Apa itu SPIES? SPIES – adalah satu kerangka konsep yang menjadi asas kepada perancangan pembangunan modal insan di Selangor. SPIES boleh dilihat sebagai model sebagai rujukan dalam program pembangunan modal insan.

Program pembangunan modal insan Selangor adalah di bawah potfolio EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Modal Insan yang diamanahkan kepada YB Dr. Halimah Ali serta dibantu oleh Sekretariat Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan dan Sekretariat SPIES.

SPIES adalah akronim dari perkataan SPIRITUAL, PHYSICAL, INTELLECTUAL, EMOTIONAL, SOCIAL. Ia adalah satu jenama. Akronim ini amat sesuai dan dieja begitu rupa kerana ia mempunyai falsafah dan rasionalnya tersendiri. Biarpun jenama SPIES berbunyi bahasa Inggeris, tetapi apa yang lebih penting ialah falsafah dan pengisiannya. SPIES menekankan kepentingan kesedaran diri dan tanggungjawab diri dan bukan memaksa atau mendoktrin peserta ke arah satu haluan ideologi. (Sila baca falsafah SPIES: http://spiesselangor.wordpress.com/category/falsafah-spies/)

SPIES telah bermula pada bulan Ogos 2008.

SPIES mempunyai siri-siri program dan setiap program ada modul SPIES khusus mengikut kelompok sasaran dan tujuan.

Program SPIES telah bermula bulan Ogos 2008. Pada bulan 2010, program SPIES di bawah Pembangunan Sumber Manusia Selangor telah mendapat pengiktirafan Sijil ISO9001:2008 daripada SIRIM.

FALSAFAH SPIES sunting

SPIES adalah singkatan atau akronim kepada perkataan

1. spiritual 2. physical (fizikal) 3. intelek 4. emosi 5. sosial

Kelima-lima perkataan ini sudah diterima dari segi sebutan dan ejaan dalam bahasa Melayu kecuali ejaan untuk ‘phyiscal’.

Ia disusun begitu rupa dan menjadi satu jenama yang amat sesuai dan rasional. Mengapa? Ikuti perbincangan seterusnya.

Fail:Bayi
http://spiesselangor.files.wordpress.com/2010/04/spies-rasional.jpg?w=455&h=319

Semua agama percaya bahawa kehidupan ini bermula dengan alam roh atau spiritual kecuali orang yang tidak percaya kepada wujudnya Tuhan. Maka S-Spiritual menjadi asas kepada pembangunan sahsiyah diri atau modal insan. Oleh itu S-Spiritual berada dihadapan sekali dalam ejaan jenama SPIES ini. Di dalam logo SPIES, S-Spiritual diletakkan di bahagian bawah sekali kerana ia adalah asas dan tapak atau dasar yang menampung dan mendukung 4 elemen seterusnya. Lihat maksud logo SPIES http://spiesselangor.wordpress.com/logo-spies/

S-Spiritual juga menjadi asas kepada pertumbuhan, perkembangan dan kemajuan diri individu. Dalam S-Spiritual, terdapat nilai-nilai murni yang membentuk akhlak, moral, dan etika kehidupan dalam diri dan masyarakat. Apabila nilai-nilai murni dalam diri kuat dan padu, dan disokong oleh elemen lain iaitu P-Physical, I-Intelek , E-Emosi dan S-Sosial, maka individu ini akan mendorong seseorang itu untuk menjadi individu cemerlang dan akan membentuk masyarakat yang cemerlang.

Roh adalah milik Tuhan. Ia dipinjamkan ke dalam tubuh fizikal manusia supaya manusia itu boleh bernyawa dan hidup di dunia ini. Oleh itu kita percaya P-Physical yang baik dan sihat, bertunjangkan kepada S-Spiritual yang kukuh, menjadikan seseorang itu menghargai kesihatan dan keselamatan dirinya serta fizikal orang sekelilingnya.

