Ryujin Juwara ialah drama adiwira tokusatsu Malaysia pertama yang diadaptasikan dari siri tokusatsu Jepun; Ryujin Mabuyer. Ia merupakan hasil kerjasama antara syarikat produksi Malaysia, Double Vision Sdn Bhd, Yomiuri-TV Enterprise Ltd. (Japan) dan Mabui Stone Corporation (Japan). Drama bersiri 26 episod ini telah menjalani penggambaran di Jepun, Korea Selatan, Singapura, dan Malaysia. Mula ditayangkan di TV3 pada 17 Januari 2014 setiap Jumaat jam 7.30 petang. Dibintangi oleh Iedil Putra (Andil/Ryujin Juwara)sebagai watak utama yang bangkit sebagai adiwira untuk mempertahankan batu Mabui yang menjadi simbolik kesejahteraan Kampung Batik.[1]

Ryujin Juwara
Logo Ryujin Juwara
FormatTokusatsu
PenciptaNizam Razak
Anas Abdul Aziz
Shigeru Miyamoto
Masahiro Sakurai
Dibangunkan oleh
Double Vision
Yomiuri-TV Enterprise
Dibintangi oleh
Iedil Putra
Faralyna Idris
Fathil Dani
Penggubah lagu tema
Masaaki Uechi
Lagu pembukaan"Ryujin Juwara" oleh Juril Jumali
Lagu penutup"Go Go Majimun" oleh Chaoi Izghan & Azlym Aziz
PenggubahMasaaki Uechi
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Jepun
Bahasa Korea
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifJoyce Lee
Yuichi Koyano
Toshikazu Sugae
PenerbitTaro Tomio
Kenji Ebato
Hiroshi Higa
LokasiMalaysia
Singapura
Jepun
Korea Selatan
Pemasangan kamera
Takeshi Nakasone
Liew Tak Ming
Mohd Razali Ismail
Tempoh siaran20 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3
Julung kali ditayangkan di
TV3
Siaran asal17 Januari 2014 – sekarang
Kronologi
Rancangan berkaitan
Ryujin Mabuyer
Pautan luar
Laman sesawang

Cerita sunting

Ryujin Juwara mengisahkan tentang Andil (Iedil Putra), seorang pemuda kampung yang merupakan adik didik kepada Tok Mantin (Fathil Dani) yang mengusahakan perniagaan batik. Andil seorang tukang batik yang berbakat besar dan dia menjalani rutin hariannya seperti penduduk kampung yang lain. Andil rapat dengan Maya (Faralyna Idris), anak perempuan kepada Tok Mantin. Selepas kehadiran seorang jurufoto dari Kuala Lumpur iaitu Shafiq (Ali Alasri), Andil mula berasa cemburu apabila melihat Maya turut berkawan baik dengan Shafiq.

Suatu hari, Kampung Batik menjadi riuh rendah apabila batu Mabui yang diwarisi secara turun temurun dan juga merupakan simbolik kesejahteraan hidup kampung telah dirampas oleh tentera Majimun. Aki Manang (Zaki Zabidi), seorang pertapa telah menghantar pari-pari bunga raya, Hibi (Siti Aziz) untuk menemui orang yang telah ditakdirkan (the chosen one) untuk menjadi Ryujin Juwara yang akan menjalankan misi untuk merampas batu Mabui semula daripada konco-konco Majimun.

Daripada seorang pemuda kampung yang biasa, Andil telah bertukar menjadi Ryujin Juwara, seorang adiwira yang perlu bangkit untuk melindungi kampungnya. Malah, Ryujin Juwara perlu bergabung tenaga dengan Syafiq yang diberikan kuasa sebagai Ryujin Gelora. Menerusi pengembaraan luar biasa ini, Andil mula menghayati keindahan budaya Melayu dan menjalankan misinya untuk menegakkan keadilan.

Watak sunting

Watak Utama sunting

Andil sunting

Tukang keris yang sangat berbakat dan berdedikasi terhadap kerjanya. Perantis kepada tukang keris legenda; Tok Matin. Andil mempunyai satu latihan asas pertahanan diri. Andil sangat tangkas, baik dan cerdas yang menjadikannya pahlawan yang sempurna. Seorang pejuang yang tidak pernah mengaku kalah dalam pencariannya mengawal "Batu Mabui" dan Kampung Sakti.

Shafiq sunting

Seorang jurugambar yang berasal Kuala Lumpur yang datang ke kampung untuk mengambil gambar budaya Melayu asli seorang yang peramah tetapi keakraban beliau dengan Maya telah menyebabkan Andil cemburu.

Maya sunting

Anak perempuan Tok Matin. Seorang gadis yang sangat cantik dan kawan baik kepada Andil. Watak yang keras kepala dan sentiasa memberi galakkan kepada Andil untuk berjaya dalam pencariannya. Belajar pertahanan diri secara rahsia dan kemudiannya menjadi sangat bagus.

Tok Matin sunting

Antara tukang keris yang terbaik, jika tidak, yang terbaik di dunia. Kerjanya berlegenda dan amat dihormati oleh masyarakat. Mengambil Andil sebagai perantisnya dan sentiasa berbangga dengan kejayaan Andil. Dia tahu yang satu hari nanti, Andil akan mengasah kemahiran-kemahiran dan pengetahuan tentang pertukangan keris.

Watak Sampingan sunting

Aki Manang sunting

Seorang petapa misteri yang tinggal di hutan. Dia boleh meramal masa depan dan menghantar mesej kepada manusia untuk mengelakkan malapetaka.

Hibi sunting

Seorang pari-pari bunga raya yang bertindak sebagai pembantu Aki Manang untuk mencari 'yang terpilih.' Kemudian dia menjadi sekutu Andil dan kawan-kawannya.

Adiwira sunting

Ryujin Juwara sunting

Ryujin Juwara sebagai wira utama, dia melindungi "batu Mabui" dan kampungnya daripada tentera Majimun itu. Kadangkala dia teragak-agak dan memerlukan bimbingan orang lain untuk bangun dan membuatnya lebih kuat.

Ryujin Gelora sunting

Ryujin Gelora dengan kuasa naga air Niraikanai, Shafiq berubah menjadi Ryujin Gelora di bahagian ke-2 siri ini apabila Ryujin Juwara berada dalam bahaya.

Musuh sunting

HABUKURA sunting

HABUKURA ialah pemimpin tentera Majimun. Watak santai dan selekeh tetapi apabila tiba masa untuk berlawan, dia menunjukkan kekuatan penuhnya dan sengatan obor-obornya boleh membawa maut.

ONIHITO sunting

ONIHITO memegang pangkat kedua dalam Majimun dan tidak suka bercakap. Dia memegang dendam terhadap manusia yang mengambil tanah mereka dengan ganas.

MANGOOCHU sunting

MANGOOCHU dibesarkan di pergunungan. Dia suka bermain dan keras kepala tetapi tidak jahat secara semula jadi.

Coober 1&2 sunting

COOBER 1&2 adalah labah-labah yang merupakan pengikut setia tentera Majimun. Mereka kekok dan tidak berapa pandai, sering menjadi punca di sebalik kegagalan Majimun dalam rancangan mereka.

Habu King Cobra sunting

Habu King Cobra yang merupakan ketua besar Angkatan Tentera Majimun. Kemunculannya di bahagian siri-2 menguatkan kuasa Majimun, menjadikan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum ini.

Lagu Tema sunting

Lagu Pembukaan sunting

  • Ryujin Juwara
    • Komposer: Masaaki Uechi
    • Penyanyi: Juril Jumali

Rujukan sunting

  1. ^ "Siaran Media: Ryujin Juwara". http://www.tv3.com.my/. Dicapai pada 31 Januari 2014. External link in |publisher= (bantuan)

Pautan luar sunting