SM Mall of Asia, juga disingkat sebagai SM MoA atau secara sederhana MoA, ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Bay City, Pasay, Filipina, berdekatan SM Central Business Park, Teluk Manila, dan di hujung selatan Jalan Raya Epifanio de los Santos (EDSA).

SM Mall of Asia
SM Mall of Asia pada Mei 2016
LokasiBay City, Pasay, Filipina
Koordinat14°32′6.24″N 120°58′55.75″E / 14.5350667°N 120.9821528°E / 14.5350667; 120.9821528Koordinat: 14°32′6.24″N 120°58′55.75″E / 14.5350667°N 120.9821528°E / 14.5350667; 120.9821528
AlamatSeaside Boulevard, Barangay 76
Tarikh pembukaan21 Mei 2006
PemajuSM Prime Holdings
PengurusanSM Prime Holdings
PemilikHenry Sy, Sr.
ArkitekArquitectonica
Bil. gedung dan perkhidmatan600+ kedai, termasuk 217 restoran
Bil. penyewa utama16
Keluasan lantai peruncitan406,962 m2 (4,380,500 ka2)
Tempat letak kereta8,000 slot[1]
Bil. tingkatBangunan utama mal: 3 (termasuk perluasan)
The SM Store: 3
Gedung parkir: 8
Laman websmmallofasia.com

Dimiliki dan dibangunkan oleh SM Prime Holdings, pemilik dan pemaju rangkaian beli-belah terbesar di Filipina, SM Mall of Asia memiliki keluasan tanah 42 hektar, keluasan tingkat bawah sekitar 406,962 meter persegi (4.38050×10^6 ka2),[2] dan menarik lalu lintas pejalan kaki rata-rata setiap hari sekitar 200.000 orang.[3]

Gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar ke-4 di Filipina dan ke-7 di dunia.[3] Ketika dibuka pada tahun 2006, gedung ini merupakan pusat beli-belah terbesar di Filipina sehingga SM City North EDSA dibangunkan semula pada tahun 2008,[4] dan tercicir ke tempat ketiga dengan pengembangan SM Megamall dari 2011 hingga 27 November 2015 ketika SM Seaside City Cebu dibuka untuk umum.[5][6]

Selepas pembukaan gedung ini pada tahun 2006, ini menyebabkan penutupan beberapa pusat beli-belah yang lebih kecil di dekatnya, seperti Pearl Plaza dan Uniwide Coastal Mall di Paranaque.

Pembinaan sunting

 
SM Mall of Asia, Oktober 2007.

Gedung ini ialah projek utama SM Prime di SM Central Business Park, di mana lima bangunan satu tingkat berfungsi sebagai pejabat syarikat (gedung keenam ditempati oleh TeleTech Holdings, Inc. sebagai lokasi utama mereka di negara ini).

Pada 27 Februari 2006, akhbar tempatan Manila Standard Today, melaporkan bahawa pasukan jurutera Bandar Pasay menemui retakan besar di bawah struktur bangunan ini, yang menyebabkan struktur tersebut bergetar.[7] Ketika ditanya mengenai pemeriksaan ini, Jabatan Kerja Raya Bandar Pasay membantah sebarang kenyataan mengenai adanya retakan di Mall of Asia. Jurutera Edwin Javaluyas, pegawai Jabatan Kerja Raya Bandar Pasay, dalam suratnya kepada SM Prime Holdings Inc., mengatakan bahawa beliau tidak pernah menyatakan bahawa jabatan itu memeriksa Mall of Asia pada 23 Februari 2006.[8]

SM Prime, namun, memutuskan untuk memindahkan pembukaan gedung ini kepada 21 Mei pada tahun itu. Jeffrey Lim, pegawai penerangan syarikat SM Prime Holdings, menekankan bahawa penjadualan semula pembukaan gedung itu dibuat untuk memberi peluang kepada ayarikat untuk meyakinkan lebih banyak penyewa untuk membuka kedai dan menyangkal bahawa perubahan itu kerana terdapat ketidakstabilan struktur.[9]

Gedung ini dirasmikam oleh Presiden Gloria Macapagal-Arroyo dengan tayangan khas filem Everest di Teater IMAX San Miguel Coca-Cola. Filem itu ditayangkan tiga hari setelah atlet Filipina Leo Oracion mencapai puncak gunung berbahaya tersebut.[10]

Ciri-ciri sunting

 
Bangunan di Jose Diokno Boulevard.

