Ryan Bakery atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery ialah personaliti media sosial Malaysia, selebriti TikTok dan pelakon yang berasal dari negeri Perak.[1] Dia dan rakan baiknya, Wan Chai pernah muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan sitkom Sepahtu Reunion Live yang ditayangkan di Astro Warna.[2]

Ryan Bakery
ريان بكري
Kelahiran
Muhammad Ryan Fahmi bin Bakery

(1995-04-17) 17 April 1995 (umur 29)
PekerjaanPelakon, selebriti TikTok
Tahun aktif2021–kini
PasanganElyia Ibrahim (k. 2022)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Sejak tahun 2021, Ryan Bakery aktif menghasilkan video-video parodi pendek yang mengimbau kenangan manis ketika zaman kanak-kanak era 90-an di platform TikTok. Dia juga turut dilantik sebagai ikon bisnes minuman, Bubblebee milik pelawak terkenal, Shuib Sepahtu.[3] Dengan peningkatan popularitinya, dia telah mendapat beberapa tawaran projek lakonan, antaranya filem arahan Mawi yang berjudul Zim Zim Ala Kazim serta sebuah karya terbaharu arahan Pierre Andre.[4]

Kehidupan peribadi sunting

Sebelum menjadi personaliti media sosial, dia bekerja di dalam bidang kargo penerbangan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), tetapi telah kehilangan pekerjaan berkenaan akibat daripada pandemik Covid-19. Sebagai alternatif demi memastikan kelangsungan hidup, dia mula menghasilkan video-video di platform TikTok. Konten yang dihasilkannya mendapat sambutan hangat, sekaligus membolehkan dia untuk meraih pendapatan.[5] Dia telah melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Elyia Ibrahim pada 1 October 2022.[6]

Diskografi sunting

Single sunting

Tahun Tajuk lagu Catatan
2023
"Raya Last Minit"
bersama Andi Bernadee

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Zim Zim Ala Kazim Pos-produksi

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 My Name is Lola Adik TV3 Pelakon undangan
2024 Budak Bedak The Series Ryan Astro Gempak

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Dendam Hantu Latah Aris Astro Warna Pelakon utama
2023 Kamboh Raya TVS Entertainment Pelakon utama
2023 Challenge Accepted Jeff Astro Ria Pelakon utama

Rancangan Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2022 Sepahtu Reunion Live Artis Jemputan Astro Warna 4 Ogos 2022 (Hanya Kejujuran)
2023 Gempak Most Wanted Raya Artis Jemputan Astro Ria 24 April 2023
Big Stage Presiden Netizen 14 Mei 2023 (Minggu 2)
2023 Famili Duo 3 Peserta TV3 Bersama Adam Bakery

Muzik video sunting

Tahun Tajuk lagu Penyanyi Catatan
2022 "Budi" Sufian Suhaimi
2023 "Tunggu" Elizabeth Tan Kameo

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2022 Gempak Most Wanted Awards 2022 Digital Content Creator Tergempak Dirinya sendiri Menang [7]
2023 Tiktok Awards Malaysia Popular Creator of The Year Dirinya

sendiri

Menang
2024 KNKV Viral Award 2024 Prime Award: Best National Content Creator Dirinya

sendiri

Menang [8]
2024 KNKV Viral Award 2024 Golden Award: Best National Comedy Influencer Dirinya

sendiri

Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Mustazah GP (29 July 2022). "Biodata Ryan Fahmi Bakery, Personaliti TikTok Malaysia". Iluminasi. Dicapai pada 14 February 2023.
  2. ^ Nur Idayu (8 August 2022). ""Gerαm pulak tengok dua ketul ni…" Gelagat Ryan Bakery & Wan Chai Sebelum & Selepas Sepahtu Reunion Buat Ramai 'Gerαm'". Berita Awani. Dicapai pada 14 February 2023.
  3. ^ Farizan Zainal (30 July 2022). "Ryan Bakery Rasmikan Cawangan BubbleBee, Sahabat Baik Menangis Terharu". Rotikaya Media. Dicapai pada 14 February 2023.
  4. ^ Mustazah GP (29 July 2022). "Biodata Ryan Fahmi Bakery, Personaliti TikTok Malaysia". Iluminasi. Dicapai pada 14 February 2023.
  5. ^ Saya Zuan (3 August 2022). "Diberi Hadiah Melebihi RM10,000, "Content Creator" Ryan Bakery Diminati Ramai". Newswav. Dicapai pada 14 February 2023.
  6. ^ Zaara Talita (1 October 2022). "Ryan Bakery selamat bergelar suami". Harian Metro. Dicapai pada 14 February 2023.
  7. ^ Zaara Talita (16 Disember 2021). "'Saya bukan sombong, cuma hati-hati' - Ryan Bakery". Harian Metro. Dicapai pada 15 Februari 2023.
  8. ^ Shahrin (21 Februari 2024). "Ryan Bakery & Hafiz Mahamad Gondol 2 Trofi, Fara Fauzana Dinobat Viral Laureate Golden Microphone Di KNKV Viral Award 2024!". OHBULAN!. Dicapai pada 1 April 2024.

Pautan luar sunting