Individu yang sihat akan menjadi seorang yang produktif dan menjadi aset modal insan untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. Selangor inginkan rakyat yang mencegah diri dari penyakit kronik, menjauhi diri dari terlibat dengan dadah, arak dan apa sahaja sumber yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan diri, agar tenaga manusia di Selangor dapat di manfaatkan oleh masyarakat dan kerajaan Selangor. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam meningkatkan kesejahteraan P-Physical yang baik dalam kalangan rakyat?

I-Intelek adalah satu kurniaan Tuhan yang diberikan kepada jasad manusia. Jasad memerlukan daya intelek yang baik dan jika disokong oleh S-Spiritual yang baik dan P-Physical yang sejahtera, maka individu Selangor bukan sahaja tahu menghargai ilmu, tetapi ia akan hargai orang yang ada ilmu, suka kepada mencari ilmu, menyokong aktiviti ilmuan, malah akan menggunakan daya intelektualnya menyumbang kepada perkembangan ilmu dan kemajuan negeri Selangor yang bercita-cita menjadi HUB ILMU dan HUB ILMUAN di rantau ini. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam memeriahkan elemen I-Intelektual yang hebat dalam kalangan rakyat?

I-Intelek harus mendahului E-Emosi kerana ia dapat memandu jasad manusia untuk menjalani kehidupan. E-Emosi yang stabil memerlukan S-Spiritual yang kukuh, P-Physical yang sihat, dan daya I-Intelek yang tinggi. Apabila E-Emosi rakyat stabil, tenang, dan sejahtera, rakyat dapat menjalani hidup yang lebih baik dan pastinya dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. E-Emosi yang tidak stabil boleh membawa kepada kadar perceraian, kes dera ahli keluarga, kes bunuh, kes ragut, despresi, dan sikap negatif. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam membina E-Emosi yang stabil dalam kalangan rakyat?

S-Sosial adalah manifestasi daripada elemen S-Spiritual, P-Physical, I-Intelek dan E-Emosi. Kalau empat elemen ini baik, maka natijahnya baik dan produktif dalam hubungan sosial dalam masyarakat. Sebaliknya apabila S-Spiritual individu tidak kuat, P-Physical tidak sihat, I-Intelek yang rendah dan E-Emosi yang tidak stabil, maka isu dan gejala sosial akan berleluasa dan menjadikan individu Selangor sebagai liabliti dan bukan aset yang baik untuk menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negeri Selangor. Apakah pengisian program yang boleh membantu dalam membina hubungan S-Sosial yang baik dalam kalangan rakyat?

Dengan urutan elemen ini, maka ejaan SPIES adalah amat sesuai dan rasional. Ia tidak boleh ditulis dalam bahasa Melayu seperti JERI (jasmani, emosi, rohani, intelektual) yang tidak mempunyai rasional yang kukuh dari segi susunan huruf dan perkataannya kecuali mudah disebut.Tambahan pula JERI tidak lengkap dalam program pembangunan modal insan apabila ia tidak ada elemen S-Sosial.

Kesimpulannya, SPIES terbina dengan mengambilkira fitrah kejadian manusia dan pertumbuhan serta perkembangan individu manusia. Biarpun jenama SPIES berbunyi bahasa Inggeris, tetapi apa yang lebih penting ialah falsafah dan pengisiannya. SPIES menekankan kepentingan kesedaran diri dan tanggungjawab diri dan bukan memaksa atau mendoktrin peserta ke arah satu haluan ideologi.

LOGO SPIES sunting

Fail:Logo spies
http://spiesselangor.files.wordpress.com/2010/04/logo_spies_20091.jpg?w=200&h=143


Logo ini mempunyai maknanya yang tersendiri.

S-Spiritual berada dibahagian bawah melambangkan ia menjadi asas dan akar tunjang yang menampung elemen lain di atasnya. Kalau kuat asas dan dan akarnya, maka kuatlah elemen di atasnya; sebaliknya kalau lemah asas dan akarnya, maka lemah dan rapuhlah elemen di atasnya. Warna hijau melambangkan kesuburan dan kesegaran.

