Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David

(Dilencongkan dari SMK Tinggi St David)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David (M) atau nama ringkasnya SMK Tinggi St David (M), merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Penghulu Abas , Bukit Baru.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David
Lokasi
 Malaysia Jalan Penghulu Abas , Bukit Baru, 75150, Melaka,, Melaka Bandar Bersejarah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6062823619
Kod sekolahMEB2093[1]
Faks6062810416


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David (M) memiliki 762 pelajar lelaki dan 661 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1423 orang. Ia mempunyai seramai 71 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David telah diasaskan pada tahun 1912 sebagai projek Dr.(Mrs) Ferguson David, isteri kepada Diocese Anglikan Singapura yang mengasaskan hospital St. David di Melaka. Pada tahun 1915, hospital ini telah memberhentikan perkhidmatannya dan digantikan dengan penubuhan sebuah sekolah tinggi Cina. Pada tahun 1956, Commander Hudson dari Christ Church Parish Committee telah menawarkan sebidang tanah seluas 5.5 ekar di Bukit Baru dengan harga RM 100,000.00 dengan syarat sebuah sekolah mesti dibina di atas tanah itu pada tahun 1960. Pada tahun 1956, Pengarah Pelajaran Dr. FJA Rawcliffe dengan kebenaran dari Allahyarham Tun Abdul Razak, Menteri Pelajaran ketika itu, telah membenarkan projek itu pada tahun 1960. Pada tahun 1960, bangunan utama dan kantin telah didirikan. Bangunan ini dirasmikan oleh pihak Gereja Anglikan pada 4.1.1960. Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dan menerima kemasukan pelajar seramai 160 orang di Tingkatan Satu. Pengetua yang pertama ialah En. Saurajan. Pada tahun yang sama, sebuah bangunan 3 tingkap lengkap dengan tandas telah dibina sebagai tambahan pada bangunan yang sedia ada. Pada 17.11.62, pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Tun Haji Abdul Malek bin Yusof SMN; DMK, Gabenor Negeri Melaka pada masa itu.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David (M)
Jalan Penghulu Abas , Bukit Baru
75150, Melaka
Melaka, Malaysia
Telefon = 6062823619
Fax = 6062810416

Rujukan sunting

Pautan luar sunting