Ryan James Shawcross /ˈʃɔːkrɒs/ (lahir 4 Oktober 1987) ialah pemain bola sepak profesional England yang bermain di posisi pertahanan untuk Stoke City.

Ryan Shawcross
Shawcross bermain untuk Stoke City pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Ryan James Shawcross[1]
Tarikh lahir (1987-10-04) 4 Oktober 1987 (umur 36)[1]
Tempat lahir Chester, England
Ketinggian 6 ka 3 in (1.91 m)[2]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Stoke City
Nombor 17
Kerjaya remaja
Buckley Town
Flintshire Boys
2002–2006 Manchester United
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Manchester United 0 (0)
2007Royal Antwerp (pinjam) 22 (3)
2007–2008Stoke City (pinjam) 26 (6)
2008– Stoke City 250 (13)
Pasukan kebangsaan
2008 England B21 2 (0)
2012 England 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 17:47, 24 Mei 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:41, 14 November 2012 (UTC)

Karier kelab sunting

Manchester United sunting

Pada awal kariernya bersama Manchester United, Shawcross membuat 22 penampilan untuk pasukan bawah 17 pada musim 2003–04, menjaringkan gol ketika menentang Nottingham Forest dan Blackburn Rovers. Pada musim 2004–05, Shawcross membuat 21 penampilan untuk pasukan bawah 18, menjaringkan gol ketika menentang Everton pada 5 Mac 2005. Dia juga membuat lima penampilan untuk pasukan simpanan Liga Central United, yang memenangi kejuaraan Divisyen Satu Barat.

Semasa musim 2005–06, Shawcross membuat sepuluh penampilan dalam Liga Perdana Inggeris Simpanan dan merupakan sebahagian daripada pasukan simpanan United yang memenangi kejuaraan Piala Senior Manchester, Liga Perdana Inggeris Simpanan Utara dan play-off Liga Perdana Inggeris Simpanan menentang Tottenham Hotspur. Pada 25 Oktober 2006, Shawcross membuat penampilan senior pertamanya ketika menang 2-1 dalam pusingan ketiga Piala Liga menentang Crewe Alexandra.[3] Dia juga bermain ketika mereka kalah 1-0 kepada Southend United dalam pusingan seterusnya.[4] Pada bulan Januari 2007, dia dipinjamkan kepada Royal Antwerp, dimana dia beraksi secara tetap dan membanut Antwerp layak ke play-off Divisyen Kedua Belgium, menjaringkan tiga gol sebelum kembali ke Manchester.

Stoke City sunting

Pada 9 Ogos 2007, Shawcross dipinjamkan sekali lagi, kali ini kepada kelab Championship, Stoke City untuk enam bulan.[5][6] Dia menjaringkan dua gol pertamanya untuk Stoke dalam dua perlawanna pertamanya, semasa menang 1-0 ke atas Cardiff City,[7] dan satu lagi ketika perlawanan Piala Liga menentang Rochdale.[8]

Stoke cuba untuk menjadikan tempoh pinjaman Shawcross sebagai tetap pada bulan Januari 2008,[9] dan perpindahan itu diselesaikan pada 18 Januari 2008, dengan Stoke membayar Manchester United yuran awal £1j yang meningkat kepada £2j kerana penampilan Shawcross untuk Stoke dan pasukan itu meraih promosi pada bulan Mei.[10]

Dia menjaringkan gol dalam perlawanan pertama Stoke dalam musim 2009–10, membantu mereka untuk menang 2–0 ke atas Burnley.[11] Pada 12 Disember 2009, dia menjaringkan gol keduanya dalam musim 2009–10 ketika menentang Wigan Athletic untuk seri 2–2.[12] Pada 27 Februari 2010, dalam perlawanan menentang Arsenal, Shawcross dibuang padang selepas kekasaran ke atas Aaron Ramsey menyebabkan kakinya patah.[13]

Shawcross dijadikan kapten Stoke City untuk musim 2010–11.[14] Dia menjaringkan gol dalam perlawanan Piala FA menentang Brighton & Hove Albion.[15] Stoke layak ke perlawanan akhir Piala FA dimana Shawcross menjadi kapten Stoke City pertama untuk beraksi dalam perlawanan tersebut tetapi mereka tewas kepada Manchester City.[16] Walaupun begitu, Stoke mendapat tempat dalam Liga Europa UEFA.[17]

