Ruventhiran Vengadesan

pemain bola sepak Malaysia

Ruventhiran a/l Vengadesan (lahir 24 Ogos 2001) ialah pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain sayap kiri untuk Petaling Jaya City FC tetapi juga boleh bermain sebagai bek kiri.[2][3][4][5]

Maklumat peribadi
Nama penuh Ruventhiran a/l Vengadesan[1]
Tarikh lahir (2001-08-24) 24 Ogos 2001 (umur 22)
Tempat lahir Selangor, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Sayap kiri , Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Selangor
Nombor 19
Kerjaya remaja
2008–2011 CIMB-MBSA
2012–2016 CIMB-YFA Bintang Muda
2017–2018 MISC-MIFA
2019–2020 Selangor III & IV
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2021–2022 Petaling Jaya City 38 (3)
2023– Selangor 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2022– Malaysia B-23 3 (0)
2022– Malaysia 9 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 5 Januari 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10 Januari 2023

Kerjaya sunting

Permulaan kerjaya sunting

Dilahirkan di Klang, Selangor, Ruventhiran mula bermain bola sepak pada usia 5 tahun di sebuah akademi kecil. Beliau kemudiannya berpindah ke CIMB-MBSA, CIMB-YFA, dan akhirnya beliau pergi ke Bayern Munich untuk mewakili CIMB dengan menyertai Alliance League.[6] Ruventhiran meneruskan perjalanannya dengan menyertai MISC-MIFA selama setahun dan kemudian bermain untuk [[Selangor F.C. III & IV |Belia Selangor]] sebelum menyertai Petaling Jaya City bawah 19 tahun dan mara ke bawah 21 tahun.

Petaling Jaya City F.C. sunting

Pada penghujung 2020, beliau menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama kelab itu. Ruventhiran telah diberikan jersi nombor 19 dan pada masa yang sama membuat penampilan sulung profesional dan kelab pada 7 Mac 2021 dalam perlawanan liga menentang Perak F.C..[7] Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu dalam keputusan seri 1–1 menentang Penang F.C. pada 18 April 2021.[8][9]

Selama dua tahun bersama pasukan utama, dia membuat 41 penampilan dan mencatatkan dua gol dan tiga assist.[10]

Selangor F.C. sunting

Pada 18 Disember 2022, Ruventhiran menyertai semula bekas kelabnya Selangor F.C., berikutan PJ City menarik diri daripada mengambil bahagian bahagian dalam bola sepak profesional.[11][12]

Rujukan sunting

  1. ^ "Team detail - Piala Presiden 2020 players". Persatuan Bola Sepak Malaysia. Dicapai pada 21 Julai 2021.
  2. ^ "PJ City FC vs Johor Darul Ta'zim III". Persatuan Bola Sepak Malaysia. 5 Mac 2020.
  3. ^ "No foreigners for PJ City" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 17 April 2021.
  4. ^ "PJ City coach Maniam full of praise for youngster Ruventhiran" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 20 April 2021.
  5. ^ "Long road to Munich begins" (dalam bahasa Inggeris). The Star. 14 Februari 2017.
  6. ^ C.Y., Lee (14 February 2017). "Long road to Munich begins". thestar.com.my. The Star. Dicapai pada 14 February 2017.
  7. ^ "Perak vs. Petaling Jaya City". Soccerway (dalam bahasa Inggeris). 7 Mac 2021.
  8. ^ Aznan, Syafiq (18 April 2021). "PJ City, Penang FC kongsi mata". bharian.com.my. Berita Harian. Dicapai pada 19 April 2021.
  9. ^ "Petaling Jaya City vs. Penang". Soccerway (dalam bahasa Inggeris). 18 April 2021.
  10. ^ "PJ City coach Maniam full of praise for youngster Ruventhiran". thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). The Star. 20 April 2021. Dicapai pada 20 April 2021.
  11. ^ "Ruventhiran Officially Join Selangor FC". selangorfc.com (dalam bahasa Inggeris). Selangor FC. 18 Disember 2022. Dicapai pada 18 Disember 2022.
  12. ^ Johari, Firdaus (18 Disember 2022). "Ruventhiran kini milik Gergasi Merah". flashsukan.com.my. Flash Sukan. Dicapai pada 18 Disember 2022.

Pautan luar sunting