Gedung ini mencakupi cawangan dari semua penyewa utama piawai yang ditemui di sebahagian besar SM Supermall. Cawangan pertama Taste Asia, salah satu jenama medan selera SM Supermall, terletak berdekatan di luar pasar raya gedung, SM Hypermarket.[11]

Salah satu tarikan utama gedung ini ialah teater IMAX pertama di Filipina, bersama dengan Teater Kelab Pengarah untuk tayangan peribadi (30 kerusi La-Z-Boy), sebuah Pawagam Premiere, Cinema CenterStage yang dapat digunakan untuk konsert muzik secara langsung dan pertunjukan teater, dan XD 4D Cinema (dibuka sejak November 2014, namun ditutup sejak Julai 2017). Teater IMAX San MiguelCoca-Cola ialah salah satu skrin IMAX terbesar di dunia dalam 3D termasuk tayangan 2D.

Selain teater khusus di dalam mal ini, pusat perbelanjaan ini juga memiliki enam bioskop biasa dengan dua tingkat mirip dengan yang ditemukan di hampir setiap SM Supermall.[12] Dua teater digital baru dibuka di sisi utara mal hiburan, dengan total delapan teater.

Gedung ini memiliki gelanggang ais berukuran Olimpik pertama di Filipina yang terletak di tingkat tiga. Berukuran 61 kali 30 meter, arena ini disifatkan sebagai gelanggang ais yang terbesar dan seumpamanya di Asia Tenggara. Arena ini dapat menampung peluncur ais berbunga rekreasi dan kompetitif, serta hoki ais. Bersamaan dengan akses langsung dan penyewaan luncur, pengendali arena ini juga menawarkan program latihan baik dalam seluncur indah mahupun hoki ais.[13] Beberapa pertandingan peluncur ais telah diadakan di arena ini, yang paling berprestij diantaranya ialah Skate Asia 2007 yang pertama kali diadakan di Filipina.[14][15]

Dewan muzik terbuka gedung yang terus menghadap ke laut juga telah mengadakan beberapa acara, pertandingan dan konsert.[16]

Gedung ini juga menyediakan ruang pejabat. Dell International Services, anak syarikat Dell, Inc. pernah memenuhi kawasan seluas 13.470,5 meter persegi di tingkat dua Gedung Parkir Utara gedung ini. Sehingga 2015, Teleperformance mengambil alih ruang tersebut. Ketika ini, telah digantikan oleh Cyberzone untuk kedai IT, salah satu yang terbesar sejak SM North EDSA.

Pengangkutan sunting

 
Terminal Feri MetroStar

Terdapat trem berkapasiti 20 tempat duduk di dalam gedung. Berdekatan dengan pusat konvensyen terdapat perkhidmatan Terminal feri MetroStar Ferry ke Bandar Cavite. Terminal ini juga berfungsi sebagai pelabuhan penumpang untuk kawasan pelancongan SM, Pantai Hamilo, di Nasugbu, Batangas.[17]

Pada tahun 2007, Badan Kredit Eksport–Import Filipina (PhilEXIM) merasmikan projek feri bernilai ₱135 juta antara Bandar Cavite dan SM Mall of Asia. Presiden PhilEXIM Virgilio R. Angelo menyatakan bahawa ia menjamin pinjaman Metrostar Ferry, Inc. (Metrostar) untuk Projek Pengangkutan Teluk Manila milik pemerintah. Angelo menyatakan bahawa perkhidmatan feri tersebut juga akan dibuka di perairan Kota Cavite–Luneta Boardwalk–Jambatan Del Pan.[18]