Sebelum bermula musim 2011–12, Tony Pulis mengesahkan bahawa Shawcross akan kekal sebagai kapten kelab.[18] Dia mempunyai musim yang sibuk, bermain dalam 49 perlawanan serta membantu pasukannya layak ke pusingan 32 terakhir Liga Europa dan suku akhir Piala FA.[19] Pada 3 Januari 2013, Shawcross menandatangani kontrak lanjutan ​5 12 tahun bersama the "Potters", mengekalkanya di Stadium Britannia sehingga tahun 2018.[20][21][22] Dia bermain dalam 40 perlawanan semasa musim 2012–13, menjaringkan satu gol ketika menentang Wigan Athletic.[23][24]

Pada akhir musim 2012–13, Tony Pulis dipecat dan digantikan oleh Mark Hughes yang memutuskan untuk mengekalkan Shawcross sebagai kapten.[25] Pada 24 Ogos 2013, Shawcross menjaringkan gol kemenangan ke atas Crystal Palace untuk memberikan City kemenangan pertama mereka dalam musim 2013–14.[26] Pada 12 April 2014, Shawcross membuat penampilan ke-200nya dalam Liga Perdana Inggeris sekaligus menjadikannya pemain Stoke pertama untuk berbuat demikian.[27][28] Shawcross hanya terlepas satu perlawanan dalam musim 2013–14 dan Stoke menduduki tempat ke-9 dalam liga.[29]

Shawcross menjaringkan gol pertam Stoke dalam musim 2014–15 ketika mereka seri 1–1 dengan Hull City pada 24 Ogos 2014.[30] Dia membuat penampilan ke-300nya untuk Stoke pada 29 November menentang Liverpool.[31] Pada 1 Januari 2015, dia menjaringkan gol ke atas Manchester United untuk seri 1–1.[32] Dia bermain 37 kali untuk Stoke dalam musim 2014–15 dan mereka menduduki tempat ke-9. Stoke mengakhiri kempen dengan kemenangan 6-1 ke atas Liverpool.[33][34][35]

Shawcross tidak boleh beraksi untuk dua bulan pertama musim 2015-16 selepas menjalani pembedahan.[36]

Karier antarabangsa sunting

Shawcross dipanggil ke pasukan England team oleh Roy Hodgson pada 4 Oktober 2012 untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Poland dan San Marino.[37] Dia membuat penampilan pertamanya untuk England dalam perlawanan persahabatan menentang Sweden pada 14 November 2012 di Friends Arena.[38]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 24 Mei 2015[39]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Manchester United 2006–07[40] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 2 0
2007–08[41] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 2 0
Royal Antwerp (pinjam) 2006–07[42] Divisyen Kedua Belgium 22 3 3 0 25 3
Jumlah 22 3 3 0 0 0 0 0 25 3
Stoke City 2007–08[41] Championship 41 7 2 0 1 1 44 8
2008–09[43] Liga Perdana Inggeris 29 3 1 0 3 0 33 3
2009–10[44] Liga Perdana Inggeris 28 2 3 1 0 0 31 3
2010–11[45] Liga Perdana Inggeris 36 1 5 1 3 0 44 2
2011–12[46] Liga Perdana Inggeris 36 2 4 0 1 0 8 0 49 2
2012–13[47] Liga Perdana Inggeris 37 1 3 0 0 0 40 1
2013–14[48] Liga Perdana Inggeris 37 1 2 0 4 0 43 1
2014–15[33] Liga Perdana Inggeris 32 2 2 0 3 0 37 2
Jumlah 276 19 22 2 15 1 8 0 0 0 321 22
Jumlah karier 298 22 25 2 17 1 8 0 0 0 348 25

Antarabangsa sunting

Sehingga 14 November 2012.[49]
Pasukan kebangsaan England
Tahun Kmncln Gol
2012 1 0
Jumlah 1 0

Rujukan sunting

  1. ^ a b Hugman, Barry J., penyunting (2010). The PFA Footballers' Who's Who 2010–11. Edinburgh: Mainstream Publishing. m/s. 375. ISBN 978-1-84596-601-0.
  2. ^ "Player Profile: Ryan Shawcross". Premier League. Dicapai pada 15 January 2015.
  3. ^ "Crewe 1-2 Man Utd (aet)". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 25 October 2006. Dicapai pada 15 August 2012.
  4. ^ "Southend 1-0 Man Utd". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 7 November 2006. Dicapai pada 15 August 2012.
  5. ^ "Shawcross Signs!". Stoke City Official Website. Premium TV Limited. 9 August 2007. Dicapai pada 9 August 2007.
  6. ^ "Stoke City sign Shawcross on loan". BBC Sport. 9 August 2007. Dicapai pada 31 December 2010.
  7. ^ "Cardiff 0–1 Stoke". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 11 August 2007. Dicapai pada 11 August 2007.
  8. ^ "Rochdale 2–2 Stoke City (aet)". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 14 August 2007. Dicapai pada 16 August 2007.
  9. ^ "Shawcross set for permanent move". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 8 January 2008. Dicapai pada 9 January 2008.
  10. ^ "Shawcross ties up £1m Stoke move". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 18 January 2008. Dicapai pada 18 January 2008.
  11. ^ Scrivener, Peter (15 August 2009). "Stoke 2–0 Burnley". BBC Sport. Dicapai pada 15 August 2009.
  12. ^ Fletcher, Paul (12 December 2009). "Stoke 2-2 Wigan". BBC Sport. Dicapai pada 14 January 2014.
  13. ^ Sheringham, Sam (27 February 2010). "Stoke 1–3 Arsenal". BBC Sport. Dicapai pada 27 February 2010.
  14. ^ Official Stoke City Matchday Magazine 21 August 2010 v Tottenham Hotspur
  15. ^ "Stoke 3 - 0 Brighton". BBC Sport. 19 February 2011. Dicapai pada 4 June 2013.
  16. ^ "Man City 1-0 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 14 May 2011.
  17. ^ "Ryan's Relishing European Adventure". stokecityfc.com. Dicapai pada 3 June 2011.
  18. ^ "Shawcross to keep armband". skysports.com. Dicapai pada 26 July 2011.
  19. ^ "Shawcross is England class, says City chairman". The Sentinel. Dicapai pada 27 July 2012.
  20. ^ "Skipper signs long-term contract at the Club". Stoke City FC Official Website. 3 January 2013. Dicapai pada 3 January 2013.
  21. ^ "Ryan Shawcross commits his long-term future to Stoke City". Sky Sports. Dicapai pada 3 January 2013.
  22. ^ "Ryan Shawcross agrees a new long term deal at Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 3 January 2013.
  23. ^ "Stoke 2-2 Wigan". BBC Sport. 29 January 2013. Dicapai pada 30 May 2013.
  24. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 30 May 2013.
  25. ^ "Ryan Shawcross named Stoke City captain for fifth year". The Sentinel. Dicapai pada 29 July 2013.
  26. ^ "Stoke 2-1 Crystal Palace". BBC Sport. Dicapai pada 31 August 2013.
  27. ^ "Skipper's Delight". Stoke City F.C. Dicapai pada 13 April 2014.
  28. ^ "Stoke City 1, Newcastle United 0 talking points: Marko Arnautovic is the peacock to get fans excited". Stoke Sentinel. Dicapai pada 13 April 2014.
  29. ^ "Ryan Shawcross named player-of-the-year 2013/14". Stoke Sentinel. Dicapai pada 13 May 2014.
  30. ^ "Hull 1-1 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 1 January 2015.
  31. ^ "Ryan Shawcross thanks fans for support through thick and thin over 301 games". Stoke Sentinel. Dicapai pada 1 January 2015.
  32. ^ "Stoke 1-1 Man United". BBC Sport. Dicapai pada 1 January 2015.
  33. ^ a b "Games played by Ryan Shawcross in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 16 August 2014.
  34. ^ "Stoke 6-1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 25 May 2015.
  35. ^ "We have reached new heights, says Ryan Shawcross". Stoke Sentinel. Dicapai pada 28 May 2015.
  36. ^ "Ryan Shawcross: Stoke captain out for two months with back injury". BBC Sport. Dicapai pada 6 August 2015.
  37. ^ "Stoke City centre-back Ryan Shawcross named in Roy Hodgson's England squad to replace retired John Terry". The Telegraph. Dicapai pada 4 October 2012.
  38. ^ "Sweden 4-2 England". BBC Sport. Dicapai pada 14 November 2012.
  39. ^ "Ryan Shawcross". Soccerbase. Dicapai pada 19 June 2013.
  40. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2006/2007". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  41. ^ a b "Games played by Ryan Shawcross in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  42. ^ "Spelersprofiel - Ryan Shawcross". R.A.F.C.-Museum (Royal Antwerp FC). Dicapai pada 27 May 2014.
  43. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  44. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  45. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  46. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  47. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  48. ^ "Games played by Ryan Shawcross in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 14 October 2013.
  49. ^ (Inggeris) Ryan Profil Ryan Shawcross di National-Football-Teams.com

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Abdoulaye Faye
Kapten Stoke City
2010–
Diikuti oleh:
Penyandang

Templat:Skuad Stoke City F.C.