SM Faliq SM Nasimuddin

SM Faliq SM Nasimuddin (lahir 25 Januari 1985) ialah seorang usahawan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif di Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. dan juga Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan di Naza TTDI Sdn. Bhd.[1]

SM Faliq
Kelahiran
SM Faliq bin SM Nasimuddin

(1985-01-25) 25 Januari 1985 (umur 39)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, Naib Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI Sdn. Bhd
PasanganChryseis Tan Sheik Ling (berkahwin 2018)
Anak-anakArianna Kyla Tan SM Faliq (lahir 2020)
Ibu bapaSM Nasimuddin SM Amin (bapa)
Zaleha Ismail (ibu)
SaudaraSM Faisal (abang)
SM Nasarudin (abang)
Nur Diana (kakak)
Nur Nadia (adik)
KeluargaSM Sharifuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Salahuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkifli SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkhalis SM Zulkifli (sepupu)

Tidak diketahui ramai beliau juga seorang yang aktif dalam perniagaan peribadinya melalui pelaburan didalam syarikat seperti hiasan dalaman, servis parkir dan restoran. Kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang perniagaan, beliau juga telah menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 2019 bagi tujuan pelaburan dalam syarikat-syarikat tempatan dan luar negara yang baru bermula dan juga yang mempunyai potensi untuk terus berkembang jauh.

Keluarga dan kehidupan peribadi sunting

SM Faliq ialah anak keempat dan anak lelaki ketiga pengasas Kumpulan Naza, Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin. Dua abangnya ialah SM Faisal dan SM Nasarudin yang turut mewarisi perniagaan bapa mereka.[2] Beliau berkahwin dengan Chryseis Tan, anak sulung Pengerusi Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan pada Februari 2018. Beliau juga ialah seorang yang tidak begitu aktif di media sosial.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Mei Mei Chu (3 Februari 2018). "Naza's Faliq 'fetches his bride' Chryseis in style". The Star Online. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  2. ^ "Cover: Naza's young boss". Edgeprop.my. 30 Ogos 2009. Dicapai pada 2 Jun 2018.
  3. ^ "7 FAKTA MENARIK HUBUNGAN ROMANTIS SM FALIQ & CHRYSEIS TAN". Glam Lelaki. 3 Februari 2018. Dicapai pada 2 Jun 2018.

Pautan luar sunting