SS-Ehrenring ("SS Cincin Kehormat"), secara tidak rasmi dipanggil Totenkopfring ("Cincin Tengkorak"), adalah sejenis anugerah Schutzstaffel (SS) Heinrich Himmler. Ia bukanlah pingat kebesaran negara, tetapi lebih kepada hadiah peribadi yang diberi oleh Himmler. Pedang Kehormat SS dan Pisau Kehormat SS adalah anugerah yang serupa.

Cincin Tengkorak bagi anggota SS - replika.

Anugerah sunting

Cincin itu pada mulanya diberikan kepada para pegawai kanan Pejuang Lama (terdapat kurang dari 5,000 orang). Setiap cincin mempunyai nama penerima, tarikh penganugerahan, dan tandatangan Himmler yang diukir pada sebelah dalam. Cincin itu didatangi dengan sekeping surat standard dari Himmler dan kata-kata pujian. Ia hanya dipakai pada "jari manis" tangan kiri. Jika seseorang anggota SS dipecat atau bersara dari perkhidmatan, cincinnya mesti dipulangkan.[1]

Nama si penerima dan tarikh penganugerahan telah ditambah pada surat tersebut. Didalam surat itu, menurut Himmler, cincin ini adalah "peringatan pada setiap masa agar bersedia untuk mempertaruhkan nyawa kami demi nyawa orang lain".[2]

Ia menjadi pemberian yang sangat dicari, dan tidak boleh dibeli atau dijual. Sesetengah anggota SS dan polis mengupah tukang emas tempatan untuk membuat versi sendiri.[1] Pada tahun 1938 Himmler mengarahkan pemulangan semua cincin anggota dan pegawai SS yang mati untuk disimpan didalam sebuah peti khas di Istana Wewelsburg. Ia akan menjadi satu memorial untuk melambangkan keanggotaan abadi si mati dalam barisan SS. Pada Oktober 1944, Himmler mengarahkan pembuatan dan penghargaan cincin tersebut dihentikan.[1] Himmler kemudian mengarahkan kesemua cincin yang tinggal, lebih kurang 11,500, di masukkan kedalam sebuah bukit berhampiran Wewelsburg.[3] Pada Januari 1945, 64% dari 14,500 cincin yang dibuat telah dikembalikan kepada Himmler selepas kematian "si pemegang".[1] Selain itu, 10% telahpun hilang di medan pertempuran dan 26% samada disimpan oleh pemegang atau dimana lokasinya tidak diketahui.[1]

Reka bentuk sunting

Reka bentuk cincin itu mencerminkan minat Himmler terhadap alam mistik Jermanik dan termasuk simbol Totenkopf dan huruf rune Armanen.

 
Huruf rune dilihat pada cincin
  • Satu huruf Sig Rune kiri dan kanan tengkorak yang dibingkai oleh segitiga mewakili kuasa matahari dan tenaga menakluk
  • Satu huruf Hagal (dibingkai oleh segi enam) yang mewakili kepercayaan dan perikatan yang ideal oleh para pemimpin organisasi. Erti esoterik huruf rune Hagal adalah, menurut Guido von List, untuk: "...memasukkan alam semesta dalam diri anda dan anda menguasai alam semesta."
  • Satu Hakenkreuz (berdiri pada bucu) yang dibingkai oleh segi empat. Pihak SS suka menggambarkan Swastika sebagai simbol berpengaruh dalam kuasa bangsa Aryan.
  • Huruf rune berkembar dibahagian belakang cincin yang dibingkai oleh bulatan dipanggil Heilszeichen (secara harfiah: tanda-tanda penyembuhan) masa lampau. Ia adalah ciptaan pereka SS bukannya dari huruf rune bersejarah. Ia adalah huruf rune "gibor" yang dicampur huruf rune bind untuk "o" dan "t". Huruf rune bind telah direka oleh Wiligut, dan dibaca "Gott" iaitu perkataan Jerman untuk Tuhan.[3]

Cincin tersebut dilingkari dengan dedaun oak.

Kesusasteraan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e McNab, Chris (2013). Hitler's Elite: The SS 1939-45, Osprey Publishing, p. 100.
  2. ^ in German: "Der Totenkopf ist die Mahnung, jederzeit bereit zu sein, das Leben unseres Ichs einzusetzen für das Leben der Gesamtheit." Citation from: Peter Longerich, Heinrich Himmler. Biographie, München 2010, p. 298.
  3. ^ a b Nicholas Goodrick Clarke: Die okkulten Wurzeln des Nationalsozialismus (The Occult Roots of National Socialism), p. 163.