Ruzana Ibrahim

Pelakon dan penyanyi wanita Malaysia

Ruzana binti Ibrahim (lahir 13 November 1984) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan Luscious yang turut dianggotai oleh Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar.

Ruzana Ibrahim
Kelahiran (1984-11-13) 13 November 1984 (umur 39)
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2006–kini
Pasangan
M. Fadhil Zakaria (k. 2018)
Saudara
  • Sazzy Falak (sepupu)
  • Zeyna Ibrahim (adik)
  • Sabreena Ibrahim (adik)

Kerjaya sunting

Ruzana mula aktif dalam bidang seni pada 2006 menerusi penglibatan dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang terbitan Enfiniti Production, diikuti oleh pementasan teater P. Ramlee The Musical, sejak itu beliau muncul dalam beberapa pementasan teater lain.[1]

Beliau menyertai program TV realiti, Gang Starz musim pertama (2007) menerusi trio Luscious bersama sahabat baiknya Nadia Aqilah dan Eenaz Mokhtar dan terkenal dengan lagu "Khabarkan".[2]

Tari Tirana ialah drama pertama lakonannya, dibintangi bersama Wan Sharmila dan Shahz Jaszle. Kerjaya filemnya bermula menerusi filem Relationship Status yang ditayangkan pada 2012.

Kehidupan peribadi sunting

Ruzana dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, beliau ialah sepupu kepada pelakon dan pengacara Sazzy Falak. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Convent Bukit Nenas dan kemudiannya menyambung pelajaran di Kolej SEGi (kini Universiti SEGi).

Beliau berkahwin dengan M. Fadhil Zakaria pada 11 Mac 2018.[3]

Diskografi sunting

Luscious sunting

  • "Khabarkan" (2008)

Single sunting

Penyanyi jemputan
  • "Bebaskan Hatimu" - Dynda (2014)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Relationship Status Hawa Filem pertama
2017 Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Senah / Komunis
2021 Zombitopia Kak Lily
2022 Seratus Penampilan khas
2023 Imaginur Yazmin

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009–2010 Tari Tirana Cik Yasmeen TV3 Drama pertama
2012 Persona Sukma Hanna / Sukma TV1
Pulau Petum TV9
Small Mission Enterprise NTV7 Sitkom
2015 Cik Puan Sinderella Cikgu Muna TV3
Tuan Anas Mikael Astro Ria
2016 Isteri Tuan Ihsan Hanani Astro Ria
2016 Cinta 100kg Rozie TV3
2018 Rahasia Kasih Melinda ntv7
2019 30 Pesanan Suara Syazana TV3
2020 Dendam Cinta Arissa Diana Astro Ria
Misteri Mona Mona TV3
KL Gangster: Underworld 2 Betty Agogo Iflix
2021 Hawa Fauziah Astro Ria
2021–2022 Gerak Khas Undercover Rita TV3
2022 Murder By Moonlight Datin Saloma Astro Citra
TBA Untitled Murder By Moonlight Special

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Hijrah Di Ufuk Senja Telefilem khas sempena Maal Hijrah
Playboy Di Mindaku TV9
2021 Misteri Mona: Kuserumu Kembali Mona TV3

Teater sunting

Tahun Tajuk Catatan
2006 Puteri Gunung Ledang
2007–2014 P. Ramlee The Musical
2011 The Secret Life of Nora
2014 Seussical The Musical
2016 Mencari Sumaiyah

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2017–2018 X-Treme Pesona TV1
2022 Kaki Gunung TV Okey

Rujukan sunting

  1. ^ Tentang dia: Ruzana Ibrahim 7klik (30 September 2017). Dicapai pada 17 Mac 2018.
  2. ^ Wanda Idris (10 Julai 2007). Luscious mengejar kerlipan bintang Diarkibkan 2018-07-27 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 17 Mac 2010.
  3. ^ Pelakon Isteri Tua. Ihsan Ruzana Ibrahim selamat bergelar isteri Astro Awani (11 Mac 2018). Dicapai pada 17 Mac 2018.

Pautan luar sunting