SM Nasarudin SM Nasimuddin

SM Nasarudin SM Nasimuddin (lahir 9 Ogos 1983) merupakan usahawan dan ahli perniagaan Malaysia. Beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Kumpulan Naza[1] dan bekas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.

SM Nasarudin
Kelahiran
SM Nasarudin bin SM Nasimuddin

(1983-08-09) 9 Ogos 1983 (umur 40)
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, Pengerusi Bersama Kumpulan Naza
PasanganMarion Caunter (berkahwin 2010)
Anak-anak3
Ibu bapaSM Nasimuddin SM Amin (bapa)
Zaleha Ismail (ibu)
SaudaraSM Faisal (abang)
SM Faliq (adik)
Nur Diana (kakak)
Nur Nadia (adik)
KeluargaSM Sharifuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Salahuddin SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkifli SM Amin (bapa saudara)
SM Zulkhalis SM Zulkifli (sepupu)

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Ekonomi Perniagaan dari Universiti California Selatan di Amerika Syarikat, beliau menyertai Naza Kia Sdn Bhd sebagai pelatih pengurusan pada tahun 2005.

Pada tahun 2006, beliau telah dilantik sebagai ketua operasi Naza Corporation Sdn Bhd dan mengambil alih jawatan CEO di tiga syarikat Naza tahun ini - Nasim Sdn Bhd (francais Peugeot), Naza Corporation Sdn Bhd, dan NZ Diners Sdn Bhd (perniagaan makanan, Bubba Gump Shrimp).

Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan CEO Naza berkuatkuasa 16 Mei 2008 bagi menggantikan bapanya, SM Nasimuddin SM Amin yang meninggal dunia pada 1 Mei 2008. Pelantikan ini dibuat bagi memenuhi hasrat SM Nasimuddin.[2]

Beliau juga memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).[3]

Kehidupan peribadi sunting

SM Nasarudin lahir dan membesar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pada 17 Disember 2010, beliau diijabkabulkan sebagai suami kepada personaliti TV, Marion Caunter.[4] Nasarudin dan Marion dikurniakan tiga anak.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ SM Nasarudin SM Nasimuddin Profile Malaysia Tatler. Dicapai pada 2 November 2015.
  2. ^ SM Nasaruddin appointed Naza Group CEO Paultan.org (17 Mei 2008). Dicapai pada 17 Mei 2011.
  3. ^ Helmi Talkah dan Mohd Khairie Khalid (23 September 2017). Para KL2017: Tiada yang mustahil - SM Nasarudin Berita Harian. Dicapai pada 2 November 2017.
  4. ^ Naza’s SM Nasarudin marries celebrity TV presenter Caunter The Star Online (19 Disember 2010). Diperoleh pada 20 Disember 2010.
  5. ^ Marion Caunter and SM Nasarudin welcome baby boy The Malay Mail (28 Ogos 2015). Dicapai pada 1 September 2015.

Pautan luar sunting