P-Physical berada di sebelah kiri dan berada pada tempat kedua dalam ejaan jenama SPIES sepertimana yang telah dijelaskan dalam huraian falsafah SPIES. Warna merah ada kaitan dengan darah yang mengalir; ia menunjukkan kesihatan dan dinamika diri individu.

I-Intelek berada pada tempat ketiga dalam ejaaan jenama SPIES. Di dalam logo ini ia berada di bahagian kanan yang mengapit E-Emosi bersama I-Intelek . Warna jingga melambangkan warna matahari yang sentiasa memancar dan memberi sumber kekuatan dan ilham kepada kehidupan. Warna matahari menjadi penyuluh dalam kegelapan.

E-Emosi berada ditengah-tengah logo menunjukkan betapa pentingnya kestabilan diri individu dalam menggunakan elemen P-Physical dan I-Intelek. E-Emosi harus terkawal dan disokong dengan baik. Warna ungu melambangkan kasih sayang, prihatin, dan bertimbangrasa.

S-Sosial berada di atas sekali sebagai manifestasi kepada adunan empat elemen di bawah. Kalau mana-mana elemen di bawah lemah, rosak, dan tidak stabil, tidak bermaya, maka elemen S-Sosial di atas akan kelihatan lemah dan bersamalah. Sebaliknya jika elemen di bawah itu baik, maka akan kelihatan kecemerlangan individu dam keharmonian masyarakat. Warna biru air menunjukkan awan biru yang tenang, harmoni, sihat, dan ceria.

Kesemua elemen ini dirangkumkan dalam satu bulatan bagi menunjukkan elemen-elemen ini tidak terpisah dan sentiasa bergantung antara satu sama lain. Warna kuning melambangkan ikatan yang menghubungkaitkan kesemua elemen tersebut. Bulatan menunjukkan kesepaduan elemen dan hati individu masyarakat bersatu dan bulat untuk bemuafakat membina masyarakat cemerlang. Setiap elemen saling sokong menyokong dan bantu membantu. Apabila ini berlaku, maka barulah akan terbina suasana yang berintegriti dan mendorong ke arah pembangunan masyarakat cemerlang.

Ungkapan SPIES di bahagian bawah logo mendukung elemen-elemen tersebut bagi menghasilkan ‘masyarakat cemerlang’ yang diletakkan di bahagian atas logo.

Logo ini dan jenama SPIES telah didaftarkan sebagai “Registered” dan menjadi milik kerajaan negeri Selangor. Penggunaan Logo SPIES tanpa izin atau salahguna logo ini adalah salah disisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Modul sunting

Modul SPIES ini terbahagi kepada :

  1. Spies Siswa
  2. Spies Belia
  3. Spies Masyarakat
  4. Spies Sukarelawan
  5. Spies Kepimpinan
  6. Spies Pendidik

SPIES Pendidik sunting

Pada 19- 20 Oktober 2009, guru-guru agama JAIS seluruh daerah Selangor dijemput menyertai program modal insan di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah di Bangi, Selangor. Antara ceramah dab bengkel yang diadakan ialah 'Falsafah Guru Dalam Pendidikan','Membina Nilai diri','Tokoh Pendidik Selangor 2009','Peranan Solat di dalam Membentuk Peperibadian Muslim' dan 'Antara Permasalahan Pembelajaran dan Sosial di Kalangan Pelajar'. Tazkirah di berikan sebelum dan selepas sembahyang .Qiyamullail atau sembahyang malam dipimpin oleh Dr Badrul Amin. Ceramah disampaikan oleh Dr Supyan Hussin dan Saharuddin Ujang dari Insan Training dan Consultancy, Gombak , Selangor.

==untuk maklumat lanjut sila lihat www,spiesselangor.wordpress.com

Rujukan dan pautan sunting