Tan Sri SOK Ubaidullah Kadir Basha (18 Jun 1918 - 22 Januari 2009) merupakan seorang Tokoh Maal Hijrah 1410 H dan Yang Dipertua pertama PERKIM (1960-1964).

SOK Ubaidullah
Kelahiran
SOK Ubaidullah Kadir Basha

(1918-06-18)18 Jun 1918
Meninggal dunia22 Januari 2009(2009-01-22) (umur 90)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
PekerjaanYang Dipertua pertama PERKIM
PasanganMehrunnisa Mohideen
Anak-anak2

Beliau seorang yang dermawan setanding dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Robert Kuok. Beliau terlibat dalam politik sejak 1932 dan sama-sama mengasaskan MIC pada 1946.

Keluarga sunting

Isterinya Puan Sri Mehrunnisa Mohideen dan mereka mempunyai dua anak lelaki, Hishamudin dan Hamimudin.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan pada 18 Jun 1918 di Chennai, India. Pada 1930-an berhijrah ke Malaysia dan bekerja di Seremban, Negeri Sembilan. Pada 1940-an menjual beg pakaian dan beberapa jenis barangan keperluan harian. Pada 1970-an beliau terlibat dalam perniagaan perkapalan dan perjalanan.

Politik sunting

Ubaidullah salah seorang pengasas MIC pada 1946 dan kekal bersama MIC sehingga ke akhir hayat. Pada 1975, Ubaidulla menjadi Naib Presiden MIC .1981 menjadi Jawatankuasa Kerja Pusat MIC dan akhirnya sebagai Pengerusi Tetap MIC.

Beliau pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi MIC dan dipilih sebagai pengerusi pertama MIC Unit Trusts Berhad.Pada 1959, beliau dilantik sebagai Senator.1971 dan 1975 dilantik sebagai Timbalan Presiden Dewan Negara.


Ubaidullah menjadi presiden pertama Dewan Perniagaan dan Perindustrian Bersekutu India (1950-1951) dan (1957-1985).Beliau pernah menjadi pengarah pengasas Bank Bumiputra dan presiden Persatuan Perundingan Majikan Malaya (kini Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF)) selama 20 tahun.


Pada 1978, beliau dipilih sebagai setiausaha agung Persatuan Persahabatan Malaysia-Korea dan pada 1982 sebagai Presiden Persekutuan Majikan-Majikan ASEAN.

Perkim sunting

Beliau adalah presiden pengasas PERKIM/ Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia dan Muslimin-Indo Malaysia (Permim) serta Pengerusi Persatuan Pendakwah Se-Tanah Melayu. Atas jasanya, beliau terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1989.

Ubaidulla menubuhkan Yayasan Ubaidi pada Mei 1990 bagi membantu golongan fakir miskin .

Meninggal dunia sunting

SOK Ubaidullah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi, 22 Januari 2009 kerana sakit tua di kediamannya di No 10, Lorong Bukit Pantai 6, Kuala Lumpur, Malaysia diusia 90 tahun. Jenazah beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Rujukan sunting