S. Rosley
S. Rossley (dilahirkan sebagai Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry; 1943 – 25 Januari 2017) merupakan seorang pelakon filem Melayu yang popular pada 1960-an. Mula berlakon menerusi filem Anak Buloh Betong (1967) dan Lampong Karam arahan S. Kadarisman, diikuti filem Dang Lenggang (1972). Beliau turut berlakon dalam filem Darma Kesuma (1967) bersama Dayang Sulu. Beliau juga pernah berlakon dalam sebuah filem moden berjudul 'Terlibat' sekitar 1970-an.[1]
S. Rosley | |
---|---|
Kelahiran | Syed Ahdross Bin Syed Ahmad Alqadry 1943 |
Meninggal dunia | 25 Januari 2017 (berumur 73–74) Hospital Besar Changi, Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
Tahun aktif | 1964–1972 |
Majikan | Malay Film Productions Merdeka Film Productions |
Pasangan | Fauziah Zie |
Anak-anak | Ruziq Ahdross Fido Ahdross Shariffah Fathin Ahdross |
Penglibatan dalam karier seni
suntingS. Rosley melibatkan diri dalam Pesta Drama Sriwana pada tahun 1964 yang mana pengadil pesta tersebut adalah seniman S. Kadarisman yang mengambil beliau berlakon dalam lakonan pertamanya dalam filem Anak Buloh Betong.
Perkahwinan
suntingS. Rosley pernah mendirikan rumahtangga bersama-sama dengan pelakon tempatan, Fauziah Zie dan dikurniakan empat orang anak iaitu Syed Khairuzaad, Syed Mohamed Ruziq, Shariffah Fathinussalwa dan Syed Firdaus (Fido Ahdross) tetapi mereka berdua kemudian mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sekitar 30 tahun lalu.
Meninggal dunia
suntingS. Rosley menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 74 tahun di sini sekitar 1.40 pagi Rabu akibat Penginfarkan Miokardium Akut atau serangan jantung.[2][3]
Rujukan
sunting- ^ Bernama (2017-01-25). "Pelakon 'Anak Buloh Betong' meninggal dunia". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-08-23.
- ^ IRA MUSFIRAH MOHAMED RASHID (25 Januari 2017). Seniman 1960-an S. Rosley meninggal dunia akibat serangan jantung Berita MediaCorp. Dicapai pada 25 Januari 2017.
- ^ Seniman 1960-an S. Rosley Meninggal Sakit Jantung Diarkibkan 2017-01-28 di Wayback Machine MyNews Hub. 25 Januari 2017.