S. M. Salim

(Dilencongkan dari S.M. Salim)

Biduan Negara Tan Sri Dato' Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros (30 Julai 1928 – 29 Disember 2016) atau lebih dikenali sebagai S. M. Salim ialah seorang penyanyi Malaysia. Beliau merupakan seniman kedua bergelar Tan Sri selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.


S. M. Salim

Kelahiran
Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros

(1928-07-30)30 Julai 1928
Meninggal dunia29 Disember 2016(2016-12-29) (umur 88)
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif1949–2016
PasanganPuan Sri Aishah Abdul Ghani (k. 1954–2016)
Anak-anak7
Kerjaya muzik
GenrePop tradisional, Etnik Kreatif, Irama Malaysia
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Yusni Hamid, Jamal Abdillah, Zainal Abidin, Siti Nurhaliza

Kerjaya sunting

S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya, Singapura (sekarang RTM, Mediacorp Singapura) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional). Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P. Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

Yusni Hamid adalah orang yang kerap berduet dengannya. Namun S. M. Salim pernah berduet dengan Zainal Abidin untuk lagu 'Satu', dan terbaru bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Pandang Pandang, Jeling Jeling' yang dinyanyikannya ketika mengadakan konsert Orkestra Filharmonik Malaysia di Dewan Filharmonik Petronas pada 31 Mac dan 1 April lalu.

Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960. S. M. Salim juga pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.

Beliau juga pernah membintangi filem 'Mata Permata' terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) yang disiarkan di RTM pada tahun 1964.

Pencapaian sunting

Pada 1991, beliau dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.

S.M. Salim turut diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu. [1][2]

Keuzuran dan kematian sunting

Pada tahun 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya lumpuh dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak.

Pada 29 Disember 2016, Tan Sri SM Salim menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang akibat sakit tua kira-kira jam 5.45 petang pada hari Khamis, selepas dua hari berada dalam keadaan tenat selepas keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga sukar bernafas pada malam Selasa lalu (27 Disember 2016).[3] Berita kematian Allahyarham disahkan oleh anaknya, Sheikh Shamsul Salim, 51. Jenazah Allahyarham SM Salim telah dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas solat Jumaat.[4]

Sejak berita Allahyarham nazak tersebar menerusi aplikasi WhatsApp, keluarga Allahyarham tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu termasuklah wakil persatuan seni dan rakan-rakan artis. Antara yang menziarahi Allahyarham ialah Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Nawi, Fazli Zainal, Datuk Ramli M. S. dan Datuk A. Rahman Hassan.[5] Beliau meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani bersama tujuh orang anak iaitu Siti Nuraishah, Sheikh Samsuddin, Siti Nur Huda, Siti Maheran, Siti Huzayah, Sheikh Shamsul, dan Siti Zubaidah.[6]

Diskografi sunting

  • Janganlah Marah Marah bersama Norma Salim (1953)
  • Hiboran Bintang2 Malaya (1955)
  • OST Sri Mersing (1965)
  • SM Salim (1979)
  • Joget Kasih Bermula (1980)
  • Kong Kong Kak (1980)
  • Cempakasari (1989)
  • Apa Dah Jadi (1991)
  • Satu (23 Disember 1992)
  • Nanti Dulu (30 Jun 1994)
  • Jeling Menjeling - bersama Yusni Hamid (1995)
  • Album Sekarang Dah Jadi (2003)
  • Nostalgia Abadi (2008)
  • Biografi (2011)
  • 4 Bintang Popular Vol 2 (2011)
  • Tan Sri P. Ramlee & Tan Sri S. M. Salim (2012)

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1964 Mata Permata Kahar
2003 Laila Isabella Dirinya sendiri Penampilan khas

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Neon Dirinya sendiri VCD Penampilan khas

Anugerah sunting

  1. Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong (1964).
  2. Bintang Kelakuan Terpuji (BKT) dari Yang di-Pertua Negeri Melaka (1982).
  3. Bintang Setia Kinabalu (BSK) dari Yang di-Pertua Negeri Sabah (1984).
  4. Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor yang membawa gelaran Dato' (1992).
  5. Dato' Paduka Mahkota Terengganu Yang Amat Mulia (DPMT) dari Sultan Terengganu yang membawa gelaran Dato' (1994).
  6. Dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-75 pada 2 Jun 2001 yang membawa gelaran Tan Sri.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting