Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang

(Dilencongkan dari SMK Bakar Arang)

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang atau nama ringkasnya SMK Bakar Arang, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Melayu yang terletak di Sungai Petani, Kedah, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang
Lokasi
Bakar Arang,, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoTEKUN USAHA JAYA
Ditubuhkan1 Januari 2003
Nombor sekolah6044230448
Kod sekolahKEA3117
Pengerusi PIBGTuan Haji Redzuan bin Abdullah
PengetuaPuan Noraini bt. Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran dan AkademikPuan Hajah Romlah bt. Din
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Mei Khor Guat Sim
SingkatanSMKBA/SEMEKAR
Kemasukan1544 (2015)
Faks6044248172


Pada 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang memiliki 897 pelajar lelaki dan 687 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1584 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.

Maklumat SekolahSunting

Visi dan MisiSunting

Visi: "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAKAR ARANG AKAN MENJADI SEKOLAH CEMERLANG DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN"

Misi:

  • Memantapkan pengurusan sekolah supaya lebih berkesan dalam semua bidang.
  • Memperingkatkan tenaga pengajar supaya lebih berketrampilan dalam semua aspek.
  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.
  • Memupuk sahsiah mulia dan jati diri pelajar.
  • Mewujudkan prasarana yang selamat dan ceria.
  • Menjalinkan perkongsian bijak dengan pihak luar (PIBG, Ibu Bapa, Komuniti dan NGO. [Non-Goverment Organisation])

Sejarah SekolahSunting

Sejarah sekolah di bawah dipetik dari SEMEKAR Edisi 11 (2015):

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang (SMKBA) mula beroperasi pada 1 Januari 2003 dan menerima kemasukan pelajar pertama seramai 722 orang. Bilangan guru pula seramai 30 orang dan kakitangan sokongan hanya 2 orang, SMKBA terletak di sebuah lokasi yang menarik iaitu di kawasan berbukit dan di tengah-tengah taman perumahan yang bersempadan antara Taman Arked dan Taman Mewah. Selain itu, pelan bangunan SMKBA juga sangat cantik dan menarik yang terdiri daripada lapan blok yang lengkap dengan pejabat, bilik guru, bengkel, makmal sains, makmal komputer, pusat sumber dan surau.

Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Sofiah bt Datuk Haji Abu Bakar pada tahun 2003 hingga Mac 2005. Kemudian, diterajui pula oleh Tn Haji Ismail b Shaidan dari April 2005 hingga Julai 2006. Pada Ogos 2006, SMKBA ditadbir oleh Tn Haji Saad b Mat Isa hingga November 2008 dan diganti oleh Pn Rosnah bt Ismail bermula Disember 2006 hingga Oktober 2009. Seterusnya pengurusan sekolah diambil alih pula oleh En Rosly b Ahmad hingga Julai 2011 dan diganti oleh Tn Haji Abdul Ghani b Haron bermula Ogos dan tamat pada November 2011. Seterusnya SMKBA diterajui oleh Pn Hajah Nor'Ani bt Abdullah sehingga kini. Beliau berjaya melengkapkan prasarana sekolah dan meningkatkan prestasi sekolah sehingga tergolong dalam 'Champion School' di daerah Kuala Muda/Yan (KMY). Seterusnya pentadbiran sekolah dibantu oleh 5 orang Penolong Kanan dan 4 orang Guru Kanan Mata Pelajaran.

Dalam bidang akademik pula peperiksaan Penilaian Menengah Rendah pertama telah diduduki pada tahun 2013 manakala peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pertama diduduki pada tahun 2004. Setelah 12 tahun beroperasi, prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar SMKBA semakin cemerlang. Pencapaian kokurikulum turut mengharumkan nama sekolah melalui penyertaan pelajar dalam pertandingan-pertandingan tertentu di peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan.

Dari segi enrolmen, bilangan pelajar turut meningkat dari setahun ke setahun bermula dengan hanya 722 orang kini bertambah kepada 1544 orang pada tahun 2015. Keseluruhannya, disiplin para pelajar di sekolah ini berada pada tahap yang baik. Pemuafakatan guru dan ibu bapa juga baik melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Piagam Pelanggan SMKBASunting

Kami sekeluarga SMKBA dengan penuh iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

- Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua anak didik kami tanpa mengira bangsa, keturunan dan latar belakang.

- Mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keselesaan anak didikan kami semasa mereka berada di sekolah.

- Memberikan layanan yang cepat dan mesra kepada semua pelanggan.

Budaya SekolahSunting

  • Berdisplin
  • Kondusif
  • Penyayang
  • Ilmu
  • Tepati Masa
  • Hormat- menghormati
  • Bermotivasi

Maksud IconSunting

Bulan: Simbol agama Islam sebagai teras untuk melahirkan insan berilmu, berketrampilan, beriman, beramal seoleh, berakhlak mulia dan sejahtera berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Simbol MSC: Menyokong subjek ICT sebagai salah satu aplikasi perdana MSC dalam usaha memajukan dunia pendidikan.

Atom: Sentiasa memberi penekanan kepada subjek sains sebagai teras pembelajaran

Buku: Sistem pembelajaran yang berterusan menggarap keperluan sains, teknologi dan ICT.

Biru: Hubungan erat sesama warga SMKBA dan masyrakat setempat

Merah: Usaha yang bersungguh-sungguh dalam semua bidang

Kuning: Kesetiaan kepada raja dan negara dan kedaulatan undang-undang

Lagu SekolahSunting

Kami pelajar SMKBA, Menjunjung cita-cita, Berikrar pada negara, Martabatkan maruah bangsa, Bersama tuiu kecemerlangan, Semua bergandingan, Lahirkan insan seimbang, Itulah wawasan, Bertekun usaha dan jaya Itulah cogan kata, Hayatilah kita bersama, Pastikan beriaya, Kami pelajar SMKBA, Menjunjung cita-cita, Berikrar pada negara, Martabatkan bangsa, Berikrar pada negara, Martabatkan bangsa

Ciptaan : En. Khairil Fauzi Ali | Lirik: Pn. Sofiah bt Datuk Hj Abu Bakar, BCK | Gubahan : En. Md Shukri b. Shafie

Ikrar PelajarSunting

Bahawasanya kami pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang berikrar, akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran, mematuhi semua peraturan sekolah, bersikap positif, menghormati ibu bapa, guru-guru dan orang yang lebih tua dan kami pasti akan berjaya.

Pentadbiran SekolahSunting

Pengetua SekolahSunting

No. Nama Mula Mentadbir Tamat Mentadbir
1 Puan Sofiah bt Datuk Haji Abu Bakar 2003 Mac 2005
2 Tn Haji Ismail b Shaidan April 2005 Julai 2006
3 Tn Haji Saad b Mat Isa Ogos 2006 November 2008
4 Pn Rosnah bt Ismail Disember 2006 Oktober 2009
5 En Rosly b Ahmad Disember 2009 Julai 2011
6 Tn Haji Abdul Ghani b Haron Ogos 2011 November 2011
7 Pn Hajah Nor'Ani bt Abdullah Disember 2012

Penolong KetuaSunting

  • Pentadbiran: Pn Hajah Romlah bt Din
  • Hal-ehwal Murid: Pn May Khor Guat Sim
  • Kokurikulum: Pn Hajah Hartini bt Abdul Rahman
  • Sesi petang: Pn Fazilah bt Mat
  • Pendidikan Khas: En Zaki b Awang

Guru Kanan Mata PelajaranSunting

  • Bahasa: En Zubir b Abdul Rahim
  • Kemanusiaan: En Devadass A/L Mahemadas
  • Sains & Matematik: Pn Aun Siok Khean
  • Teknik & Vokasional: Pn Saloni bt Omar

Maksud SEMEKARSunting

SEMEKAR ialah Setia, Efisien, Maju, Cemerlang, Kreatif, Amanah dan Rajin.

Buku TahunanSunting

SEMEKAR ialah nama buku tahunan dari 2005.

Buku tahunan ini mempunyai informasi SMKBA, aktiviti, kelas dan ciptaan seperti karangan dari murid-murid.

ClassesSunting

Untuk kelas menengah rendah (Form 1 kepada Form 3), kelas ditentukan oleh gred murid dari Setia kepada Rajin. Tiga kelas tambahan ditambahkan iaitu Tekun, Usaha dan Jaya dengan sejumlahnya 10 kelas.

Untuk kelas menengah atas (Form 4 dan Form 5), murid boleh memilih kawasan pembelajaran mereka seperti Sains dan Matematik, Lukisan Teknikal dan sebagainya. Kelas bermula dengan ST1, ST2, LK, PA Form 4, STK Form 5, SSU, PD1, PD2, MPV, PSV1 dan PSV2 dengan sejumlahnya 10 kelas.

KokurikulumSunting

SMK Bakar Arang mempunyai 9 unit uniform, 6 sukan & permainan dan 14 kelab & persatuan.

Setiap Isnin, semua murid haruslah berada di sekolah untuk perjumpaan sukan & permainan dan kelab & persatuan pada 2:30 hingga 5:30 petang.

Manakala pada setiap Rabu, semua murid wajib memakai uniform unit uniform mereka. Selepas itu semua murid pun haruslah berada di sekolah untuk perjumpaan unit uniform pada pukul 2:30 hingga 4:30 petang.

Senarai KokurikulumSunting

Unit UniformSunting

Fail:211 KMS (SMKBA).jpg
211th Kuala Muda Scout

Sukan & PermainanSunting

Kelab & PersatuanSunting

Anugerah/PencapaianSunting

Anugerah/Pencapaian Sekolah 2006-2013
Bil Anugerah/Pencapaian Tahun Anjuran
1 Anugerah Kecemerlangan Akademik Peningkatan dalam SPM dan PMR 2006 2007 PPD KMY
2 Pencapaian Cemerlang dalam PMR 2006 2007 JPN KEDAH
3 Memenangi CaIon Lonjakan Saujana (LS) PMR 2008 Sempena Perayaan Hari Guru 2009 PPD KMY
4 Pencapaian PMR 2008 Cemerlang (8A / 9A) Sempena Perayaan Hari Guru 2009 PPD KMY
5 Pencapaian Terbaik PMR 2010 Kategori Sekolah Menengah Harlan Bandar-Sempena Perayaan Hari Guru 2011 PPD KMY
6 Anugerah Terbaik Pencapaian G.P. Sekolah (GPS 2.69) PMR 2011(antara 10 sekolah) 2012 PPD KMY
7 Anugerah Pencapaian Cemerlang Terbaik SPM 2012 Kategori Sekolah Menengah Harian Bandar 2013 PPD KMY
8 Peningkatan Tertinggi Gred Purata PMR 2013 PPD KMY
9 Pencapaian Peratus Lulus PMR 2012 82.70% 2013 JPN KEDAH
10 Pencapaian Tertinggi Gred Purata PMR 2012 2013 PPD KMY
11 Pencapaian Tertinggi Bilangan Murid Memperolehi 'A' semua Mata Pelajaran untuk PMR 2012 2013 PPD KMY
12 Pencapaian Peningkatan Gred Purata Sekolah 0.22 (PMR 2012) 2013 JPN KEDAH
13 Peningkatan Calon memperoleh Semua 'A' iaitu 3.85% PMR 2012 2013 JPN KEDAH

Gred Purata SekolahSunting

Tahun PMR/PT3 SPM
2004 6.61
2005 6.31
2006 5.9
2007 5.03
2008 4.8
2009 4.71
2010 4.61
2011 5.05
2012 4.78
2013 4.52
2014 2.86 4.42

TOKOH PELAJAR SEKOLAH: Chibey Jeffersony Bin Masonolonyean@masunuo

Pencapaian tokoh: rekod 100m bawah 18 catatan masa:16.96 rekod lontar lembing sekolah jarak: 1.7m SPM Terbaik:STRAIGHT A

AlamatSunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang,
Lebuh Delima, Taman Arked,
08000 Sungai Petani, Kuala Muda Yan,
Kedah,   Malaysia.
Email = smkbakarang.ppdkmy@gmail.com
Telefon = 604-4230 448
Fax = 604-4248 172

Pautan luarSunting