SME Ordnance Sdn Bhd (SMEO) dahulunya dikenali sebagai Syarikat Malaysia Explosive Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pertahanan Malaysia yang mengkhususkan dalam pembuatan dan pemasaran ordnance.[1] Syarikat ini terletak di Batu Arang, Selangor.[2]

SME Ordnance Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSdn. Bhd, Swasta
IndustriIndustri, Pertahanan
Ditubuhkan12 November 1969; 54 tahun yang lalu (12 November 1969)
Ibu pejabatBatu Arang, Selangor, Malaysia
Tokoh pentingJeneral (R) Tan Sri Dato' Seri Mohd Shahrom Bin Dato' Hj Nordin
(Pengerusi)
KeluaranSistem pengurusan dokumen, senjata api, peluru dan piroteknik
PemilikJeneral (R) Tan Sri Dato' Seri Mohd Shahrom Bin Dato' Hj Nordin
Syarikat indukMenteri Pertahanan
Tapak webnadismeo.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

SMEO merupakan anak syarikat bagi National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd.[3]

Sejarah sunting

SME Ordance telah ditubuhkan pada tahun 1969 sebagai sebuah syarikat usahasama secara sama rata antara kerajaan Malaysia, Dynamit Nobel dari Jerman, Oerlikon Machine Tools dari Switzerland dan buah syarikat tempatan bernama Syarikat Permodalan Kebangsaan dan Syarikat Jaya Raya Sdn Bhd.[3][4] Pada tahun 1974, kerajaan Malaysia kemudian membeli kesemua saham, menjadikan SMEO sebuah syarikat milik penuh kerajaan.[4] Pada tahun 1991, SMEO mendapat lesen untuk mengeluarkan raifal Steyr AUG.[1][5] Pengeluaran bersama dengan Steyr bermula pada tahun 2003 hingga 2004.[6][7] SMEO kemudian menarik diri dari kontrak pengeluaran bersama menyebabkan tindakan undang-undang daripada pihak Steyr.[8] Perkara ini menjadi pertikaian antara SME Ordnance dan Steyr berkaitan perlanggaran kontrak.[9]

Pada 28 September 1993, SMEO telah diluluskan oleh Royal Ordnance Division, British Aerospace (BAe) sebagai pembekal diutamakan untuk persenjataan dan peluru.[4] Pada 7 Disember 1993, Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) mengesahkan bahawa sistem kualiti SMEO memenuhi sistem MS ISO 9002:1991.[4] Pada 21 Februari 2001, SMEO telah mengintegrasikan Syarikat Malaysia Explosive Technologies Sdn Bhd di sebabkan beberapa masalah selepas pihak syarikat menyelesaikan kontrak-kontrak mereka dengan Kementerian Pertahanan.[10]

SME Ordnance kemudian mendapat lesen untuk mengeluarkan karbin Colt M4 pada tahun 2006-2007 daripada Colt Defence, selepas pengumuman oleh Datuk Seri Najib Tun Razak setelah beliau menyerahkan sepucuk surat kepada SMEO akan niat kerajaan untuk membeli 14,000 pucuk raifal bagi mengantikan Steyr AUG.[11][12] Pada tahun 2009, SMEO mengumumkan bahawa mereka akan melabur RM36.4 juta untuk penyelidikan dan pembangunan lanjut ke atas M4.[3] Jumlah ini termasuk RM26.4 juta yang akan digunakan untuk membeli mesin-mesin dan RM10 juta untuk bangunan.[3] 14,000 M4 akan dibekalkan kepada Tentera Darat Malaysia.[13] Di bawah program Kerjasama Industri Pertahanan ASEAN, Malaysia merancang untuk mengeluarkan M4 bersama-sama dengan Indonesia dan Thailand.[14]

Produk sunting

Meskipun ia mengeluarkan peluru dan piroteknik, SMEO dikenali kerana mengeluarkan raifal tempur Steyr AUG dan Colt M4 secara berlesen.[1][11] Raifal ini digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.[1][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Products and Services". Dicapai pada 22 March 2010.
  2. ^ Marhalim Abas (5 December 2011). "Local production of M4 to begin in 2013". The Sun Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 10 January 2012.
  3. ^ a b c d Samantha Tan Chiew Tieng (31 December 2009). "SME Ordnance Plans RM36 Million Investment For M4 Carbine Development". Bernama. Dicapai pada 1 January 2010.
  4. ^ a b c d "Company Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-04. Dicapai pada 22 March 2010.
  5. ^ Watters, Daniel E. "The 5.56 X 45mm: 1990-1994". The Gun Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-04. Dicapai pada 22 March 2010.
  6. ^ Watters, Daniel E. "The 5.56 X 45mm: 2004". The Gun Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-03. Dicapai pada 21 June 2008.
  7. ^ "Austria to shift assault rifle Steyr production to Malaysia". Defence Talk. 12 April 2004. Dicapai pada 22 March 2010.
  8. ^ Watters, Daniel E. "The 5.56 X 45mm: 2005". The Gun Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-07. Dicapai pada 22 March 2010.
  9. ^ Marhalim Abas (7 October 2009). "Rifle dumped by US for our soldiers". Malay Mail. Dicapai pada 22 April 2011.
  10. ^ New Straits Times, 21 February 2001, National Section, "Arms producer to be absorbed by sister company", page 8.
  11. ^ a b c "Malaysia has licence to make M4 assault rifles". The Star. 5 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-03. Dicapai pada 22 March 2010.
  12. ^ Watters, Daniel E. "The 5.56 X 45mm: 2006". The Gun Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-01. Dicapai pada 22 March 2010.
  13. ^ "MEO has yet to sign MLA with Colt". KL Security Review. Dicapai pada 24 August 2010.
  14. ^ KL eyes rifle deal with Jakarta and Bangkok, New Strait Times, 21 May 2011.

Pautan luar sunting