 250,000 salinan di Indonesia.[2]

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 1 September 1966 di Bandung, Jawa Barat.[4] kepada pasangan Alfares Edward Sahanaya dan Matheda David yang berdarah Ambon dan Sangir Talaud.[5] Sejak kecil, beliau gemar menyanyi dan sering menjuarai pertandingan menyanyi. Kerjaya nyanyian mula diceburi secara serius pada tahun 1983 sewaktu menghadiri 5 pertandingan nyannyain, 2 di antaranya juara I dan 3 lainnya juara II. Selepas menamatkan pelajarannya di di LPK St. Angela Bandung (1986), beliau yang lebih mesra dengan panggilan Uthe, berhijrah ke Jakarta untuk memulakan kerjaya muziknya.

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan Jeffrey Waworuntu pada 7 Mei 1994. Pada 1996, Jeffry menjadi pengurus beliau. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak, Nadine Emanuella Waworuntu dan Amabel Odelia Waworuntu.[6]

Pada awal tahun 2006, Ruth telah menjalani pembedahan payudara supaya kelihatan lebih berisi dan indah. Beliau mengakui tidak begitu seleasa dan tak percaya diri ketika berbusana, kerana bentuk payudaranya yang kecil dan rata.[7]

DiskografiSunting

  • Seputih Kasih (1987)
  • Tak Kuduga (1989)
  • Kaulah Segalanya (1992)
  • Yang Terbaik (1994)
  • ...Uthe (1996)
  • Berserah Kepada Yesus (Gospel Album) (1997)
  • Kasih (1999)
  • Yang Kurindukan (Gospel) (2000)
  • Greatest Hits Ruth Sahanaya (2002)
  • Bicara Cinta (2003)
  • Jiwaku (2006)
  • Joyful Christmas (2007)
  • Giving My Best (Gospel) (2009)
  • Thankful (2010)

PenghargaanSunting

  • The Best Recording Artist "BASF Award" 1989
  • The Best Selling Album Category Pop Kreatif Music "BASF Award" 1989 album "Tak Kuduga"
  • The Best Recording Artist "BASF Award" 1992
  • The Best Selling Album Category Top Pop "BASF Award" 1992 album "Kaulah Segalanya"
  • Triple Platinum Record For album "Kaulah Segalanya"
  • The best selling album dalam Anugrah Musik Indonesia 1999 album "Kasih"
  • The best Selling Indonesian Album di "Anugerah Industri Muzik", Malaysia album "Kasih" 1999
  • Nominee for Best Indonesian Album "Anugerah Industri Muzik" Malaysia Album "Kasih" 1999
  • Double platinum Records For album "Kasih"
  • Nominee MTV Music Award for Best Female Vocal 1997
  • Monthly Winner Video Music Indonesia "Bawa Daku Pergi"
  • Monthly Winner Video Music Award "Ingin Kumiliki"
  • Nominee For Best Indonesian Album "Anugrah Industri Muzik" Malaysia, album "Bicara Cinta" 2004

RujukanSunting

  1. ^ Taib, Shuib (9 March 2005). "In the soul lane with Ruth", New Straits Times, p. 24.
  2. ^ a b Al-Attas, Suraya (April 24, 2000). "Ruth's a real gem of an artiste", New Straits Times, p. 3.
  3. ^ Mahidin, Jad (7 April 2003). "Stunning Ruth", The Malay Mail, p. 30.
  4. ^ "Ruth Sahanaya Gelar Konser di Kupang - Pos Kupang". Pos Kupang (dalam bahasa Indonesia). Dicapai 2017-12-30. 
  5. ^ "Ruth Sahanaya, Wanita Ambon Bersuara Emas". Kabari News (dalam bahasa Indonesia). 2011-10-01. Dicapai 2017-12-30. 
  6. ^ Mahidin, Jad (7 June 2001). "Straight from the heart", The Malay Mail, p. 2.
  7. ^ Demi Penampilan, Uthe Jalani Operasi Payudara, diakses 11 Januari 2008

Pautan luarSunting