Insiden dan kemalangan sunting

  • 13 Julai 2011: Seorang lelaki melompat dari tingkat keenam tempat parkir sayap selatan dan disahkan oleh.[19]
  • 30 Mac 2014: Perampasan tebusan dan tembak menembak berlaku, ketika Gang Martilyo, kumpulan penjenayah tempatan yang mengkhususkan dalam merompak kedai dengan memusnahkan dan mencuri barang berharga menggunakan tukul, merompak kedai perhiasan menggunakan batang paip bukan tukul di kedai sebaneka di tingkat pertama. Seorang suspek ditangkap semasa kejadian.[20]
  • 22 Mei 2016: Lima orang maut setelah mengambil ubat-ubatan terlarang selama pesta tarian rave yang dianjurkan oleh Close-Up bertajuk Forever Summer, yang menampilkan duo DJ Belgium Dimitri Vegas & Like Mike di lokasi konsert itu.[21]
  • 2 Oktober 2018: Siling di dua lantai utama tingkat dua runtuh akibat hujan lebat pada petang Selasa, menyebabkan limpahan air hujan di depan kedaimkecantikan. Kejadian tersebut dihantar di Facebook melalui video oleh Cherry Mae Bernas dan tiada kecederaan semasa insiden itu.[22]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "About MOA" (dalam bahasa Inggeris). Philippines Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-08. Dicapai pada 5 November 2013.
  2. ^ "SM Mall of Asia" (dalam bahasa Inggeris). SM Prime. Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2014. Dicapai pada Ogos 23, 2013.
  3. ^ a b "25 Largest Shopping Malls In The World" (dalam bahasa Inggeris). List 25. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  4. ^ "SM City North Edsa's new annex makes it world's third-largest mall" (dalam bahasa Inggeris). GMA News. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  5. ^ "SM Megamall undergoing P1.5 B expansion" (dalam bahasa Inggeris). Philippines Today. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2013. Dicapai pada Ogos 23, 2013.
  6. ^ "SM Megamall opens new Carpark and Bus Bay" (dalam bahasa Inggeris). SM Prime. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-04. Dicapai pada 23 Ogos 2013.
  7. ^ Caber, Michael (27 Februari 2006). "Cracks endanger Pasay's Mall of Asia". Metro Stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  8. ^ Caber, Michael (28 Februari 2006). "Engineer denies threat to Mall of Asia". Metro Stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  9. ^ ""Philippines' SM Prime delays Mall of Asia opening to May". Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Yahoo!, Inc. 22 Februari 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  10. ^ "GMANews.tv Everest".
  11. ^ Vasquez, Dinna Chan (30 Jun 2006). "Shop and dine at Mall of Asia's Hypermart". Life & Entertainment stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  12. ^ Red, Isah V. (31 Mei 2006). "New malls, new cineplexes". Life & Entertainment stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  13. ^ Libarios, Gabby (27 Jun 2006). "For your ice only". Life & Entertainment stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  14. ^ Salumbides, Willie A., jr. (2007-01-16). "Pretty young thing on ice". Sports stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  15. ^ Salumbides, Willie A., jr. (25 Januari 2007). "Leslie wins ice skating's top award". Sports stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  16. ^ Red, Isah V. (4 Disember 2006). "QTV's music video block's first anniversary bash". Life & Entertainment stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Standard Today. Dicapai pada 15 Februari 2007.
  17. ^ Loyola, James (31 Julai 2006). "SMIC to build ferry terminal near Mall of Asia". Business stories (dalam bahasa Inggeris). Manila Bulletin.
  18. ^ "PhilEXIM unveils P135-M ferry project for Metro Manila". Inquirer.net (dalam bahasa Inggeris). September 24, 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada Jun 29, 2013. Dicapai pada Februari 28, 2012.
  19. ^ Boncocan, Karen. "Man jumps to death from mall's car park in Pasay".
  20. ^ News, ABS-CBN. "'Martilyo Gang' strikes at SM Mall of Asia".
  21. ^ "The Closeup 'Forever Summer' concert tragedy: What we know so far".
  22. ^ Marquez, Consuelo. "WATCH: Pasay mall's ceiling caves in amid heavy downpour" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Oktober 2018.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan SM Mall of Asia di Wikimedia Commons

Didahului oleh
SM City Clark
SM Supermall ke-25
2006
Diikuti oleh:
SM Center Pasig